BAB 12

Humor Completed 22474

"So kalau betul aku jealous kenapa?"tanya Haris.

Haris mendekatkan diri dengan aku. Jantungku kembali berdegup kencang.

"Kenapa dengan dia ni?.."bisikku.

"Kenapa awak nak jealous pulak? Bukannya awak suka saya pun"balasku.

Wajah Haris agak terkejut. Haris tidak membalas apa-apa dan sambung memandu.

"Eiii dia ni selalu je bagi orang awkward.."bisikku.

---------------------------------------------
"Oi bangun!" Haris mencucuk badanku dengan kunci kereta.

Aku terjaga. "Macam mana boleh tertidur pulak ni?"

"Jap. Kenapa kita bukan kat rumah saya?"kataku. Ni rumah siapa pulak?

"Ni rumah aku. Papa ada kat dalam. Papa suruh kita tidur kat rumah ni mulai harini"balas Haris.

"Tapi.."belum sempat aku menghabiskan ayatku Haris mencelah.

"Jangan risau semua barang kau aku dah suruh bibik aku ambik termasuk kucing kau tu"balas Haris sebelum keluar daripada kereta.

"Eyy dia ni macam tau-tau je aku nak cakap apa"bisikku.

Aku keluar daripada kereta. Wah rumah ni 2 kali ganda lagi besar daripada rumah aku.

Aku berjalan ke arah pintu masuk.

"Ha Emma masuklah"kata Dato Zasran.

"Aik macam mana Papa ada kat rumah? Bukan tadi ada kat sekolah ke?"bisikku.

Aku pun masuk ke dalam rumah. Kakiku masih lagi sakit.

"Haris kata kaki Emma terseliuh. Terus Papa balik rumah sebab takut Haris ni tak reti nak jaga Emma. Papa nak tengok-tengokkan si Haris ni"kata Dato Zasran.

Haris membuat muka menyampah.

"Eh takde la. Kaki Emma sakit sikit je ni. Nanti sembuh la. Tak apa la Papa pergi la sekolah balik"kataku sambil tersenyum.

"Ha ye lah. Kalau nak apa-apa bagitau Haris atau Mak Siti. Papa pergi dulu. Haris, jaga Emma baik-baik"balas Dato Zasran.

"Mesti lah Haris akan jaga isteri Haris yang tercinta ni" Haris menekan sedikit perkataan 'isteri'.

Selepas sahaja Dato Zasran beredar,aku naik ke atas dengan perlahan.

"Kau nak pergi mana tu?"tanya Haris.

"Bilik la. Nak rehat"balasku.

"Kau dengan kaki macam tu nak naik tangga?"balas Haris.

"Dah tu?"tanyaku. Pelik betul la dia ni.

Tiba-tiba Haris mendukungku naik ke atas.

Jantungku berdebar. "Kenapa lah sejak kebelakangan ni jantung aku suka sangat berdebar?"

Haris meletakkan aku di atas katil dengan perlahan. "Thanks"kataku.

Haris memandang wajahku.

"Kau kan yang lari daripada aku tadi?"tanya Haris. Matanya tepat memandang mataku.

Aku mengalihkan pandangan. "Aku nak cakap apa ni.."

"Ha? Apa awak cakap ni?"balasku.

"Aku tau tu kau. Apa yang kau dengar atau tengok tadi, aku nak kau jangan bagitau sesiapa pun"kata Haris.

Sebelum Haris keluar daripada bilik,aku sempat bertanya satu soalan kepadanya.

"Sheryl tu girlfriend awak ke?"tanyaku.

Haris kaku di depan pintu selepas aku menanyakan soalan itu.

Dia memandang wajah aku kemudian terus keluar tanpa kata.

"Dia pandang aku je?!"bisikku.

"Ahh tak kisah la. Buat apa aku nak kisah pasal dia pun kan"aku terus baring di atas katil yang empuk ini.

"Bosannya!! Jasmin sekarang mesti kat sekolah lagi kalau tak dah lama call dia.."aku membuka telefon bimbitku.

"Apa benda menarik eh yang boleh buat kat phone ni"aku membuka twitter.

Aku membaca tweet dan gelak sorang-sorang.

"Aduh cari attention betul la budak ni"

Aku tidak faham kenapa la remaja zaman sekarang suka sangat mencari perhatian dengan melakukan benda yang hanya memalukan dirinya sendiri.

"Eh kejap apa kata kalau aku stalk Haris?.. Tapi dia ada twitter ke..?"aku cuba menaip nama @HarisAdrey di ruang search.

"Yay jumpa pun!"aku mengklik profil yang bernama HarisAdrey itu.

"Mak aihhhh 10K followers?! Dia ni artis ke apa?"aku membaca tweet nya satu per satu.

*/"Maybe if i go away long enough, i'll forget the reason why i left"/*

*/"You were the wrong person at the right time. Now i don't believe in love. Thank you"/*

*/"You shouldn't have let me fall for you if you weren't planning on staying"/*

"Aik heart broken ke dia ni? Ermm rasanya tweet ni mesti untuk Sheryl"bisikku.

"Tak sangka jugak dia ni ada perasaan kan.. Ingatkan macam robot je"gelakku.

Aku cuba menaip namanya di instagram pula.

"Pergh ni lagi ramai! 30k followers ha!! Dia ni ada buat kerja amal ke sampai ramai sangat followers"kataku.

Aku mengklik satu per satu gambarnya.

"Pergh macam model! Kan bagus kalau senyum macam ni. Ni tak, asyik grumpy je"

Aku membaca ruangan komen pula.

*/"Handsomenya!!!!!" /*
*/"Marry me please!" /*
*/"Intro? :)" /*
*/"Cutenya awak hehe" /*
*/"Umur berapa? Handsome ;)"/*

Aku tidak sanggup meneruskam membaca komen itu. Geli!!

"Kalau muka handsome/lawa je mesti followers beribu. Untunglaaa"

Aku scroll profil instagram Haris hingga gambar pertamanya.

Gambar pertamanya bersama seorang perempuan.

Aku klik gambar itu. "Sheryl kan ni?"

Gambar itu seperti mereka berada di pantai.

Caption gambar itu */"I miss you"/*

"Ni gambar sebelum Sheryl pergi London tu ke.."bisikku.

Aku membaca ruang komen pula.

*/"Sweetnya"/*
*/"I ship!!!!!"/*
*/"Pon ponn kapal nak lalu"/*
*/"Wah please berkekalan"/*
*/"You both look so cute"/*
*/"Sesuai sangat korang :)"/*
*/"Cantiknya gf awak"/*
*/"Awak handsome, gf awak lawa sesuai betul la!!"/*

Entah kenapa hati aku terasa pedih bila melihat dan membaca komen gambar itu.

"Dah la malas la nak stalk!!"aku mencampak telefon bimbitku di tepi katil.

"Baik tidur jap!"aku terus terlena sehingga tidak menyedarkan diri.

---------------------------------------------
Badanku digoncang sedikit.

"Woi bangun woi. Dah nak malam ni"Haris menampar lembut pipiku.

"Apa....."aku membuka sedikit demi sedikit mataku.

Aku terkejut melihat Haris sehingga aku terhantuk di rangka katil.

Haris tidak memakai baju dan menampakkan six packnya.

Rambutnya masib basah mungkin baru lepas mandi dan Haris mengantungkan tualanya di leher.

"Oh my god. He look sooooooooo hot.."bisikku. Mataku tidak berkelip memandang Haris.

Haris ketawa. "Auchh" aku mengurut lembut kepalaku yang terhantuk tadi.

Baru terasa sakit apabila Haris mengejutkan aku daripada lamunan.

"Aku tau la aku ni handsome tapi tak payah la sampai terkejut macam tu"kata Haris.

"Mana ada saya terkejut sebab awak! Ha lagi satu, kenapa awak tak pakai baju?!"balasku.

Haris tersenyum sinis. Badannya semakin hampir dengan aku. Terasa tubuhnya yang hangat itu semakin dekat dengan aku.

Aku cuba kebelakang tetapi ni la paling belakang sekali!! Huaa apa dia nak buat kalini..

Haris membisikkan sesuatu di terlingaku.

"Kenapa kalau aku tak pakai baju?.."nafasnya kedengaran di telingaku. Suaranya sangat seksi.

Jantungku berdegup sangat kencang. Aku memejamkan mataku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience