“Lab tu apa?” Ilham kembali menyoal.
“Bengap la kau ni. Lab tu port nak proses ‘barang’ la” Pemuda yang berambut panjang itu memintas.
“Macam kau sorang jer yang pandai Yakob ” Ilham memprotes dengan meninggikan sikit suara.
“Shhh..sudah..sudah. sikit-sikit pun nak ambil hati. Fokus pada projek kita ni dulu. Korang nak duit ke tak?” Lan mulai panas. Ilham dan Yakob kembali senyap. Namun mata Ilham masih merenung Yakob dengan rasa tidak puas hati.
“Barang apa yang tak cukup tadi?” Yakob masih ingin tahu.
Lan merendahkan kepalanya merapat ke meja. Ilham dan Yakob pun turut sama.
“Dia nakkan rangka mayat” Umum Lan. Hampir –hampir menyembur air Nescafe dari mulut Ilham.
“kau gila apa. Mana nak cari rangka mayat tu?” Yakob membantah. Ilham menganguk bersetuju. Segila-gila dia, belum cukup gila untuk mencuri mayat dari kubur.
“Kalau kerja senang dia tak suruh kita buat. Upah yang dia bagi busuk-busuk pun RM 25 Ribu. Bukan senang orang nak bagi banyak tu tau. Korang boleh beli stok sampai hujung tahun tau.” Lan memujuk. Dia tahu kedua-dua ‘Kacang hantu’ dihadapannya memang tak menolak kalau diumpan dengan ‘benda’ tu.
“satu lagi, bukan sebarang rangka mayat yang boleh kita gali. Mayat yang betul-betul sesuai sahaja yang dia nak”
“Ha.. ada pulak gred mayat yang dia nak. Aku dah plan tadi dalam kepala nak pergi korek mayat kat jirat Cina sana.” Getus Ilham.
Share this novel