Bab 5: Kematian & Kehilangan

Romance Series 3634

Beberapa hari kemudian...

Di tanah perkuburan yang masih terlihat merah dibasahi air itu, terlihat Rania sedang duduk bersimpuh seorang diri.

Dia merenung lama dan memegang batu nisan yang tercatat nama ayah angkatnya, Dato' Taufiq. Bapa angkat disayanginya baru sahaja dikebumikan dan dibacakan talqin serta doa di tanah perkuburan. Ibu serta kakak tirinya sudah pulang ke rumah terlebih dahulu, meninggalkannya sendirian.

Rania menangisi kehilangan bapa angkatnya dengan tangisan yang mendalam. Air mata mengalir dengan cepat dan menuruni kedua belah pipinya yang mulus.

"Ayah...mengapa ayah tinggalkan Rania? Rania mahu hidup macam mana tanpa ayah? Rania tidak kuat ayah..Rania tidak kuat...Huhuhu..."

Rania menangis teresak-esak sambil meraung kesedihan. Benar, baginya ayah angkatnya merupakan satu-satunya orang yang paling dia sayangi dan dianggap sebagai keluarga. Kini, beliau meninggalkannya seorang diri bersama ibu tiri serta dua orang kakak tirinya.

Selepas hampir lama menangis, Rania mulai melihat kembali ke arah batu nisan milik ayahnya. Dia perlahan-lahan mengelengkan kepala dan mengesat air mata yang sudah kering mengalir.

'Setiap apa yang berlaku..pasti ada hikmahnya...'

Rania membuka bibirnya dengan nada suara yang serak seraya tersenyum perlahan.

"Ayah..Rania doakan ayah tenang di sana...Maafkan Rania sekiranya Rania ada salah atau silap dengan ayah...Semoga urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sana...Aamin, Ya Allah."

Selepas mengaminkan doa, Rania memegang batu nisan milik bapa angkatnya dan perlahan-lahan bangun dari sana.

Dia teringat salah satu ayat daripada sebuah novel inggeris yang pernah dia baca.

'Life must go on, no matter how hard it hits you.'

Ya, hidup ini perlu diteruskan..Yang pergi takkan kembali lagi..Begitu juga yang masih hidup, harus bertahan hidup. Apa yang berlaku sudah ditetapkan oleh sang maha pencipta, Allah SWT.

Rania mengangguk perlahan sambil tersenyum lembut.

"Benar...apa pun yang berlaku, aku harus kuat. Ayah sudah berikan yang terbaik dan harapan bagi hidupku sehingga aku tetap kuat. Jadi, aku harus kuat, biarpun aku tampak lemah."

Dia mengenggam kedua-dua belah tangannya dengan erat.

Rania memandang perlahan kepada pusara kubur milik bapa angkatnya dan mengukir senyuman yang lembut.

'Terima kasih ayah..Terima kasih kerana mengajari Rania erti kehidupan biarpun ayah sudah tidak ada lagi..Tetapi ayah sentiasa tersemat di hati Rania...' Bisiknya di dalam hati.

Rania meninggalkan tanah perkuburan dengan perasaan yang bercampur aduk. Dia masih berasa sedih tetapi cuba untuk menerima kenyataan yang pahit ini.

*****************************************

Sesampai di rumah agam..

Rania terkejut tatkala melihat bagasi yang mempunyai pakaian miliknya terbuka luas.

Kelihatan ibu tirinya, Datin Maziah serta kakak tirinya, Luna dan Lana sedang memerhatikannya. Rania melangkah masuk ke dalam pintu rumah dengan diikuti pandangan yang tajam dari mereka.

"Da-Datin..? K-Kenapa beg saya-"

Datin Maziah memotong percakapan Rania sambil merenung tajam ke arahnya.

"Wan Arissa Rania, mulai sekarang, kau harus keluar dari rumah ini!"

Rania tercengang apabila mendengar perkataan yang keluar daripada bibir ibu tirinya.

'Hah? Apa? Kenapa?...'

Namun, perkataan itu tidak dapat keluar dari mulutnya dan hanya dikatakan di dalam hati Rania.

Ayah angkatnya baru sahaja dikebumikan setelah sesi pengecaman dan jenazahnya dibawa pulang oleh ibu tirinya.

Sekarang, ibu tiri Rania malah mengusir Rania keluar dari rumah yang didudukinya selama 20 tahun setelah meninggalnya bapa angkatnya.

Datin Maziah memandang Rania dengan perasaan yang kesal.

"Kau tahu tak Rania, disebabkan kau, suami aku meninggal!! Kau memang pembawa sial! Aku nak kau keluar dari rumah ni sekarang juga!!!"

Dia menjerkah Rania dengan perasaan marah yang membuak-buak.

Namun, di sebaliknya marahnya Datin Maziah, dia terlihat sedikit curiga.

'Mujur semua tetamu yang datang melawat sudah pulang', desis Datin Maziah seraya melihat di sekeliling.

Luna yang berada di sebelah kanan ibunya tersenyum sinis terhadap Rania.

"Kau dengarkan mama kami cakap apa? Sekarang kau kena keluar dari sini! Sini bukan tempat kau lagi, Rania."

Manakala, Lana yang berada di sisi kiri Datin Maziah bergerak ke hadapan sambil berbisik di telinga Rania dan menunjal dahinya.

"Dasar anak pungut, kenal la tempat kau dekat mana."

--- Krak ---

Berkecai hati Rania apabila mendengar hinaan dan cemuhan daripada orang-orang di hadapannya. Air matanya mengalir dengan pantas ke sisi.

'Sampai hati ibu dan kakak tiri aku berkata begini padaku? Kenapa? Apa yang aku buat sampai kau semua benci sangat dengan aku?'

Hati Rania membuak-buak dalam kesedihan dan perasaan yang mencekam.

Namun, dia menahannya.

Dengan air mata yang masih mengalir dengan perlahan di pipinya, Rania membuka mulutnya perlahan. "Baik, saya akan keluar dari sini. Kalau itu yang Datin sekeluarga mahukan."

Datin Maziah, Luna dan Lana tersenyum kepuasan tatkala mendengar perkataan Rania.

"...Namun, saya mohon satu syarat." Rania menyambung perkataannya sambil memandang tepat ke arah ibu tirinya.

Datin Maziah memandangnya dengan perasaan curiga namun dia memasang wajah dinginnya. "Syarat?"

"Benarkan saya mengambil barang saya di loteng sebelum pergi dari sini."

"Hahahaha!" Luna dan Lana ketawa terbahak apabila mendengar syarat Rania.

Datin Maziah tersenyum sinis sebelum berkata dengan nada menyindir, "Ha! Ada hati lagi mahu ambil barang padahal sudah kena usir?"

Rania menahan perasaan yang sedang dihina yang disindir.

'Sabar Rania...Aku kena ambil barang yang berharga dulu sebelum keluar dari rumah ini.'

Rania mengangguk perlahan.

Datin Maziah tersenyum sinis. "Boleh, tapi dengan satu syarat."

Rania memandang ke arah Datin Maziah, hatinya sudah takut andai Datin itu melakukan perkara kejam ke atas dirinya.

"Apa syaratnya, Datin?"

Dengan perasaan angkuh, Datin Maziah tersenyum jahat. "Kau perlu memohon pada aku."

'?!!!'

Rania yang dalam perasaan yang kesal dan sedih menahannya dalam hati.

"Baiklah."

Dia perlahan menundukkan wajahnya dan membongkokkan badannya separuh kepada keluarga yang egois itu.

Gayanya sekarang seperti seorang 'maid' yang meminta maaf kepada majikan atasannya.

Rania menggigit bibir bawahnya seraya berkata perlahan dalam posisi menunduk ke arah mereka. Suaranya bergetar dengan nada yang hebat.

"Saya memohon kepada Datin sekeluarga agar membolehkan saya mengambil barang-barang saya di loteng dalam rumah ini."

Datin Maziah, Luna dan Lana tersenyum kepuasan saat melihat Rania menundukkan kepala terhadap mereka. Mereka merasakan perasaan yang puas dengan penghinaan yang Rania dapatkan.

"Baik, kau boleh ambil sekarang." Ujar Datin Maziah seraya mencampakkan bagasi troli ke arah Rania.

Rania yang sedang menunduk, tersentak lalu terjatuh ke atas lantai. Dia perlahan bangun sambil mengutip baju yang terkeluar dari beg troli tersebut.

"Terima kasih, Datin." Rania berkata sambil menundukkan kepalanya.

Keluarga egois itu hanya tersenyum kepuasan melihat Rania yang seperti kambing biri-biri yang ketakutan.

Rania menundukkan wajahnya sambil membawa diri menuju ke atas, di tempat loteng berada.

'Aku sanggup menahan penderitaan dan penghinaan ini, agar dapat mengambil barang berharga 'terakhir' milikku..' Desis hati Rania perlahan.

*****************************************

Hello semua, saya kembali lagi setelah mendapatkan kembali acc lama milik saya. Saya minta maaf andai telah lama menghilang hehe...ayuh kembali membacaa xixixi Lots of love <3 From author :>

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience