Bab 2: Anak Tiri

Romance Series 3634

Seusai sahaja dia menaruhkan pinggan mangkuk di rak pinggan, Rania bergegas pula ke arah mesin basuh yang berada berdekatan dapur.

* Drrr- *

* Swoosh- *

* Ting, ting, ting! *

Selesai sahaja dia memasukkan baju yang berada di dalam bakul dan menekan butang mesin basuh, Rania menuju kembali ke ruang tamu bagi mengambil sampah yang sudah dibungkus tadi. Dia mengambilnya lalu menuju keluar rumah untuk membuangnya ke dalam tong sampah besar yang berwarna hijau yang berada di luar halaman rumah.

* Duk! *

Usai membuang sampah itu, Rania memasuki rumah agam itu kembali bagi menyelesaikan semua tugasannya.

****************************************************

Beberapa jam kemudian...

Tatkala Rania baru sahaja menuju ke ruang tamu semula setelah selesai semua tugasannya, dia terkejut apabila melihat pinggan dan mangkuk yang sudah kosong.

'Semua lauk makanan...dah..habis?'

Desisnya perlahan dalam hati sambil matanya terpegun melihat meja besar tersebut.

Rania tidak menyedari bahawa dua orang kakak tirinya sedang mengetawakannya sambil berbaring di atas sofa di depan televisyen.

"Hahahaha! Rania, kau masak tak sedap langsung! Esok cubalah masak sedap sikit!"

Suara milik kakak tirinya yang bernama Lana, iaitu kakak tirinya yang paling sulung, menyindir Rania yang sedang berdiri berdekatan meja makan.

"Betul tu! Apa-apa pun terima kasih la Rania! Kenyang perut aku yang lapar dari tadi!"

Luna, kakak tirinya yang kedua, berumur lebih tua setahun daripadanya berkata demikian sambil mulutnya ligat mengunyah kacang tanah di hadapan televisyen.

Rania hanya mampu terdiam sambil memandang tingkah laku mereka berdua.

"......."

Sejurus itu, Rania menyambungkan kerjanya untuk mengutip bekas pinggan mangkuk yang sudah kosong di atas meja. Dia membawanya ke dapur dan membersihkannya.

"Ceh! Sombong betul perempuan tu! Tak sedar diri menumpang di rumah kita!" Ujar Lana sambil menjeling tajam kepada Rania yang berdiam diri melakukan kerjanya.

"Betul, perempuan macam ni layak dijadikan 'bibik' je dekat rumah ni. Anak tiri!" Luna mengangguk dan membalas perkataan kakaknya yang berada di sebelah sambil menyambung memakan kacang tanah dalam bekas. Dia menyilangkan kakinya sambil membuat wajah yang angkuh dan mencebikkan bibirnya.

****************************************************

Rania yang baru sahaja membasuh pinggan mangkuk dan meletaknya di atas rak pinggan, menuju ke arah tempat memasak.

'Tidakk...aku lupa untuk simpan lebihan makanan yang aku sudah masak dalam periuk...'

Riana menangis dalam hati tatkala melihat periuk yang sudah kosong dan tiada lebihan makanan di dalamnya.

Dia tabahkan hatinya menerima kenyataan pahit ini.

'Tiada lagi makanan harini...'

'Aku sudah bekerja keras seharian, kenapa harus begini?'

Rania merintih dalam hatinya.

"...."

Selepas itu, Rania menyambung kembali pekerjaannya dan membasuh periuk belaga yang digunakan dalam memasak. Usai membasuh, Rania meletakkan kembali di bawah rak kabinet berdekatan dengan singki dapur.

Rania menuju ke arah mesin basuh untuk mengambil baju yang sudah siap dibasuh. Dia memasukannya ke dalam 'dryer' yang terletak berhampiran. Dia menekan butang 'start'.

Sambil termenung, Rania berpikir sendirian.

Ayah angkatnya, Dato' Taufiq merupakan seorang 'businessman' yang berjaya. Dia memiliki rumah agam ini sejak usianya berumur 30 tahun sejak Rania masih kecil. Kini, ayah angkatnya berumur 45 tahun. Sejak dari kecil, Dato' Taufiq memperlakukan Rania dengan baik. Namun, tidak bagi ibu tiri dan kedua kakak tirinya. Mereka melayan Rania bagaikan 'sampah yang tiada nilai'. Rania hanya mampu bertahan menghadapi semuanya dengan redha. Dia yakin semua yang berlaku atas kehendak Yang Maha Esa. Rania percaya Allah Yang Maha Berkuasa memerhatikannya. Dia pasti semua yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

* Ting!*

Rania tidak tahu berapa lama dia sudah berada di sana, namun suara pengering pakaian itu menyedarkan lamunannya. Rania mengambil baju yang berada di dalam 'dryer' itu dan meletakkannya ke dalam bakul baju.

Dia kemudian menuju ke ruang tamu untuk menaiki tangga ke biliknya.

Kelihatan layar kaca televisyen sudah ditutup dan suasana di ruang tamu itu sepi, Rania menutup lampu yang berada di sana lalu menaiki tangga sambil membawa bakul baju yang sangat berat itu. Dia menuju ke arah biliknya yang berada di loteng, tingkat yang berada paling atas sekali dalam rumah agam mewah itu.

* Tuk! *

Usai sahaja Rania memasuki biliknya, kakinya terasa longai. Badannya terjatuh perlahan-lahan dengan sendirinya.

* Bruk! *

Rania menangis.

"Ya Allah...Aku tidak kuat. Mengapa? Mengapa harus aku yang hadap semua ini? Apa salah aku pada mereka?"

"Huuhuhuu..."

Rania menangis semahu-mahunya. Bahunya tersengguk-sengguk bergerak bersamaan dengan tangisan yang dilepaskannya.

"Bantulah aku...Ya Allah..Kuatkan diri aku."

Ujar Rania sambil memandang langit yang gelap pada tingkap di sebelah katilnya.

Dia terus menangis sehingga air matanya reda. Tanpa disedari, Rania terlelap dalam tangisannya dan dalam kegelapan malam yang semakin mencengkam.

Hi~ Jangan lupa follow saya dan tambah buku ni di library! Terima kasih ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience