Horror & Thriller Series 5090

"Ingat hantu tadi. Yalah, tiba-tiba budak ini muncul di sebelah kita. Bunyi langsung pun tidak dengar, terus terpacak dengan muka pucatnya." Beto menunjuk ke arah seorang pelajar perempuan yang mengganggu kedamaian geng samseng sedang ponteng kelas.

"Apa kau hendak, perempuan?" Johan bertanya kasar, langsung tiada kemesraan.

Hani meneguk air liur gerun, lalu menapak selangkah ke belakang. Pertama kali dalam hidupnya bertemu orang yang bengis sangat, macam harimau terlepas dari sangkar!

"Saya... err... saya Hani. Pelajar tingkatan dua, sesi petang." Tergagap dan tersekat-sekat, Hani memperkenalkan dirinya.

"Hah, apa? Cakaplah kuat-kuat!" Johan mengorek telinga, mata dibuntangkan macam hendak menelan orang.

"Eh! Janganlah buang masa layan dia. Halau terus, bising-bising di sini... takut nanti kita yang tertangkap melepak." Arahan Syaarnaz sebagai ketua sememangnya tegas. Tangan samseng itu mengusir berkali-kali, macam mahu menghalau pengemis yang tidak diundang.

Walaupun dilayan sebegitu, Hani nekad mahu meneruskan usahanya. Menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya panjang, "Saya Hani... tujuan berjumpa sebab saya ternampak nama abang-abang semua ini di dinding tandas. Saya juga didatangi hantu yang berwarna hitam seperti dipanggang. Hantu itu mungkin pelajar lelaki yang mati terbakar dalam tandas, enam bulan lepas. Saya cuba mahu kepastian... adakah abang bertiga ada kaitan dengan kes tersebut ataupun tidak?"

Segala info diberitahu Hani secara bertubi-tubi... membuatkan Syarnaaz, Johan dan Beto berpandangan sesama sendiri. Beberapa saat kemudian, mereka bergelak berdekah-dekah hingga pukul-pukul perut dan dahi.

"Hei, lawak tahap geli ketiaklah! Siang-siang mana ada hantu."

"Betul... betul... betul! Lagipun mana wujud hantu terbakar. Di Malaysia ini cuma popular dengan hantu pontianak, hantu raya, pocong, dan toyol sahajalah!"

"Hantu panggang ataupun kau yang mengidam hendak makan pulut panggang?" Syaarnaz mengejek, siap buat bibir mencebik.

Muka Hani automatik jadi merah padam apabila diserang oleh tiga orang pembuli. Walaupun hanya serangan perkataan dan bukanlah kekasaran... tetapi ia tetap menyakitkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience