"Please... Stay like this.."kata Haris. Suaranya seakan lemah. Nafasnya kedengaran kuat di telinga aku.
Aku menelan air liur. Jantungku masih lagi berdegup kencang. Aku kaku tidak bergerak..
"Err saya nak mandi jap. Bye"aku segera bangun tanpa menoleh ke arah Haris.
Aku terus masuk ke dalam tandas. Aku menghembus nafas lega.
"Dia tadi tu kenapa?.."kusut fikiran aku memikirkan perangai Haris yang kejap dingin kejap baik ni..
Selesai sahaja mandi aku keluar dengan perlahan-lahan agar tidak mengejutkan Haris.
Haris masih lagi tidur. Fuhhh selamat..
Aku duduk perlahan-lahan dan langsung tidak mengeluarkan bunyi di atas katil.
Aku melihat muka Haris yang nyenyak tidur itu.
"Aww comelnya dia time tidur.. You're not that bad Haris. I guess.."aku mendekatkan diriku dengan muka dia.
Aku mencium pipinya.
Aku segera bangun. "Apa kau buat ni Emma!!!"bisikku.
Aku memukul lembut kepalaku. "Kenapa kau kiss diaaaaaaaaa?!"
"Tapi kan.. Kenapa diri aku nak buat macam tu eh?.. Ahhh kau tak boleh suka dia Emma!"
Perangai aku sejak kebelakangan ni makin pelik la..
"Knock knock"pintu bilikku diketuk.
"Siapa pulak datang ni aduh.. Haris pulak tengah tidur ni macam mana ni??"aku membuka pintu bilikku tetapi hanya separuh.
"Ahh Akmal. Kenapa?"fuhh nasib baik Akmal ingatkan cikgu la tadi...
Akmal ketawa. "Kenapa muka awak terkejut sangat tu? Awak nampak comel sangat tau"
Mukaku terus menjadi merah. "Dia ni nak buat hati aku cair ke.."
"Eh mana ada.. Ha kenapa awak datang sini?"tanyaku.
"Ohh. Saya cari Haris. Awak ada nampak dia? Saya cuba call dia, tapi phone dia dalam bilik pulak"balas Akmal.
Aku terkejut. "Matila kalau dia tau Haris ada dalam bilik ni.."
"Ha..ris?? Err tak nampak pulak. Mungkin dia tengah jalan-jalan kot?.."balasku tergagap-gagap.
"I thought awak nampak dia. It's okay thank you Emma. Rehat la dulu. Sorry kacau"balas Akmal dengan sopan.
Aku membalas dengan senyuman. "Aku rasa la kan Akmal tu mesti ciri-ciri calon menantu setiap parents. Dah la handsome,pandai,sopan santun pulak tu"
Aku berjalan ke arah katil sambil tersenyum-senyum.
"Aik mana dia pergi?!"aku melihat di atas katil Haris sudah tiada.
"Cari siapa?"tiba-tiba ada suara mengejutkan aku daripada belakang.
"Awak pergi mana?! Risau saya"balasku.
Haris tersenyum. "Kau risau pasal aku ni... Kau suka aku eh?!"
Aku mengelakkan pandangan Haris. "Ya Allah, kuatkan lah hati aku daripada cair tengok Haris senyum macam ni.."
"Awak ni suka merepek la. Dah la balik ke bilik awak, nanti kalau cikgu nampak susah saya tau tak!"aku cuba menarik Haris keluar.
"Soooo? Kita dah kahwin kan apa salahnya"balas Haris sambil tersenyum sekali lagi.
"Memang la tapi awak nak ke semua orang tau? Dah pergi masuk balik bilik awak tu!!"aku sudah membuka pintu tetapi Haris enggan keluar.
"Okay saya keluar! Tapi dengan satu syarat aku nak buat something.."kata Haris.
"Buat apa?.."aku hairan melihat Haris.
Tiba-tiba Haris memeluk aku. "I've something to tell you.."
Aku menelan air liur. "Apa pulak dia nak cakap ni.."
"Haris?"tiba-tiba seorang wanita menyapa Haris.
Dan lebih teruk wanita itu ialah Sheryl.
Dan lagi lagi teruk, Akmal juga ada. Terpaku melihat aku dan Haris di tangga chalet.
Aku melepaskan pelukan Haris.
"What are you two doing?"tanya Sheryl.
"Peluk?"balas Haris selamba.
Aku terus menyepak kaki Haris.
"What? Bukan betul ke?"tanya Haris kepada aku.
"Okay have fun then. Bye"balas Sheryl lalu terus beredar daripada situ.
Riak wajah Sheryl berubah 100%. Wajah dia nampak kecewa,sedih,marah..
"Kenapa awak cakap macam tu? Kesian Sheryl!"marahku.
"So? Dia bukan gf aku pun"balas Haris.
Aku terdiam. Aku memandang wajah Akmal.
Wajah Akmal juga nampak seperti kecewa dengan aku.
Akmal cepat-cepat balik ke biliknya.
"Akmal..."panggilku tetapi Akmal tetap mengendahkannya.
"So sekarang ni betul la kau suka Akmal? Aku rasa aku dah dapat jawapan yang aku nak"balas Haris.
Haris juga pergi daripada aku.
"Aaaa apa aku buat ni? Kenapa semua nak salahkan aku?"aku terduduk di atas lantai.
"Hi bestfriend"sapa Aaron.
"Hi. I'm not in the mood nak cakap dengan orang"kataku.
Aku ingin kembali masuk ke dalam bilik aku tetapi dihalang oleh Aaron.
"Apa awak nak?"kataku.
Aaron tergelak melihat aku. Dia menghulurkan satu air tin kepada aku.
"Let'ssss talk about your problems. Walaupun aku macam ni, tapi aku ni pandai simpan rahsia tau!"kata Aaron sambil mengenyitkan matanya.
"Thanks Aaron. Saya penat la dengan semua ni! Ergh"aku mengetuk-getuk tin minuman itu ke kepalaku.
Aaron mengambil balik tin minuman itu.
"Kau ni gila ke apa?! Aku bagi tin tu suruh kau minum tau bukan pukul kepala kau kang japgi kau mati habis aku kena tahan sebab suspek pembunuh kau"kata Aaron.
Aku ketawa dengan kuat. "Awak ni boleh masuk maharaja lawak mega la"
"Eh mesti la boleh. Aku kan hebat semua benda" Aaron memberikan senyuman yang menampakkan giginya yang tersusun dan putih itu.
"Hmmm"balasku.
Aaron ketawa. "Aku tau kau dah kahwin dengan Haris kan?"
Aku tersedak. Aku cepat-cepat menekup mulut Aaron.
"Shhhhh"kataku.
Aaron melepaskan tanganku. "Relax la bukan orang dengar pun"
"Macam mana awak tau?"tanyaku.
"Well.. Aku kan pro. Aku boleh tau semua benda"balas Aaron sambil ketawa.
"Eiii betul-betul la"aku memukul Aaron.
"Aku ternampak gambar kahwin korang masa aku pergi rumah Haris haritu. Tapi aku sorang je tau. Akmal tak tau lagi"balas Aaron.
"Oh. Awak jangan bagitau siapa-siapa eh!! By the way Haris and Akmal okay tak?.."balasku.
Risau juga aku dengan Haris dan Akmal ni..
"Pasal Akmal kau jangan risau aku boleh tengokkan. Tapi Haris tu.. Kau tau la dia macam mana kan"kata Aaron sambil tergaru-garu kepalanya.
"Aaaa macam mana ni.. Haris tu dia memang panas baran pastu suka merajuk macam tu ehh"tanyaku.
Aaron ketawa lagi. "Dia memang macam tu tapi.. Aku rasa la kan Haris tu suka kat kau la"
"Err.. Kenapa pulak?"tanyaku.
"Dia sangat lah jeles bila kau dengan Akmal rapat. I can see it. Even orang buta pun boleh nampak tau walaupun dia buta"balas Aaron.
Aku ketawa. "Merepeklah. Dia sendiri kata kat saya jangan sesekali suka kat dia"
"Sebab dulu dia tak boleh lupakan Sheryl. Aku yakin sangat dia menyesal cakap macam tu kat kau"kata Aaron.
"Kenapa pulak?"tanyaku.
"Ahh nanti kau tau la sendiri. Kalau kau nak tau, apa yang kau perlu buat ialah tanya dia"balas Aaron.
Aku termenung jauh. Tanya?
Aaron bangun. "Dah la aku nak balik bilik. Jumpa malam ni. Byeee"
Aku melambai ke arah Aaron.
"Masalah.. Haris mana sekarang ni?"aku mengaru-garu kepalaku yang tidak gatal.
Share this novel