BAB 1

Horror & Thriller Completed 18393

"Anak-anak! Sudahlah main tu! Dah Maghrib ni! Cepat masuk rumah!" teriakan para ibu mulai kedengaran saat langit mula melabuhkan tirai jingga pekat menandakan hari sudah beransur senja dan malam pula mahu menjengah.

Namun, beberapa orang kanak-kanak masih ralit bermain lempar selipar di tengah halaman. Panggilan ibu tidak dihiraukan. Malah permainan diteruskan kerana pemenang permainan belum lagi dinobatkan.

Lagi pula, permainan sedang rancak, mana boleh berhenti begitu saja.

"Sekejaplah mak! Permainan belum habis ni! Sikit lagi nak habis," bantahan mula kedengaran.

“Ya mak. Sekejap lagi orang balik. Dah nak menang ni. Kejap lagi balik.” Kedengaran seorang lagi kanak-kanak memberikan alasan untuk menangguh masa untuk pulang.

Anak-anak itu belum puas bermain. Malah mereka tidak mengerti, mengapa tidak boleh bermain sehingga ke malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience