BAB 6

Horror & Thriller Completed 18393

Kanak-kanak itu meneruskan permainan. Langsung tidak terusik mendengar nama nenek jengkot!

"Azman! Hashim! Kamalia! Balik! Korang jangan degil sangat! Datang nenek jengkot baru padan muka korang! Mak tak nak tolong kalau dia datang ambil kamu semua bawa balik ke gua dia." Ugut Leha sengaja mahu menakutkan lagi anak-anak itu.

Jeritan ibu-ibu berkumandang lagi apabila tidak seorang pun anak-anak mereka mendengar kata.

"Tengok. Mak aku pesan tak boleh sebut nama nenek jengkot tu. Macam menyeru dia datang. Tapi aku tak fahamlah. Bila kita main je, mak kita sebut nama nenek jengkot banyak kali boleh pulak.."

"Itulah pasal. Jangan-jangan nenek jengkot tu cuma cerita rekaan sebab tak nak bagi kita semua main sampai malam." Terjah Kamalia kerana tidak puas hati.

"Aku pun terfikir macam tu juga..." Sampuk Azman mengiyakan kata-kata Kamalia sebentar tadi. Dia masih belum puas bermain tapi sudah didesak supaya pulang memanglah mahu memberontak jadinya jiwa anak itu.

Akhirnya mereka memutuskan untuk terus bermain walaupun ibu masing-masing terjerit pekik memanggil dari rumah supaya mereka pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience