Nenek kebayan merupakan manusia biasa yang gemar tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman. Dia berbuat demikian kerana gemar menyendiri akibat mengamalkan ilmu hitam untuk memperoleh kuasa.
Dia suka membantu masyarakat kampung dan golongan berkedudukan terutamanya dalam bidang perbidanan dan perubatan. Nenek kebayan dijadikan sebagai penjaga keselamatan sebahagian keluarga raja dan pembesar zaman dahulu.
Nenek kebayan merupakan seorang bidan, bomoh dan pawang. Namun malangnya dia mengamalkan amalan syirik dalam proses perubatannya.
Orang zaman dahulukala gemar menggunakan bantuan jin dalam upacara perubatan. Tidak hairanlah kalau nenek kebayan boleh hidup lama biarpun bersendirian di dalam hutan kerana ada makhluk lain yang berdampingan bersamanya.
Biarpun kewujudannya tidak dapat dipastikan, namun ciri-ciri yang digambarkan oleh wanita itu menjelaskan bahawa ia mampu hidup sendirian dan mempunyai kuasa sakti kerana bantuan jin tersebut.
Share this novel