BAB 7

Thriller Completed 2169

“Sorilah. Aku pergi cari barang sikit tadi” Lan membuka bonet belakang kereta yang menyimpan dua batang cangkul, skop, guni dan dua set lampu gas.

“Barang ni aku bagi free kat korang. Pakai masa nak buat kerja nanti” Dia turut menyerahkan dua paket pil ‘Ice’ kepada Ilham dan Yakob.

“Beres Boss. Macam ni lah yang kami nak” Yakob seronok menerima ‘hadiah’ tersebut.

“kita naik sekali. Bagi Ilham guide kita masa kat kubur nanti” Umum Lan.

Yakob menyelitkan parang di pinggangnya sebelum melipat kaki seluar hingga ke paras lutut. Ilham mencuba lampu suluh kecil yang terpasang dikepalanya. Kawasan kubur itu disuluh seluruhnya. Berbalam-balam batu nisan tersusun menghala kearah kiblat. Semua barang-barang yang digunakan untuk menggali kubur dimasukkan ke dalam guni. Lan turut memegang sebuah lampu suluh ditangannya.

“Nanti dulu” Jerit Lan apabila melihat Ilham mula melangkah ke dalam kawasan kubur. “Jangan tergesa-gesa”

Dia menyeluk saku dan mengeluarkan tiga tangkal azimat. Azimat pelindung yang diperolehinya dari seorang bomoh dua hari lepas.

“Pakai ni dulu. Malam-malam macam ni memang ada yang akan ganggu kerja-kerja kita” ulasnya. Mereka berdua hanya menurut.

“Pil dah makan?” Soalnya lagi dan kedua-duanya mengangguk lagi. “Jom”

Kawasan kubur yang gelap gelita kini diterangi oleh lampu gas yang dibawa Lan. Bunyi cangkul menggali tanah dan dengusan nafas jelas kedengaran disebalik keheningan malam. Sesekali Lan akam menyuluh ke arah jalan. Dia bimbang kalau-kalau ada orang yang terserempak dengan mereka.

Rasa takut sudah mulai hilang dari tadi. Mulanya mereka sedikit gementar apabila menghampiri kubur Dahlan Keli tadi. Bulu roma belakang leher mulai meremang sebaik mereka meletakkan peralatan mengorek di sebelah kubur. Lama-kelamaan perasaan itu semakin menghilang. Mungkin kerana ‘pil ’ yang ditelan tadi atau azimat yang terkalung di leher mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience