BAB 2

Fantasy Completed 2393

Keesokan harinya, Park Bong Pal baru sahaja bangun drpd tidurnya. Ketika dia hendak mandi, dia ternampak Hyun Ji tidur di atas sofa. Sedang dia asyik melihat Hyun Ji tidur tiba tiba Hyun Ji tersedar dan melihat Bong Pal berdiri di sebelah sofa yg dia tidur itu. Bong Pal terus bertanya kpd Hyun Ji tentang dirinya.

"Awak ni asal dari mana?"
"Saya sebenarnya dah mati. Tapi roh saya ni masih lagi ada kat dunia ni."
"Itu saya tahu. Sebab awak kan selalu berlegar legar kat universiti. Saya nak tanya awak kenapa awak mati?"
"Sebenarnya, saya dilanggar kereta dua tahun lepas."
"Lepas tu."
"Saya sedar mata saya kabur. Dan saya nampak ada sorang yg berdiri tengok saya tengah nazak. Tapi org tu tiba tiba hilang."
"Awak kenal tak siapa dia tu?"
"Tak. Saya dah cakap tadi masa tu mata saya kabur. Saya tak dapat tengok jelas."
"Okeylah. Memandangkan awak ni hantu baik saya izinkan awak untuk tinggal kat rumah saya ni."
"Koomawoseubnida. Saya janji saya takkan susahkan awak dan saya akan behave kat sini as long as awak boleh nampak saya. Anyway, kenapa awak boleh nampak saya?"
"Itu awak tak perlu tahu. Yg penting skrg ni saya dah lewat nak ke kelas. So, saya nak awak duduk diam diam kat sini."

°°°°°°°°°°°°°°°°°

"In Rang, otteokeyo?"
"Aku tak tahu. Kita dah takde duit nak bayar Bong Pal. Kita nak buat apa skrg?"
"Aku tahu."
"Apa dia?"
"Kebelakangan ni, Seoul dah digempar gempurkan dgn hantu hantu jahat berleluasa skrg."
"Habis tu kau nak kita jadi ghostbusters?"
"Betul tu. Dan kita ajak Bong Pal sekali untuk kita jayakan projek ni."
"Tapi bila aku fikir balik, bernas juga idea kau ni."
"Omooya! Ini Kim In Rang lah. Aku tahulah mcm mana aku nak handle problem ni."
"Hutang aku bila korang nak bayar?"
"Bong Pal. Aku tahu mcm mana kitorang nak bayar balik duit yg kitorang pinjam tu."
"Apa dia?"
"Kita jadi ghostbusters. Kita tangkap hantu hantu yg ada kat Seoul ni."
"Oh aku tahu sangat. Sebab kebanyakan korang ni semuanya berfantasi lebih. So itu tak akan membantu langsung."
"Cuba kau tengok ni. In Rang susah payah cari dlm google kes kes mistik kat sini."
"Okey. Aku nak tengok sejauh mana korang berdua boleh buat aku percaya."
"Kalau macam tu kira jadilah. Dan aku nak letak nama kelab ni kepada nama Kelab Sup Sundae."
"Apahal Sup Sundae pula?"
"Aku leader okay. Korang berdua kuli aku."
"Tak. Sebenarnya aku ada bela saka tau. Baru je semalam dapat."
"Mengarutlah kau ni!"
"Seriuslah. Aku ada bela saka ni. Cantik tau. Nama dia Kim Hyun Ji."
"Suka hati kaulah."

°°°°°°°°°°°°°°°°

Sementara itu, Hyun Ji kelihatan bosan dalam rumah Bong Pal kerana dia tidak tahu hendak buat apa. Beratus ratus kali juga dia mendengus kasar dan mengeluh kerana dia sejak Bong Pal keluar rumah tadi dia tidak berganjak dari sofa itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi ke universiti dimana tmpt Bong Pal menuntut ilmu. Cara dia menuju ke sana sudah dahsyat kerana dia hanya perlu menghilangkan dirinya dari rumah. Itulah keistimewaan menjadi hantu kerana dapat berbuat apa apa sahaja asal tiada org dapat menghalangnya. Setibanya dia di universiti, dia berasa kagum kerana kecantikan dan reka bentuk bangunan yg moden dan juga kontemporari membuatkan dia menyebut perkataan 'wah'. Seketika dia sedih kerana dia tidak dapat merasa menyambung pengajian. Sdg rakan rakan yg sebaya dengannya sudah berada di universiti sekarang sementara dia hanya berlegar legar di bumi sedangkan roh dia tidak dapat masuk ke syurga kerana ada sesuatu perkara di dunia ini belum diselesaikan.

°°°°°°°°°°°°°

"Park Bong Pal!"
"Hyaa! Awak buat apa kat sini?"
"Saya boringlah duduk kat rumah tu. Jadi saya datanglah sini."
"Saya taknak awak datang sini tau. Sebab saya taknak layan awak. Nanti org akan cakap saya ni gila."
"Geokjunghajima. Saya bukannya kacau awak pun. Saya cuma nak rasa juga seronoknya study kat sini."
"Janji yg awak tak buat masalah kat sini."
"Promise!"
"Jom ikut saya."

°°°°°°°°°°°°°°°°

"Park Bong Pal. Kim Hyun Ji. Aku dapat rasakan yg dua jahanam ni akan menyusahkan hidup aku. Diorang diibaratkan malapetaka besar dan juga pembawa sial untuk aku. Untuk cari jalan penyelesaian, aku kena juga berusaha untuk dapatkan sisa sisa tenaga yg melekat pada diorang. Kemungkinan Bong Pal akan dapat kuasa sakti tu. Dan Hyun Ji, kalau dia kahwin dgn Bong Pal dia akan dilahirkan semula. Ya. Aku akan cuba sedaya upaya untuk hapuskan mereka berdua."

Bagaikan enau dalam belukar. Rupa rupanya Hye Seung cemburu dengan kelebihan yang ada pada diri Bong Pal. Patutlah dia bersungguh sungguh untuk rapat dengan Bong Pal dan bunuh Hyun Ji kerana kegilaannya terhadap kuasa sakti itu. Dia mengetahui bahawa kuasa sakti itu mampu menguatkan lagi serta melengkapkan kelebihan dan kekuatan yg ada pada diri roh jahatnya itu. Sedangkan roh Hye Seung tidak tahu bahawa kuasa itu jika diserahkan pada mereka berdua mampu menghapuskan roh jahat itu. Dan disebabkan itu Hye Seung akan hidup sebagai manusia putih dan terhindar daripada roh hitam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience