Series
3634
--- Zas! ---
Petir berdentum dengan kuat dan hujan turun dengan lebat sekali.
--- Tik, tik, tik! ---
Kelihatan sepasang suami isteri menggigil ketakutan seraya keluar daripada sebuah kereta yang mewah.
--- Tuk! ---
Si isteri kelihatan membawa dan memegang seorang bayi yang mukanya sangat comel sekali. Bayi itu umurnya seakan-akan baru sahaja beberapa bulan selepas dilahirkan. Dia menutup dan melindungi bayi kecil itu dengan kain perca yang lembut. Si isteri kelihatan sangat takut akan bayinya terkena air hujan.
Raut wajah si suami pula kelihatan sangat gelisah seakan-akan dikejar oleh sesuatu sambil kepalanya berpaling ke arah kiri dan kanannya untuk memastikan keselamatan mereka. Kemudian, dia membawa payung bagi melindungi isteri dan bayinya daripada terkena air hujan yang menitis.
Mereka berdua teruskan berjalan sehingga tiba di depan sebuah rumah agam yang besar.
"Di-Di sini kan, abang?" Si isteri bertanya kepada sang suami dengan suaranya yang terketar-ketar.
Si suami memeluk bahu si isteri sambil mengangguk perlahan. "Ya sayang...Di sinilah tempatnya."
Pasangan suami isteri itu memandang ke arah hadapan. Si suami menekan butang bel loceng yang sudah ada di sana dan mereka berdua menunggu di depan pintu pagar rumah agam itu.
* Ding, Dong *
Tidak lama selepas dibunyikan, pintu pagar itu terbuka dengan sendirinya.
"...."
Pasangan suami isteri itu terdiam sambil berpandangan antara satu sama lain dan mengangguk. Raut wajah mereka menunjukkan bahawa mereka berasa takut dan cemas. Akan tetapi, demi anak mereka, mereka memberanikan diri untuk berjalan.
Mereka memasuki rumah itu perlahan-lahan dengan langkah kaki yang berat.
* Kriek... *
--- Bam! ---
Pintu pagar itu kemudian tertutup dengan sendirinya usai sahaja pasangan itu memasuki rumah agam tersebut.
------------------
Hi, jangan lupa tambah pada library! Ni novel baru~ Terima kasih! ^^
Share this novel
kesian Rania jahat lah Lana dan Luna ni.Seronok la,lagi seronok daripada cerita cinderella yang betul.