BAB 14

Humor Completed 22474

"Morning.."Haris membisikkan perkataan itu betul-betul di sebelah telingaku.

Aku kaku tidak bergerak. Haris ketawa selepas dia bangun daripada aku.

"Okay..tu adalah wish morning yang paling pelik pernah aku dapat.."bisikku. Aku menghembus nafas lega.

---------------------------------------------
"Sabtu ialah hari yang paling best. Sebab apa? Sebab sekolah tak ada! Yayyy"bisikku. Hatiku sudah keriangan menyanyikan lagu cuti.

Selesai sahaja mandi, aku turun breakfast bersama Haris dan Papa.

Tetapi bila sampai di meja makan, hanya Haris sahaja berada di situ sambil bermain phone.

Aku duduk dengan perlahan-lahan.

"Err mana Papa?"tanyaku.

"Keluar"balas Haris pendek.

"Pergi mana?"tanyaku lagi.

"Mana la aku tau. Kau ingat aku ni spy Papa ke?"marah Haris.

"Ee suka sangat marah orang!"bisikku.

"Ding dong!"loceng rumah Haris berbunyi.

"Kau pergi tolong bukak pintu tengok"suruh Haris.

"Baiklah bossssssss"balasku saja memerlinya.

Aku berjalan ke arah pintu. Aku membuka pintu.

"Emma?"kata Akmal.

Aku terkejut. Tidak sangka pulak Akmal nak datang rumah Haris pagi-pagi macam ni..

"Eh Emma la. Kau buat apa kat rumah Haris ni?"kata Aaron. Aaron pun ada?...

"Err.. Saya er..."belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Haris memeluk bahu aku.

"Aku yang suruh dia datang untuk siapkan homework aku"balas Haris.

"Haa betul la tu. Terlupa pulak saya"balasku.

"Baek la Emma! Apa kat kau tolong aku punya homework sekali?"pujuk Aaron.

Haris memukul kepala Aaron. "Kau buat sendiri"

"Laa apa salahnya. Kau boleh suruh Emma buat asal aku tak boleh?"tanya Aaron sambil memuncungkan bibirnya.

"Sebab dia kena dengar cakap aku sorang je"balas Haris.

"Sejak bila kau jadi kedekut ni Haris? Ke kau dah.."Aaron tersenyum sinis sambil memandang aku.

"Dah apa? Kau nak kena ke sekali lagi dengan aku? Dah ah masuk cepat!"kata Haris sebelum beredar daripada situ.

"Relax la aku gurau je kot hahaha"balas Aaron.

Aaron mengenyit mata ke arah aku seperti memberikan aku satu mesej.

"Yang awak kenyit mata kat saya ni kenapa?"tanyaku. Cucuk kang mata dia ni!

"Kau dengan Haris, ada apa-apa kannn? Aku tau. Baik kau mengaku cepat"kata Aaron sambil tersenyum sinis sekali lagi.

"Er.. Ada apa..?"balasku. Aduhai dia ni..

"Tak payah layan Aaron ni Emma. Dah jom kita masuk"kata Akmal yang tadi hanya diam tiba-tiba bersuara.

"Jom. Tinggalkan Aaron sorang-sorang"balasku sambil ketawa.

"Ooo sampai hati korang kan tinggalkan aku sorang-sorang!"balas Aaron.

Aku dan Akmal hanya ketawa melihat Aaron.

Aku duduk di sofa bersebelahan dengan Akmal.

"Kaki awak okay? Sakit lagi ke?"tanya Akmal.

"Caring nya dia ni! Suami goals please!!"bisikku. Eh kau ni dah kahwin nak suami goals apanya...

"Err boleh la. Dah okay sikit"balasku.

"Awak jangan gerak banyak sangat nanti lagi teruk kaki awak tu. Berehat je jangan lupa makan ubat juga"balas Akmal.

"Kenapa la dia caring sangat ni?.. Cairnya hati aku!!"bisikku.

Aku membalas dengan senyuman.

"Woo wooo..Korang ni ada apa-apa ke? Oo bukan nak bagitau aku kan. Haris kau rasa dorang ni sesuai tak?"kata Aaron.

Haris yang daripada tadi memerhatikan aku dan Akmal terkejut dengan soalan Aaron.

"Sesuai"balas Haris seperti malas nak layan.

"Sesuai je? Takkan tu je kot?"balas Aaron tidak puas hati.

Di wajah Haris nampak sangat dia dah annoying dengan Aaron.

"Dah tu? Kau nak suruh aku renjis air mawar kat dorang ke?"balas Haris. Nadanya agak tinggi menyebabkan Aaron terus terdiam.

"Dah la tu. Hari ni kita nak buat apa?" Akmal cuba mengubah topik.

"Tak tau"balas Haris.

"Apa kata kita main badminton? 2 lawan 2"celah aku.

"Haaaaa bagus kau Emma. Aku setuju. Jom kita main. Kat rumah Haris ni ada court badminton tau!"kata Aaron.

"Oh yeke.. Baguslah kalau macamtu. Tapi team macam mana?"tanyaku.

"Awak team dengan saya eh? Aaron dengan Haris. Okay?"balas Akmal.

"Cantekkk! Confirm aku dengan Haris menang punya la"balas Aaron dengan confident.

Haris beredar terus ke gelanggang badminton tanpa berkata apa-apa.

"Kenapa dia ni senyap semacam je.."bisikku.

"Jom Emma. Kita pergi?"kata Akmal sambil tersenyum.

"Ahhh dia senyum pulak!! Behave Emma! Kau kena ingat kau tu isteri orang!"bisikku. Aku menenangkan fikiranku.

---------------------------------------------
"Aku serve dulu ok?"kata Aaron sambil memegang bulu tangkis.

Aku membuat tanda 'good'.

Aaron memulakan permainan. Akmal menyambut bola tangkis itu.

Bola tangkis itu datang ke arah Haris tetapi Haris terlepas.

"1-0!"kataku. Aku senyum ke arah Akmal sambil membuat tanda 'good'.

Aaron mengaru-garu kepalanya.

"Kenapa tak tangkap bola tu tadi ris?!"kata Aaron.

"Terlepas kan. Takkan aku nak kejar bola tu sampai lubang cacing kot?!"balas Haris.

"Haris ni kenapa? Asyik nak marah je daripada tadi.."bisikku. Pelik betul tengok perangai dia harini.

Kali ini giliran Haris pula membaling buku tangkis.

Bulu tangkis itu datang ke arah Akmal tetapi aku ingin menyambutnya.

Tiba-tiba aku terpukul tangan Akmal dengan raket badminton semasa ingin merebut bola tangkis itu tadi.

Pukulan aku agak kuat sehingga menyebabkan tangan Akmal berubah menjadi merah.

"Sorry! Awak okay? Sorry sebab tadi saya rebut bola tu.."aku menyentuh tangan Akmal.

"I'm okay. Sikit je ni.."balas Akmal. Dia memegang lembut tangan aku.

Jantung aku berdegup agak kencang. "Kenapa dengan Akmal ni.."

"Fuyoooo! Korang buat drama hindustan ke apa kat sini?"kata Aaron tiba-tiba.

Aku cepat-cepat melepaskan tangan Akmal.

Haris memandang ke arah aku. Nampak macam marah??..

Tiba-tiba Haris melempar raket badmintonnya dan berlalu pergi dari situ.

"Weh Haris kau nak pergi mana tu?! Game tak habis ni! Takkan aku nak main sorang-sorang?.."jerit Aaron tetapi Haris hanya mengendahkan panggilan Aaron.

"Dia marah aku ke.."bisikku.

"Err awak dua lawan la dulu. Saya nak pergi tandas jap"aku cepat-cepat beredar daripada situ dan mencari Haris.

Aku nampak Haris duduk di tepi kolam sambil termenung.

"Awak okay?.."aku cuba mendekati Haris.

Haris segera bangun apabila aku cuba mendekati dia.

"Pergi la kat boyfriend kau tu. Buat apa cari aku?"kata Haris.

"Bila masa pulak saya ada boyfriend ni?"balasku.

"Aku tau la Emma. Kau sukakan Akmal kan? Akmal pun suka kau"balas Haris.

"Saya tak kata pun macam tu" Suka hati dia je buat andaian sendiri!!

"Apa-apa je la. Aku bukan kisah pun. Hidup kau kan"balas Haris sebelum pergi daripada situ.

Tanpa sedar air mataku menitis. Aku cepat-cepat mengelap air mataku.

"Kenapa aku nangis ni.."

Satu soalan bermain di mindaku. Am I fall in love with Haris Mikael?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience