Series
3634
"Rania!!!"
"Selagi kau tak siapkan semua tugasan dalam rumah harini, selagi tu kau tak boleh makan!!"
Suara nyaring milik seorang perempuan tua yang kelihatan berumur itu sedang memekik dan memarahi seorang gadis muda yang tergeletak lemah di atas lantai. Wanita tua itu merupakan ibu tiri gadis itu yang telah menjaganya sejak kecil.
Mata ibu tirinya merenung tajam terhadap gadis itu. "Kalau engkau tak siapkan semua tugasan dalam harini, kau tahulah hukuman berat apa yang menanti kau."
Kemudian kaki kanan kepunyaan ibu tirinya itu memijak jari-jemari halus milik gadis muda yang sedang berada di atas lantai. Dahi gadis itu berkerut menahan kesakitan sambil menundukkan wajahnya ke bawah.
Selepas melihat gadis itu terdiam dan mengikut arahannya, ibu tirinya langsung mengangkat kakinya dari terus memijak jari gadis itu.
Si gadis langsung membuka mulutnya dan berkata dengan nada yang gementar.
"Ba-Baik mak..Saya akan siapkan semuanya."
Gadis itu dengan cepat-cepat bangkit seraya menundukkan kepalanya kepada ibu tirinya sebagai tanda hormat. Dia tidak berani menatap wajah milik ibu tirinya.
"Huh!!! Bagus la kalau kau tu sedar diri."
Usai sahaja ibu tirinya itu berkata demikian, dia pergi meninggalkan gadis itu dengan senyuman sinis di wajahnya.
Gadis itu terduduk kembali dengan perasaan yang lelah dan tak berdaya. Dia sudah seharian tidak dapat merehatkan diri dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan itu.
Wan Arissa Rania, nama yang indah seperti pemiliknya. Namun, tidak seindah dengan kisah hidupnya. Dia baru sahaja memasuki umur yang ke-15 tahun pada dua hari yang lepas.
Malangnya, pada hari ulang tahunnya dia langsung tidak dapat meraikannya seperti insan-insan yang lain. Hanya berbekalkan wang yang dikumpul sendiri, dia membelikan secara sembunyi-sembunyi sepotong kek coklat yang mempunyai satu lapisan di kedai kek berhampiran rumahnya. Ibu tiri dan dua kakak tirinya langsung tidak meraikan ulang tahunnya. Ayah angkatnya pula hanya mengucapkan selamat ulang tahun dan memberikan sebuah 'dress' yang berwarna biru lembut. Dia berasa bersyukur atas pemberian ayah angkatnya yang mengingat tarikh hari jadinya.
Malang tidak berbau, hadiah yang diterima Rania malah dirampas oleh kedua kakak tirinya. Rania tidak dapat melakukan apa-apa kerana diugut oleh mereka berdua sekiranya dia melaporkan kepada ayah angkatnya. Dia juga tidak mahu menyusahkan ayah angkatnya kerana Rania tahu bahawa dia gigih bekerja mencari wang bagi menyara mereka sekeluarga. Rania langsung tidak berkesempatan untuk memakai hadiah pemberian ayah angkatnya..
Rania mempunyai tubuh yang mungil dan rambut hitam yang panjang serta beralun. Wajah Rania sangat cantik nan indah bagaikan sinaran bulan. Mukanya bujur seperti sirih dan bibirnya merah seperti delima. Namun, dia mengikat rambutnya yang panjang itu ke atas menggunakan pengikat rambut seperti gaya pembantu rumah kerana dilarang oleh kedua kakak tirinya untuk melepaskan ikatan rambutnya. Mereka berdua iri dengan kecantikan alami yang dimiliki oleh Rania.
Rania terduduk di atas lantai yang dipenuhi dengan sisa-sisa makanan yang telah dilemparkan.
"...."
Dia merenung dan memandang lantai mozek putih yang berkilauan bak kaca itu. Dia hanya mengenangkan nasib yang dihadapinya selama ini.
Raut wajahnya berkerut seolah kelihatan sangat sakit menahan derita. Dia tidak mampu menahan semua perasaan yang dirasakannya saat ini. Tidak lama selepas itu, Rania mengelengkan kepalanya.
Tidak.
"Aku...Aku tak boleh putus asa. Aku kena tabah hadapi ujian ini." Getusnya perlahan kepada diri sendiri sambil bangun daripada duduknya.
Ya, dia perlu kuat.
Rania mengutip sisa makanan dan pinggan yang terletak di atas lantai menggunakan kedua belah tangannya.
* Tap, tap, tap *
Kemudian, dia membersihkan dan mengelap lantai menggunakan kain basahan. Dia mengelap menggunakan tangan kirinya sambil tangan kanannya memegang lantai untuk menyokong pergerakan badannya.
Selepas sahaja dia menyiapkan tugasnya, dia bangun dan mengambil mop untuk mengelap lantai itu supaya nampak berkilauan dan bersih.
Rania membuang sisa-sisa kotoran makanan ke dalam tong sampah dan membungkusnya.
Dia melihat kembali ke arah lantai kaca putih tersebut. Sebaik sahaja dia melihat lantai sudah bersih, Rania melangkahkan kakinya ke dapur, dia mengisingkan kedua belah lengan bajunya ke atas untuk membersihkan pinggan mangkuk yang bertakung di atas singki.
* Swish, swish *
* Tang, tang *
Bunyi pinggan mangkuk serta cawan yang berlaga ketika dibasuh menemani Rania yang ketika itu berasa perasaan yang hiba. Dia tetap fokus meneruskan kerjanya sehingga selesai.
Beberapa minit selepas itu, Rania sudah menyiapkan kerjanya dan meletakkan pinggan mangkuk serta cawan yang sudah dibasuh di atas rak pinggan yang berada di tepinya.
* Tang, tang, tang *
****************************************************
Share this novel