Prolog

Horror & Thriller Series 5090

TAHUN 1989

Pelajar-pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangsar mengadakan aktiviti kelas malam sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berlangsung beberapa bulan lagi.

Di dalam kelas 5A, pelbagai ragam dapat dilihat. Ada yang menggaru kepala dengan pensil. Segelintir pelajar menguap seperti badak air. Dan ada juga yang sanggup menampar pipi diri
sendiri supaya terjaga dan sedar daripada rasa mengantuk yang teramat.

Ketika itu seorang pelajar lelaki mengangkat tangan lalu berdiri, "Cikgu, saya mohon ke tandas." Pinta izin pelajar lelaki yang bernama Airil.

Selepas mendapat kebenaran, Airil menuju ke tandas tingkat tiga. Ia sebaris dengan kelasnya. Lampu tandas sudah terpasang dan dia terus menuju ke kubikel yang paling hujung.

Tandas Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangsar mempunyai sebuah kaunter berjubin empat sinki. Empat cermin dinding bersaiz sederhana turut menghiasi. Ada tandas jenis cangkung dan duduk, dijaga bersih kondisi.

Selesai membuang air besar, Airil menuju ke sinki, mahu membasuh tangan. Dia kemudian memercik mukanya dengan air bagi menghilang kan rasa mengantuk yang mencengkam. Tiba-tiba, lampu tandas terpadam. Airil mendongak hairan dan melihat sekeliling. Secara tidak semena-
mena, kolar bajunya dipegang dan ditarik kasar ke belakang. Habis hilang imbangan hingga terjelupuk ke lantai.

Tidak sempat merasa sempit, dia diseret kasar hingga ke hujung bilik air. Dalam keadaan terpinga-pinga, dirinya disimbah dengan minyak petrol. Airil menggelupur dibasahi dengan minyak yang banyak, jadi terbatuk-batuk sesak nafas apabila minyak memasuki mulut dan lubang hidung.

Rambut Airil digenggam ganas sebelum satu suara amaran menyapa telinga, "Oh, tahu sakit? Kami bertiga sudah beri amaran, jangan masuk campur hal orang! Degil betul, sekarang terimalah padahnya!" Herdik salah seorang lelaki yang mengasari Airil.

Airil mengerang kesakitan tatkala rambutnya direntap kuat. Ketika dibuka mata, terus kenal orang yang berdiri di hadapannya. "Saya pengawas, mestilah amanah jalankan tugas. Nampak kamu bertiga merokok, saya laporkanlah. Hish... sekarang lepaskan saya... lepaskan!"

"Hei! Kau sepatutnya buat tidak nampak sahaja."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience