Bab 4: Kehilangan

Romance Series 3634

****************************************************

Keesokan harinya...

Rania yang sedang melakukan pekerjaan rumah di dapur seperti hari-hari biasa, tersentak apabila mendengar jeritan daripada emak tiri serta dua kakak tirinya secara tiba-tiba.

"Apa??!!!!"

"Mustahil!!!"

"Taufiq!!"

Rania terus bergegas menuju ke ruang tamu untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Di layar kaca televisyen, terpampang pembaca berita wanita sedang melaporkan suatu kemalangan jalan raya yang mengerikan telah berlaku.

"Berita terkini. Terdapat kemalangan jalan raya yang mengerikan telah berlaku di susur keluar Jalan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini sekitar pukul 10:30 pagi waktu tempatan. Menurut saksi kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa yang terlibat dalam kemalangan telah hangus terbakar akibat bertembung dengan sebuah lori yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Pemandu lori tersebut dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki lorong yang bertentangan lalu melanggar kenderaan BMW jenis Gran Turismo milik mangsa. Pemandu lori tersebut mengalami kecederaan yang parah dan telah dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut. Namun, semua mangsa yang dipercayai dalam perjalanan ke Selangor dalam kenderaan berkenaan telah meninggal dalam nahas terbabit akibat berlakunya tumpahan minyak di tempat kejadian lalu kereta tersebut secara tiba-tiba meletup. Kesemua mangsa dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan sesetengah daripadanya rentung. Kami dapat mengenal pasti identiti salah seorang daripada mangsa yang meninggal dalam nahas terbabit, dipercayai merupakan seorang pemilik ahli perniagaan yang berjaya iaitu bernama Dato' Mohd Taufiq Hidayat Bin Kamarul Zaman yang berumur 50 tahun....."

* Tang! *

Pinggan kosong yang dipegang oleh Rania jatuh pecah di atas lantai. Dia tidak mempercayai apa yang baru sahaja didengarinya.

"...!!!"

Rania memandang layar televisyen itu dengan raut wajah yang terkejut dan perasaan yang sesak di dalam dada.

Layar kaca televisyen itu kemudiannya memaparkan gambar dipercayai wajah milik ayah angkatnya. Sementelah itu, layar itu beralih menunjukkan ke tempat kejadian yang mengerikan telah berlaku.

"Ahhh!!!"

Ibu angkatnya meraung sambil terduduk apabila melihat wajah suaminya dipaparkan pada layar kaca televisyen. Dua orang kakak tirinya yang berada di sofa kini berdiri di sebelah ibu mereka sambil menangis dengan tangisan yang kuat.

"Huhuhu..."

Sementara itu, Rania yang duduk agak jauh daripada mereka, terduduk di atas lantai. Dia merasa kedua kakinya begitu lemah untuk terus berdiri dan menyokong tubuhnya. Seolah-olah hilang semangat untuk terus berdiri.

"Ayah..."

Dia menggumam lemah memanggil ayah angkatnya. Air matanya mulai menitis dengan perlahan membasahi kedua belah pipinya.

* Tririring - *

Tiba-tiba, telefon rumah yang berdering membuatkan semua yang berada di ruang tamu tersentak mendengarnya. Ibu tirinya bergegas menuju ke arah telefon rumah yang berada di atas meja berdekatan.

* Tuk! *

"Wa-Waalaikumussalam..Hello, ya betul ini saya, Datin Maziah isteri kepada Dato' Mohd Taufiq Hidayat..."

Ibu tirinya kelihatan serius menjawab panggilan telefon tersebut.

-----

Selang beberapa minit kemudian...

* Tuk. *

"Lana, Luna."

Usai meletakkan gagang telefon rumah pada tempat asalnya, ibu tirinya, Datin Maziah memanggil kedua anak perempuannya sambil memandang mereka berdua yang sedang menangis di hadapan televisyen. Raut wajah ibu tirinya itu kelihatan keruh dan dahinya berkerut kerut dalam kesedihan. Matanya kelihatan kemerahan akibat menangis dan meraung dengan kuat sebentar tadi.

"Ya, mama?" Luna dan Lana menjawab secara serentak sambil mengalihkan pandangan kepada ibu mereka.

"Kemas barang kamu berdua. Kita akan pergi ke Hospital Bentong sekarang. Kita perlu mengenal pasti dan mengecam mayat yang kemalangan itu sama ada ayah kamu atau bukan.."

Datin Maziah memberitahu mereka berdua dengan nada suara yang perlahan. Dia meluru ke arah anaknya sambil memeluk mereka berdua dengan erat.

"Sabar sayang..Mama pun berharap itu bukan ayah kamu..." Ujarnya sambil menenangkan kedua puterinya.

"Ya mama..." Lana dan Luna mengangguk sambil membalas pelukan ibu mereka.

Beberapa minit setelah itu, Datin Maziah mengalihkan pandangannya memandang Rania. Raut wajah yang penuh kelembutan dan kasih sayang sebentar tadi terus bertukar menjadi kebencian dan kemarahan.

"Rania! Kau perlu jaga rumah ni buat sementara waktu! Jadi, kau tak perlu ikut!"

Datin Maziah menuju ke arah Rania yang sedang terduduk diam di atas lantai sambil menunjal-nunjal dahi Rania dengan kasar menggunakan jari telunjuk kanannya. Dia bercekak pinggang di hadapan Rania.

Datin Maziah menyambung bicaranya sambil melihat wajah anak angkat yang dibencinya. "Eh, kau tak payah bersedih sangat lah. Kau tu anak angkat, jadi sedar diri sikit!"

Wajahnya bertukar bengis apabila melontarkan kata-kata kesat tersebut.

Sementara itu, Rania yang sedang mendengarkan itu, tersentak. Dia hanya mampu menundukkan pandangan. Dia mengenggam kedua belah jarinya dengan kuat sambil membalas perlahan.

"Baik mak..."

Datin Maziah menjeling ke arahnya dan kaca yang bertebaran di atas lantai sambil menjerit dengan lantang. "Kau tengok apa yang kau dah buat?! Bersihkan sekarang!!!!"

"Ba-Baik ibu..."

Rania mengangguk perlahan sambil jarinya membersihkan pinggan kaca yang pecah berdekatan dengannya.

"Siapa ibu dan mak kau?!! Panggil aku Datin!" Datin Maziah makin menjadi-jadi kemarahannya dengan raut muka yang makin bengis. Dia melempiaskan rasa kemarahan dan kesedihannya kepada Rania, anak angkatnya yang tidak bersalah.

Rania hanya mampu terdiam. Dia mengangguk perlahan. "Baik, Datin.."

"Hmph!!!" Datin Maziah mendengus dengan kuat.

-----

Kemudian, Datin Maziah memalingkan mukanya menghadap kedua anak perempuan kesayangannya. Automatik raut wajahnya bertukar lembut kembali.

"Lana dan Luna anakku. Jom kita berkemas dan bergerak sekarang." Ujarnya sambil berjalan ke arah tangga mewah rumah agam itu, menuju ke tingkat atas.

"Baik mama."

"Baik ibuku sayang."

Lana dan Luna menjawab serentak sambil mengikuti ibu mereka. Mereka membuat raut wajah tersenyum puas sambil menyindir Rania kerana dia tidak dapat memanggil Datin Maziah, dengan panggilan ibu lagi.

"...."

Rania hanya mampu terdiam sambil mengutip pecahan kaca. Dadanya terasa sakit dan sesak.

Selepas sahaja mereka semua sudah hilang daripada pandangannya, Rania mulai menangis sendirian di ruang tamu yang kosong itu.

"Ya Allah..."

Dia menggumam perlahan dengan perasaan yang menyesakkan dadanya tika ini..

Sorry to all of my dear readers sebab lambat update, saya busy...TwT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience