Matanya dipejamkan terus. “Aku takkan bagi tubuh ni pada kau” Jeritnya sambil menolak tubuhnya melayang jatuh dari kondominium.
SIDANG AKHBAR DI BALAI POLIS
ASP Sugiman baru sahaja memberikan taklimat kepada hadirin dan wartawan yang ada. Pihak polis telah berjaya melumpuhkan satu sendikit pengedaran dadah yang beroperasi di kawasan Lembah Kelang. Operasi yang dibuat di sebuah kondominium di kawasan Seremban telah berjaya merampas dadah yang bernilai kira-kira tiga juta ringgit.
Serbuan dilakukan setelah mendapat aduan awam tentang kematian seorang lelaki yang membunuh diri dengan terjun dari salah satu unit kondominium di situ. Polis juga telah menemukan Sembilan lagi mayat dalam keadaan ngeri di dalam kondominium tersebut. Kesemua yang terlibat adalah lapan orang lelaki dan dua orang wanita. Suspek utama yang dikatakan ketua kumpulan tersebut juga ditemui mati.
Sebaik sesi soal jawab dibuka beberapa orang wartawan segera mengangkat tangan.
“Yang hujung sana?” Tunjuk ASP Sugiman kepada wartawan yang bertudung merah jambu.
“Kami difahamkan ada terdapat rangka dan tengkorak manusia yang turut dijumpai di semasa serbuan. Apa komen tuan?” soal wartawan tersebut.
“Ini pertama kali kami berjumpa dengan kes sebegini. Yang pastinya pihak forensik telah mengesahkan yang rangka-rangka tersebut sebenarnya digunakan sebagai sebahagian dari campuran dadah. Maksud saya, mereka akan menghancurkan rangka tersebut menjadi serbuk, dan kemudiannya digaul bersama dengan dadah-dadah yang mereka hasilkan” Jelas pegawai polis itu.
“Kenapa mereka buat macam tu?” Soal wartawan itu lagi.
“Pihak polis percaya, mereka ini mengambil tunjuk ajar dari pembuat dadah di sekitar segi tiga emas suatu ketika dahulu. Motif mencampurkan abu tulang mayat, yang kami yakini merupakan tulang dari mayat penagih juga, adalah untuk menguatkan lagi kesan dadah. Ada kepercayaan bahawa dadah tersebut akan menjadi lebih berkualiti dan penagihnya sukar untuk menjadi normal semula”
“Sampai macam tu sekali?” luah seorang lagi wartawan.
“Siapa yang bunuh semua yang ada di dalam Kondo tu” Celah Wartawan lelaki yang bercermin mata.
“Ini yang menarik. Kalau diikutkan, kesemua mereka mati dalam keadaan khayal. Ini berdasarkan kandungan dadah yang tercatat dalam darah mereka. Cuma bila dikaji corak dan kaedah kematian, kami dapati ada pihak yang bertindak membunuh yang lain dahulu sebelum membunuh diri. Tiga orang lelaki sebenarnya disahkan membunuh diri.”
“Kenapa macam tu tuan?”
“Itu kami belum pasti lagi. Pihak kami masih meneruskan siasatan sehingga kes ini selesai”
Selepas menjawab beberapa lagi soalan, ASP Sugiman menangguhkan sesi soal jawab tersebut.
“Kamu perasan tak, ada seorang pemuda yang berwajah cengkung di belakang wartawan bertudung pink tu?” Tanya ASP Sugiman kepada pegawai wanita disebelahnya.
“Entahlah Tuan. Saya tak nampak apa-apa yang mencurigakan pun”
“Dari tadi dia merenung saya. Sampai tak boleh nak fokus jugak saya” Ngomel pegawai tersebut.
ASP Sugiman adalah antara pegawai yang terlibat dalam serbuan tempoh hari. Dia juga sempat mencuit sedikit serbuk dadah untuk dirasakan pada lidah sebagai pengesahan!!!!!
Share this novel