"Okay Sheryl terima kasih. Sekarang ni awak boleh duduk dekat tempat yang kosong"kata Cikgu Ros.
Kesemua pelajar lelaki memandang Sheryl tidak berkelip.
Sheryl berhenti betul-betul di sebelah meja aku.
"Tapi saya nak duduk dengan Haris"kata Sheryl sambil tersenyum ke arah Haris.
"Apa patut aku buat ni.. Bangun bagi dia duduk la kan?.."bisikku.
Aku terus bangun. "Awak nak duduk sini ke? Kalau awak nak duduk sini tak apa. Saya boleh duduk kat tempat kosong tu"
Semasa aku hendak pindah tempat tiba-tiba Haris menarik tangan aku.
Haris mengenggam kuat tanganku. "Ni kan tempat kau. Kau nak pergi mana?"kata Haris.
Muka Sheryl berubah menjadi muram.
Aku membuat isyarat mata agar Haris melepaskan tangan aku tetapi Haris hanya membuat tidak tahu.
Tiba-tiba Sheryl ketawa. "It's okay. I was joking je la. By the way you're so nice.. Emma"kata Sheryl sambil membaca name tag aku.
Haris terus menarik tangan aku sehingga aku terduduk.
"Sakitlah!! Kesian dia tau nak duduk sebelah awak. Lagipun saya bosan tau tak duduk sebelah awak ni"kataku.
"Aku tak benarkan sesiapa duduk kat tempat ni selain daripada kau. Dengar tak?!"kata Haris sambil merenung tajam ke arah aku.
Aku mengangguk tanda faham. Kenapa dia nak marah pulak ni..
---------------------------------------------
"Kringg!"loceng waktu rehat berbunyi.
Aku mencari-cari Jasmin untuk rehat bersama. Sementara menunggu Jasmin,aku berjalan di tepi pondok sekolah.
Aku melihat dua orang pelajar sedang berdiri di bawah pokok besar di sebelah pondok sekolah itu.
Aku cepat-cepat menyorok di belakang pondok sekolah itu. Aku cuba mengecam wajah pelajar itu.
"Eh tu bukan.. Haris and.. Sheryl??"aku memerhatikan betul-betul wajah mereka.
Kelihatan mereka seperti membualkan sesuatu. Aku curi dengar sedikit.
"Haris I miss you so much"kata Sheryl.
"Why you datang balik?"balas Haris.
"Why? You tak suka ke?"balas Sheryl sambil mendekatkan diri lagi dengan Haris.
Haris membelakangkan diri.
"I don't know. You datang tiba-tiba. And yes i'm really shocked"balas Haris.
Sheryl ketawa manja. "Kenapa nak terkejut? You tak sayang I dah ke?"
"I tak tau sama ada I masih sayang kan you atau tak. Perasaan I pada you seakan dah mati bila you pergi"kata Haris. Wajahnya sangat serius.
"You tipu. You masih sayangkan I. Kalau tak kenapa you tak ada gf sekarang ni?"tanya Sheryl.
Haris tersenyum sinis. "Why you so confident about that?"
"Because I know who you are! And I know you cuma sayangkan I sorang je"tiba-tiba Sheryl memeluk Haris.
Aku sangat terkejut sehinggakan aku terpijak tin minuman.
Pijakan itu membuatkan Haris dan Sheryl memandang ke arah pondok itu.
"Aduhaiii kenapa lah aku terpijak pulak ni? Apa aku nak buat ni? Nak cabur lari ke?"dengan perlahan aku keluar daripada pondok itu dan memecut laju keluar daripada tempat itu.
Kedengaran suara Haris menyuruh aku berhenti.
Aku lari dengan lebih laju lagi. Aku memusing ke belakang tetapi Haris tidak mengejar aku lagi.
Semasa aku menoleh ke depan semula aku tidak sempat berhenti dan terlanggar seseorang.
"Bukk"aku jatuh betul-betul di atas pelajar itu.
"Auchh"aku cuba bangun sedikit demi sedikit tetapi tidak boleh. Kakiku terseliuh.
Aku membuka mata dan melihat pelajar yang berada di bawahku.
"Akmal?.."kataku. Aku dan Akmal saling bertentang mata.
"Tak sangka dia ni handsome jugak kan.."bisikku.
Ini kali pertama aku memandang wajah Akmal dengan dekat walaupun di dalam kelas Akmal hanya duduk di meja sebelahku.
Jantungku agak berdebar sedikit.
"Emma.. Hai.."balas Akmal sambil tersenyum.
"Senyuman dia Handsomenya!!" bisikku. Behave Emma behave..
"Apa korang buat ni?!"kata Haris tiba-tiba.
Aku cepat-cepat bangun walaupun kakiku terseliuh.
"Aduhh" aku kembali duduk di atas lantai sambil memegang kakiku.
"Awak okay tak?" Akmal pun bangun lalu duduk di sebelahku sambil mengurut lembut kakiku.
"Tak tau. Tapi sakit. Terseliuh kot.."balasku.
"Jom saya bawak awak pergi klinik" Akmal ingin mendukungku tapi dihalang oleh Haris.
"Tak payah. Biar aku je bawak. Kau nak pergi klinik naik apa? Motor kau tu? Kang terjatuh dia ni"kata haris.
Akmal hanya diam.
Haris tiba-tiba mendukungku dan membawa aku ke keretanya.
Aku senyum ke arah Akmal sambil melambai. Akmal membalas senyumanku.
"Jangan gatal sangat boleh tak?"kata Haris.
"Apa awak merepek ni?"balasku.
"Shut up"balas Haris.
"Eeeeeee dia yang tiba-tiba pastu suruh orang diam pulak. Sakitnya hati aku!!"bisikku.
Dalam perjalanan ke klinik suasana di dalam kereta terlampau sunyi. Radion juga tidak dipasang oleh Haris.
Sesampainya di klinik, aku mendapat rawatan dan kakiku dibalut.
"Nasiblah esok cuti kalau tak kena ambik mc"kataku.
Haris tidak membalas. Sombong betul!
Aku dibawa pulang ke rumah kerana doktor suruh aku berehat.
Di dalam kereta, suasananya menjadi sunyi balik.
"Bukaklah radio!!"kataku.
"Kau suka Akmal?"balas Haris.
Aku terkejut dengan soalan Haris.
"Mana ada.."balasku.
"Dah tu tadi tu apa?!"balas Haris. Nadanya agak tinggi.
"Dia nak tolong saya je kan! Yang awak nak marah saya ni kenapa? Jealous ke?!"balasku. Aku menyesal sejurus aku menanyakan soalan itu kepadanya.
Haris memberhentikan keretanya di baju jalan.
"So kalau betul aku jealous kenapa?"tanya Haris.
Haris mendekatkan diri dengan aku. Jantungku kembali berdegup kencang.
"Kenapa dengan dia ni?.."bisikku.
Share this novel