Horror & Thriller Series 5090

"Ada sesiapa di dalam?" Hani cuba-cuba menguatkan suaranya yang kecil halus di pintu pertama yang diketuk. Diulang soalan yang sama, namun tiada sahutan. Perlahan-lahan, dibuka daun pintu bilik tandas.

Tiada sesiapa.

Dia kemudian mengetuk daun pintu bilik tandas kedua dan ketiga. Soalan yang sama ditanya, masih tiada sahutan juga.

Akhirnya Hani bergerak ke tandas paling hujung. Pada kubikel nombor empat, cuba dibuka pintunya perlahan-lahan. Tetapi tersekat seperti ada yang menghalang!

"Ada orang di dalam ataupun ada benda menghalang?" Hani berbisik sendiri, sampai berkerut dahi.

Lima saat berdiam diri di situ, Hani mengambil keputusan tidak mahu memaksa membuka pintu. Nanti dituduh mengintai pula. Lagipun dia sudah mengetuk berkali-kali, tiada respons apa-apa.

"Huh! Baiklah basuh muka cepat-cepat dan keluar dari sini. Entah-entah tadi hanya perasaan sendiri sahaja." Hani meneruskan niatnya menuju ke sinki. Lampu masih lagi berkelip-kelip. Selesai memercik air biar segar, Hani mendongak muka dan menghadap cermin. Dilap dengan tisu, ditekan-tekan pipi berkali-kali.

Srekk... srekk... srekk...

Bunyi pelik itu menyapa telinga, memberhentikan terus perbuatan Hani yang menelek mukanya. Ditoleh ke belakang, dilihatnya semua pintu bilik-bilik tandas bertutup rapat! Padahal tadi dia sudah menguak satu per satu, mahu mencari suara yang meminta pertolongan.

Hani menggeleng dengan debar yang menggila, "Aduh... mungkin saya masih belum sedar!"

Hani cepat-cepat membasuh muka sekali lagi, sebelum mendongak melihat cermin.

"Eh, ada tulisan di cermin? Tadi tidak ada pula?" Hani cuba membaca tulisan yang berwarna merah. Tiba-tiba muncul perkataan Ganas, Botak dan Kurus.

"Hmm, siapa yang tulis? Apa pula maknanya?" Hani menoleh ke kiri dan ke kanan, tiada sesiapa kecuali dirinya. Menghadap semula cermin, Hani dikejutkan dengan lembaga hitam di sebelah yang berbisik betul-betul pada telinga, "Tolong... tolong... tolong..."

Hani jatuh pengsan akibat ketakutan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience