BAB 4

Horror & Thriller Completed 18393

Tidak pasti, adakah ianya sekadar dongeng semata ataupun nenek jengkot sememangnya wujud.

Bahkan, tiada sesiapapun yang pernah melihat rupa sebenar nenek jengkot kerana mendengar namanya saja pun, ramai kanak-kanak mencicit lari.

Ramai anak terus mendengar kata ibu bapa kerana bimbang dilarikan oleh nenek kebayan yang jalannya jengkot.

"Menurut kata nenek moyang mak, nenek jengkot tu rupanya macam nenek-nenek biasa. Tapi jalannya jengkang-jengkot sebab kakinya capik.

"Mungkin sebab itulah orang menggelarnya nenek jengkot. Atau ada juga yang panggil nenek kebayan. Entahlah. Tapi mak rasa sama saja. Sebab kedua-duanua nenek tua yang berjalan jengkot.

"Tapi, kalau nenek jengkot dapat menangkap budak pada waktu maghrib dan budak itu melawan tidak mahu mengikutnya, rupa nenek jengkot akan berubah.

"Berubah macam mana, mak pun tak tahu.

"Sudah. Jangan banyak tanya pasal nenek jengkot. Kerap menyebut namanya, sama macam menyeru dia datang!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience