“Pak Yakob, The tarik kaw-kaw satu. Mee goreng special satu” Lan melaung sambil mengangkat tangan. Dia sempat menjeling kepada Rosmina, anak dara Pak Yakob yang sedang membancuh air di dalam kedai.
“Siap” Pak Yakob menjawab. Kain pengelap meja ditangannya diselempangkan ke bahu sebelum dia menuju ke dapur untuk mengoreng mee.
Motosikal Honda EX5 yang berbunyi nyaring itu diberhentikan betul-betul dihadapan gerai Pak Yakob. Dua orang pemuda yang baru sampai bersalaman dan bercangkuk jari dengan Lan sebelum duduk.
“On time korang hari ni” Ucap Lan memerli. “ Order je apa yang kamu berdua nak makan. Aku belanja”
Kedua-dua pemuda itu tersengih. Yang berambut panjang memesan minuman Nescafe Ais dan seorang lagi memesan Milo Ais.
“Tak makan?” Lan bertanya lagi.
“Kami dah makan kat rumah tadi” Pemuda yang berambut panjang bersuara.
“Aku ada projek baik punya. Bukan sikit-sikit punya bayaran. Koman-koman pun korang boleh bawak balik lima ribu ringgit seorang” Lan merendahkan sedikit kepalanya sambil bercakap. Suaranya hanya kedengaran antara mereka bertiga sahaja. Dia menyuap mee sebelum menyambung cakap.
“Projek ni antara kita bertiga sahaja. Aku ajak korang berdua sebab aku tahu korang memang boleh buat.”
“Projek apa Lan?” Pemuda yang berambut pendek sudah tidak sabar-sabar. Dia teruja mendengar ganjaran besar yang menanti.
“Sabar la Ilham. Bagi aku habiskan cerita dulu.”. Pemuda yang dipanggil Ilham itu hanya tersengih.
“Kawan aku dari KL dah turun ke Bandar dan buka makmal baru kat pekan. Aku tak tahu kat mana. Tapi dia minta aku cari satu barang untuk bagi complete dia punya prodak”. Terang Lan. Suaranya sentiasa diperlahankan supaya pelanggan yang lain tidak mendengar.
Share this novel