Ilham mengelitik gembira sebaik kereta Lan diberhentikan di hadapan rumah sewanya. Dia dan Yakob tidak pulang terus ke rumah sebaik selesai kerja. Pagi-pagi esok mereka bertiga akan berjumpa dengan Alex, kawan yang diceritakan oleh Lan tempoh hari. Dalam kepalanya sudah mengira-ngira apa yang hendak dilakukannya dengan duit yang bakal mereka terima nanti.
Masing-masing terbungkang keletihan di ruang tamu rumah sewa Lan. Antara dengkuran Ilham dan Yakob saling bersahutan dan seirama. Bunyi tersebut langsung tidak mengganggu Lan yang turut dibuai mimpi. Guni yang berisi tulang temulang Dahlan Keli dan barang-barang yang digunakan semasa menggali tadi dibiarkan sahaja di dalam bonet kereta.
Dalam keasyikan mereka tidur, ada sepasang mata yang memerhati dari tempat kereta Lan dipakir. Susuk yang bertubuh cengkung itu duduk mencangkung diatas bonet kereta memerhati ke arah rumah sewa Lan tanpa bergerak-gerak. Asalnya langsung tiada berjasad dan yang kelihatan hanya figura yang senipis asap. Sesekali keluar lolongan seakan tangisan yang akan disahut oleh salakan anjing-anjing liar yang menghuni di kawasan sekitar. Ada sesuatu yang menghalang dia untuk bertindak terhadap orang-orang yang mengganggu tidurnya selama ini!!!!
Setelah puas berpusing-pusing di kawasan Bandar Seremban, akhirnya mereka tiba di sebuah kawasan kondominium mewah. Di pintu hadapannya terdapat pondok pengawal yang dilengkapi dengan palang automatik dan CCTV. Setiap kereta yang keluar masuk akan dipantau oleh pengawal keselamatan yang berbaju putih dan bercota. Kawasan keliling kondominium itu pula dikelilingi oleh tembok yang ketinggianya hampir sepuluh kaki.
Lan mengesat peluh sambil menunggu di Balai Pengawal. Alex yang berjanji untuk berjumpa pada pukul 10.00 pagi masih belum kelihatan. Apabila dihubungi, dia hanya menyuruh mereka menunggu di Balai Pengawal tersebut. Lan bimbang kalau-kalau barang yang tersimapn di bonet keretanya diketahui oleh pengawal yang bertugas. Dia tersenyum sebaik kelibat Alex dan dua orang rakannya kelihatan berjalan menuju kearahnya dari dalam. Dia sempat mengangkat tangan.
“Amacam bro. Barang dah dapat” tegur Alex sebaik bersalaman dan memeluk Lan. Dia juga tidak segan silu bersalaman dan memeluk Ilham dan Yakob, Walaupun mereka berdua kurang selesa.
Share this novel