BAB 10

Horror & Thriller Completed 18393

Kamalia juga merasa pelik kerana berada dalam kain nenek jengkot seolah-olah berada di satu dunia lain yang kosong dan gelap.

Hashim yang menyedari kejadian itu segera berpatah balik. Dia mencapai beberapa ketul batu lalu dilemparkan ke arah nenek kebayan.

Perbuatannya benar-benar menimbulkan kemarahan nenek kebayan itu.

Ketika nenek kebayan melompat lebih tinggi, Hashim melihat kaki Kamalia lalu segera menariknya supaya keluar dari dalam kain nenek itu.

Kamalia berjaya ditarik keluar lalu tanpa berfikir panjang, mereka segera berlari selaju mungkin.

Suara jerit pekik kanak-kanak menimbulkan rasa hairan ibu bapa. Namun, ketika melihat anak-anak mereka lari lintan-pukang, tahulah mereka bahawa nenek kebayan benar-benar telah muncul.

Sebaik anak masing-masing masuk ke dalam rumah, pintu dan tingkap dikunci rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience