BAB 7

Fantasy Completed 2393

"Joo Hye Seung. Pelik betul mamat ni. Aku dapat rasa yg dia macam sorok sesuatu. Jangan jangan betullah sangkaan aku yg dialah pembunuh No Hyun Joo. Mana kau nak lari Hye Seung."
"Hoobae. Ini laporan drpd pihak forensik."
"Okey. Macam mana?"
"Forensik kata takde kesan purple kat leher dia. Tak mungkin dia dicekik."
"Habis tu kau nak cakap dia termakan racun?"
"Yg tu forensik tak jumpa apa apa bahan kimia dlm tubuh Hyun Joo."
"Peliklah. Takkan dia bunuh diri."
"Hoobae rasa sebab apa?"
"Okey. Lupakan pasal ni. Aku nak kau cari alamat rumah mak Hye Seung."
"Kenapa hoobae nak jumpa mak dia?"
"Aku nak korek rahsia Hye Seung. Aku dapat rasa yg mamat tu lain macam sikit."
"Macam mana tu?"
"Entahlah. Aku pun tak pasti."

°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Kelab Sup Sundae. Saya Choi Chun Sang."
"Tolonglah aunty ni. Kebelakangan ni anak aunty Soo Ji lain macam."
"Buka pintu ni! Buka pintu ni! Buka pintu ni!"
"Kenapa anak aunty tu?"
"Anak aunty kena rasuk hantu. Dia bukan lagi Soo Ji yg dulu. Dia jadi agresif. Clubbing setiap malam dan aunty tak tahu macam mana nak jelaskan."
"Geokjunghajima. Kami selaku ghostbusters terunggul di Korea akan hapuskan hantu dalam badan Soo Ji. Dan aunty akan dapat balik Soo Ji."
"Koomawoseubnida."
"Buka pintu ni!"
"Biar saya masuk dulu. Awak tunggu sini."
"Tak bolehlah. Saya kena ikut awak."
"Ini kuncinya. Hati hati."
"Bong Pal. Hwaiting."

Bong Pal dan Hyun Ji memasuki bilik itu setelah diberi kunci bilik itu. Mereka melihat Soo Ji duduk di penjuru katil. Hyun Ji cuba mengawal pergerakan Soo Ji namun kekuatan saka jahat itu menyebabkan Bong Pal dan Hyun Ji tidak mampu mengawal mereka. Mereka menahan Soo Ji tetapi dia berjaya meloloskan diri. Chun Sang, In Rang dan ibu Soo Ji terkesima melihat kelajuan Soo Ji. Bong Pal dan Hyun Ji mengejar Soo Ji.
Soo Ji sudah berada di atas bumbung rumah pangsapurinya. Seketika Soo Ji menangis kerana dia akan membunuh dirinya sendiri. Bukan inilah pilihannya tetapi saka jahat itu berjaya kuasai tubuh badannya. Sesudah mereka berdua sampai saka jahat itu muncul kembali dalam tubuh Soo Ji. Mereka cuba sedaya upaya untuk membuang saka itu namun saka itu susah untuk dikeluarkan dari tubuh Soo Ji. Hyun Ji dan Bong Pal sehingga cedera ditolak saka jahat itu.

"Korang takkan dapat halang aku! Selama ni aku dah cukup menderita disebabkan pompuan sial tu. Skrg ni aku akan bunuh anak dia sebagai hutang dia terhadap aku."
"Jangan! Kalau kau masih marahkan aku, bunuh aku. Ambil nyawa aku! Jangan libatkan Soo Ji. Dia tak bersalah."
"Kau ingat aku boleh tertipu lagi dengan helah kau lepas apa yg kau dah buat kat aku. Kau rampas laki aku. Kau bunting anak dia! Dan kau lahirkan anak luar nikah macam Soo Ji ni."

Hyun Ji menggunakan kuasanya mengasingkan Soo Ji drpd saka itu. Akhirnya saka itu terkeluar dan Bong Pal menghapuskan saka itu. Soo Ji terlentok di atas bahu ibunya. Ibunya menangis kegembiraan tanda bersyukur dirinya terhindar daripada bayangan musuhnya itu. Mereka berempat yg melihat drama menyayat hati itu mengalirkan air mata kerana terharu dengan kasih ibu yg tidak tandus.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Di Suwon, sami yg pernah menyelamatkan Bong Pal drpd tenaga jahat berkunjung ke rumah tumpangan ayah Bong Pal bagi melawatnya. Dia berasa kurang senang kerana setibanya dia di rumah, gelap gelita dan sunyi sepi. Tiba tiba yeoja tua itu ternampak sami berdiri di hadapan rumah itu terus berkata ayah Bong Pal sudah lama tidak balik rumah. Sami pun terus beredar dan tidur di rumah tumpangan kosong. Dia akan menginap di sana sementara dia tinggal di rumah warisnya di Seoul.

"Makcik. Makcik kenal org yg nama dia Park Il Sung?"
"Kenal. Makcik kan jiran dia. Dia baik orangnya. Selalu sangat hantar lauk ke rumah makcik."
"Makcik tahu tak kemana dia pergi?"
"Entahlah. Dah berapa minggu dah dia hilang."
"Dia ada masalah tak kalau dia ada mengadu apa apa ke?"
"Takde pulak. Tapi makcik dapat teka yg dia ada masalah hutang."
"Macam mana tu?"
"Hari tu, makcik ternampak ada budak muda ni seret Il Sung entah kemana dia pergi. Nampak macam Il Sung mabuk."
"Budak muda. Siapa dia tu?"
"Makcik rabun jadi makcik tak nampak siapa budak tu."

°°°°°°°°°°°°°°°

Malam itu Bong Pal dan Hyun Ji balik. Mereka lalu di depan klinik Hye Seung. Hye Seung ternampak mereka berdua lalu di depan kliniknya. Teringat kembali detik detik Hyun Ji berdepan dengan ajalnya dan dia tidak sangka bahawa roh Hyun Ji masih berlegar legar di sini. Dia terus masuk ke biliknya dan melihat kembali kad pelajar Hyun Ji dan bukunya. Dia merenung lama dan dia terfikir untuk mengakhiri semuanya. Dia tidak mahu terlambat dan kehilangan kuasa yg ada pada mereka berdua.

Selepas mereka melewati klinik itu, mereka pulang dan makan malam. Mereka sepertinya berbual sesuatu.

"Bong Pal. Nak tanya sikit ni."
"Apa dia?"
"Awak ada girlfriend?"
"Aniyo. Wae?"
"Saja nak tanya. Salah ke?"
"Tiba tiba tanya pasal girlfriend. Awak tu."
"Saya apa?"
"Ada boyfriend dah?"
"Siapa yg boleh nampak saya?"
"Sebelum awak mati ada ke?"
"Takde. Saya fokus study okey."
"Awak tak rasa ke nak couple ke?"
"Dengan siapa?"
"Dengan sayalah."
"Apa?"

Bong Pal terkesima dengan lontaran kata kata yg dihamburkannya sebentar tadi. Hyun Ji terkesima mendengarnya dan situasi menjadi agak janggal. Mereka berdua meninggalkan meja makan itu dan Bong Pal masuk ke biliknya.

"Apa benda yg aku cakap ni? Aku dah terlepas cakap kat dia. Macam mana aku nak bercakap dengan dia?"
"Biar betul Bong Pal ni. Takkanlah dia boleh suka aku ni. Manusia dengan hantu mana boleh cinta. Bercinta dua alam mustahil berlaku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience