"Kepada jantung hatiku, aawat hang gatal harini? Apa masalah hang, cuba habaq sat!!" Aku memegang jantung aku yang masih berdegup kencang.Kenapa lah aku pergi peluk dia? "You're so stupid Emma!"
"Knock knock"pintu aku diketuk. "Come in"
"Emma. I have something to tell you. Tapi jangan marah papa okay..Ni untuk kebaikan Emma."Papa duduk di sebelah aku.Matanya sayu.
"Apa dia papa?.. Don't tell me it was the marriage that you told me before?" Papa pernah cakap dengan aku masa akhir tahun dulu, yang dia nak aku kahwin dengan anak kawan dia sebab papa kata dia tak boleh jaga aku dah.Papa sakit ke?
"Unfortunately it is"balas papa. Mata papa berair.
"Papa.. Emma is seventeen. Emma masih muda.Banyak lagi perjalanan yang perlu Emma lalui. Kenapa papa buat Emma macam ni?"balasku. Air mataku mengalir.
"Emma,papa buat semua ni untuk kebaikan Emma. Jangan bencikan papa. Ada sebab kenapa papa kena buat benda ni. It was for your own good. Please, ni permintaan terakhir papa untuk Emma"balas papa. Air mata papa mengalir dan itu lah kali pertama aku melihat papa menangis.
"You need someone to take care of you. Papa kenal dengan anak kawan papa and I know dia akan jaga Emma dengan baik"
Aku hanya mendiamkan diri. Aku buntu. Aku masih muda untuk berkahwin dan ini akan mementukan masa depan aku. Tapi bila aku tengok mata papa, I know something is wrong and papa memang nak aku kahwin.
"Okay. I will accept him. But, kenduri kahwin Emma tak nak buat tahun ni. Emma akan bernikah je dengan dia"balasku. Aku mengeluh. Adakah aku buat keputusan yang betul?
Papa tersenyum. "Thank you Emma. Emma akan benikah esok"
"WHAT?! Esok?! Why?" Aku tak sangka aku akan kahwin seawal ini. Dan aku memang tak bersedia.
"Papa dah tak ada banyak masa Emma" Aku hanya mengangguk tanda setuju.
---------------------------------------------
13 Januari(hari kedua sekolah), Aku sepatutnya ada kat sekolah sekarang ni, tapi disebabkan aku akan bernikah hari ni. Tapi bagus juga aku tak datang sekolah sebab aku tak tau macam mana nak berdepan dengan Haris lepas apa yang berlaku semalam. Seram sejuk!
Siapa bakal suami aku? Papa kata dia sama umur dengan aku. Kenapa lelaki tu setuju haih.. Aku mengintai dari tangga untuk melihat bakal suami aku
"Aku terima nikahnya Emmanuela Uqasha Binti Mukhriz dengan mas kahwin 800 ringgit tunai"ucap lelaki itu. Jantung aku berdegup kencang selepas sahaja lelaki itu mengucapkan akad nikah. Now I'm married? Air mata aku mula mengalir. Don't cry Emma...
Aku turun ke bawah selepas selesai sahaja majlis pernikahan kami. Majlis pernikahan kami hanya dihadiri oleh bapa kepada pengantin lelaki,papa,tok kadi dan beberapa orang saksi.
Aku mencari papa.Selepas sahaja aku melihat papa aku terus memeluknya. Papa, Emma nak tinggal dengan papa..
"Emma..Jangan menangis"Papa mengesat air mataku.Papa tersenyum melihat aku.
"Emma, perkenalkan ni Dato' Zasran, papa mertua Emma" aku kaku apabila mendengar nama itu.
Dato'Zasran? No, bukan dia kan? Mungkin orang yang sama nama je kot? Please don't be him please.
Aku berpaling ke depan.... Kali ni aku memang betul-betul nak terjun dari tingkat 13.
Dato' Zasran! Betullah dia pengetua sekolah aku. And dia juga papa kepada Haris Mikael a.k.a lelaki yang paling jahat pernah aku jumpa. Am I married with Haris? Ya Allah kau permudahkanlah perkahwinan kami ini.
"Hai, cikgu?" Okay ini sangat awkward. Dato' Zasran tersenyum melihat aku.
"Hai Emma.Jangan panggil saya cikgu.Panggil saya, Papa."balas Dato' Zasran. Aku hanya mengangguk.
"Wait, papa pernah jumpa Emma ke kat sekolah?" Dato Zasran cuba meneliti muka aku.
Yes! Semalam bila anak kesayangan cikgu tu cari pasal dengan saya.
Aku terus memandang ke lantai.Tolong jangan bagi dia cam aku..
Tiba-tiba bahu aku dipeluk dari belakang. Perfume ni..Jantung aku kembali berdegup kencang.
"Yes, you have met her yesterday. And she is my classmate"kata Haris sambil tersenyum sinis dekat aku. Eiii annoyingnya!
"Wait. Maksudnya Haris dan Emma satu kelas lah kan?Baguslah!"kata papa. Bagus?!
Dato Zasran menarik tangan Haris. Mereka seperti membualkan sesuatu.
"Haris, if you have an evil plan please stop it now. Tolong jaga Emma dengan baik. If papa dapat tau benda buruk jadi kat Emma, siaplah Haris. Papa tak main-main kali ni"kata Dato Zasran dengan tegas.
Haris ketawa. "Papa juga yang suruh Haris kahwin dengan dia kan? So..Haris boleh buat apa yang Haris suka lah sebab dia kan isteri Haris"balas Haris. Masih lagi ketawa.
"Please Haris. Kahwin ni bukan main-main. Emma's father is sick! And dia ada sebulan je lagi untuk hidup. That's why papa suruh Haris kahwin dengan Emma untuk jaga Emma. Emma tak ada siapa-siapa selain Dato Mukhriz. I warning you Haris, please behave and take care of her" Kali ni Dato Zasran bukan lagi main-main. Kata-katanya itu cukup membuatkan anak bongsunya itu terdiam.
Haris menarik tangan aku."Kenapa awak tarik tangan saya?Sakitlah!"
"Hey,listen. Sekarang kau dah kahwin dengan aku kan. So here is my rules. First, Don't you ever dare to fall in love with me. Second,jangan sentuh aku. Third,jangan kisah pasal aku langsung" Haris memandang tepat ke arah mataku.
Aku tergelak."Eeee awak jangan perasan sangat boleh tak?Siapa nak suka awak?"balasku. Betul ke aku tak akan suka dia?
"Good girl"kata Haris dan berlalu pergi.
Share this novel