Series
3634
5 tahun kemudian...
Rania yang sudah beranjak dewasa dan semakin matang kelihatan sedang menguruskan kerja-kerja di rumah seperti biasa. Dia sudah lali mendengar cacian dan hinaan daripada ibu tiri dan kakak tiri yang tidak menyukainya.
Sedang dia menguruskan kerjanya, tiba-tiba bapa angkatnya, iaitu Dato' Taufiq memanggilnya ke ruang kerjanya. Ruang kerja tersebut ruang yang khas Dato' Taufiq dirikan bagi memudahkannya melakukan urusan kerja pejabatnya.
Rania segera bergegas ke ruang kerja Dato' Taufiq sebaik sahaja beliau memanggilnya.
* Tok, tok *
Kedengaran suara ayah angkatnya, yang menyahut perlahan.
"Ya, masuklah."
* Kriet *
Rania melihat Dato' Taufiq sedang menyapu cermin matanya sambil meletakkannya kembali ke celah telinga. Dato' Taufiq kelihatan khusyuk membuat kerjanya kerana terdapat banyak dokumen-dokumen berkaitan perniagaan tergeletak di sana.
"Rania, duduklah." Sahut ayah angkatnya perlahan, menyuruh Rania duduk di atas kerusi kosong di hadapannya.
Rania mengangguk perlahan. "Baik, ayah."
Usai sahaja Rania duduk di atas kerusi di depan bapa angkatnya, Rania memandang wajahnya dengan perasaan yang gugup. Ini merupakan pertama kali ayah angkatnya memanggil dia sehingga ke ruang kerjanya. Kebiasaannya, ayah angkatnya akan berbual dengannya di ruang tamu sekiranya ayah angkatnya tidak berapa sibuk dengan kerja.
Dato' Taufiq memandang anak angkatnya sambil mengukir senyuman perlahan. "Rania, macam mana kamu harini? Sihat?"
Rania mengangguk laju kepalanya. "Alhamdulillah, saya sihat ayah. Hari saya seperti biasa. Ayah sihat?"
Mendengar soalan daripada Rania, anak angkatnya yang manis kelihatannya sedang mengangguk seperti anak kecil, membuatkan Dato' Taufiq tersenyum lagi. Dia membalas perlahan. "Alhamdulillah, ayah sihat."
Dato' Taufiq menutup dokumen di hadapannya lalu meletakkannya di bahagian tepi.
"Begini, ayah panggil kamu harini sebab ayah mahu bagitahu yang esok ayah akan pergi 'outstation' 2 minggu di luar negeri. Ayah akan pergi ke Selangor atas urusan kerja 'construction' bagi melawat tapak projek. Jadi, ayah perlu berada di sana sepanjang waktu." Dato' Taufiq menerangkan dengan panjang lebar.
Rania berasa amat sedih di dalam hatinya.. 'Ayah akan pergi 'outstation'?..Nanti aku akan rasa sunyi bila ayah pergi..'
Rania cuba menyembunyikan perasaan sedihnya. Dia tersenyum kepada ayah angkatnya.
"Terima kasih kerana bagitahu saya, ayah. Ayah perlu jaga diri elok-elok sepanjang berada di sana." Ujarnya dengan nada prihatin.
Dato' Taufiq tersenyum terhadap anak angkatnya. Rania memang anak yang baik.
"Ya, baiklah anakku. Rania, kamu pun jaga diri elok-elok di sini. Kalau ada apa-apa, call saja dan bagitahu ayah. Ayah sedia bantu kamu." Dato' Taufiq berkata dengan nada yang lembut.
Kemudian, Dato' Taufiq terfikir akan sesuatu.
"Kamu masih mahu tinggal di loteng itu? Ayah sudah memberikan bilik kepada kamu, kenapa kamu malah menolaknya?"
Mendengar pertanyaan daripada ayah angkatnya, Rania hanya mampu tersenyum nipis. Dia mengelengkan kepalanya. "Tidak apa-apa ayah, saya sudah bersyukur kerana ayah sudah menjaga saya sejak kecil. Saya selesa tinggal di loteng itu kerana bagi saya, sudah ada tempat untuk tinggal, saya sudah bersyukur."
Dato' Taufiq menghela nafas dan mengangguk perlahan. "Baiklah..Kalau begitu."
"Rania..Kamu memang anak yang baik." Bapa angkatnya memuji Rania dan tersenyum lembut kepadanya.
"Terima kasih, ayah. Ayah pun adalah ayah yang baik bagi saya." Rania mengangguk sambil tersenyum manis kepada ayah angkatnya.
Dato' Taufiq memandang wajak anak angkatnya. "Sama-sama, anakku. Rania, ayah cuba berikan yang terbaik buat kamu, kalau kamu rasa tidak selesa. Bagitahu saja ayah bila-bila masa sahaja."
Rania mengelengkan kepalanya. "Tidak ayah, saya selesa. Saya berterima kasih kepada ayah kerana sudah menjaga saya."
"Baiklah, kalau begitu." Dato' Taufiq mengangguk. "Sudah tanggungjawab ayah untuk menjaga kamu, Rania."
"Terima kasih, ayah." Rania memandang bapa angkatnya dengan perasaan terharu. Dia tersentuh dengan sikap kebapaan yang ada dalam diri bapa angkatnya.
"Sama-sama Rania, anakku." Dato' Taufiq hanya tersenyum manis kepada anak angkatnya.
Dia menyambung bicaranya. "Oh, nanti selepas 'outstation' ayah mahu memberikan kamu sesuatu."
"Sesuatu?" Dahi Rania berkerut apabila mendengarkannya.
Dato' Taufiq hanya tersenyum memandang anak angkatnya. "Hadiah ulang tahun ke-20 buat kamu, Rania."
"Nanti kamu akan tahu selepas ayah pulang ke rumah." Ayah angkatnya hanya tersenyum penuh makna.
Selepas sahaja mereka berborak panjang mengenai pekerjaan ayahnya, Rania meminta diri untuk menyambung perkerjaannya. Dia bangun dari kerusinya.
"Jaga diri kamu elok-elok, Rania." Dato' Taufiq menasihatinya sambil melambaikan tangannya kepada Rania dan tersenyum.
"Baik ayah. Ayah pun sama." Rania mengangguk sambai membalas lambaian tangan ayahnya. Dia menutup pintu perlahan-lahan.
* Kriek..*
Tanpa Riana sedari, itulah kali terakhir Rania melihat senyuman di wajah ayah angkat yang disayanginya.
Share this novel