BAB 4

Thriller Completed 2169

“Hanya mayat penagih tegar sahaja yang dia nak. Mayat orang yang hidup mati dia dengan dadah sahaja. Tak kira berapa lama dia dah mati” sambung Lan.

“Apa yang dia nak buat dengan mayat penagih tu?”

“Itu aku tak tahu dan aku pun tak tanya. Yang aku tahu barang tu memang ada kat kampung kita” terang Lan.

“Memang ada pun. Bukan orang lain, mayat kawan-kawan kita jugak”Jelas Yakob. Dalam kepalanya sempat menyusun nama-nama kawan-kawannya yang sudah meninggal.

“Apa kata kita korek kubur Putu Alim. Dah enam bulan dia meninggal” Cadang Ilham.

“Kau ni. Kalau mayat Alim tu sah-sah lah belum reput. Rangka pun belum jadi. Ulat-ulat pun belum habis berpesta. Carilah mayat yang lima enam tahun dah meninggal. Baru jumpa rangka” Lan mengulas.

“Kita korek kubur si Doyok je. Dah lapan tahun dia meninggal” Cadang Yakob pula. “lagipun dia tak ada waris langsung. Sapa-sapa pun tak ambil port kalau kubur dia kita bongkar”

“Kalau Si Doyok tu kau mintak simpang. Kau pun tahu kan dia mati sebab HIV. Mayat dia pun orang tanam bukan macam biasa. Siap berbungkus plastik hitam lagi. Kuman-kuman HIV tu tunggu masa je nak cari mangsa baru” Ilham pula membantah.

“Kalau gitu, kita korek je kubur Dahlan Keli. Anak Pak Haji Awang. Yang mati lima tahun lepas” Lan memberikan buah fikiran.

“Aku ingat lagi kubur dia. Sebelah kubur arwah ayah aku jer” Ilham mengangguk bersetuju. Yakob tidak membantah apa-apa. Seakan turut menyokong.

“Kalau gitu, projek ni kita on malam ni. Lagi cepat buat, lagi cepat dapat duit. Aku tunggu korang kat bus stop simpang depan”

“Ok. Kami ikut je” Yakob hanya mengiyakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience