"Lepaskan diorang berdua! Kalau kau berani sentuh diorang langkah mayat aku dulu."
"Amboi kau! Tak padan dengan tua! Berani kau cabar aku ya. Oh! Aku lupa pula, kau tu dah tua bangka. Lepas kau tua mestinya akan mati."
"Kau ingat kau boleh dapatkan apa yg kau nak lepas apa yg kau dah buat selama ni."
"Sami apa maksud semua ni?"
"Sebenarnya Joo Hye Seung tlh dirasuk oleh semangat jahat yg dah bunuh mak ayah kau."
"Bukan saja mak ayah kamu tapi ramai orang yg dia bunuh termasuk No Hyun Joo, Lee Yong Shik, ayah dia sendiri dan ramai lagi yg dia bunuh."
"Dia juga jadi penyebab kenapa Hyun Ji dilanggar kereta sampai 2 thn dia tak sedarkan diri. Skrg ni roh Hye Seung dah takde. Yg berdiri depan mata sekarang ni ialah jasad Hye Seung dan semangat jahat tu."
"Apa yg kita patut buat sekarang ni?"
"Hahahahahahahahaha! Korang ingat korang blh tewaskan aku. Aku lebih berkuasa berbanding dengan sami kerepot ni! Takde siapa yg boleh halang aku!"
Tiba tiba semua roh roh yg pernah menjadi mangsa pembunuhan semangat jahat itu bangkit dari syurga datang untuk membantu mereka. Ramai di antara mereka ingin menghapuskan semangat jahat itu kerana sepanjang hayat mereka tidak pernah merasa ketenangan apabila dia masih bebas di bumi ini. Tiba tiba roh itu semuanya bersuara berkata benda yg sama.
"JOO HYE SEUNG DAH LAMA MENINGGAL DUNIA. DIA MATI DISEBABKAN PERBUATAN JAHAT KAU SETAN! ROH DIA DI SYURGA SEKARANG NI TAK TENANG. JADI UNTUK MEMBALAS BALIK PERBUATAN JAHAT KAU KAMI AKAN PASTIKAN KAU BAYAR BALIK HUTANG KAU YANG BERLAMBAK TU."
"Kau ingat aku takut ke kat korang semua. Mungkin org kau ramai tapi aku sorang ni pun masih tetap berkuasa."
"Kau jangan lupa yg Tuhan takkan pernah biar segala kekejaman berlaku. Semestinya karma akan menghinggap tubuh kau. Bersedialah setelah lama kau menikmati kehidupan kau. Buddha akan menghantar kau ke neraka."
Tiba tiba muncul satu cahaya yg berpancar dgn terangnya merampas kembali kuasa kuasa semangat jahat itu. Semangat jahat itu dengan cepatnya terkeluar dari jasad Hye Seung. Dan semangat jahat itu meronta kesakitan kerana api dari neraka membakarnya dengan marak sehingga dia mati rentung. Setelah itu semua roh roh itu beredar meninggalkan mereka berenam di dalam kelas. Mereka semua agak terkesima dgn apa yg telah mereka saksikan sebentar tadi.
"Inilah balasan setimpal yg diberi jika kita telah berbuat jahat kepada manusia sehingga kita lupa untuk bertaubat dan memohon keampunan dari mereka sebelum mati. Akhirnya inilah karma yg akan diterima berdasarkan perbuatan jahat yang telah memusnahkan hidup manusia. Nescaya Tuhan amat memurkai manusia sebegitu."
"Apa yg kita nak buat dengan Hye Seung?"
"Roh dia dah tenang di sana. Apa yg patut kita buat ialah uruskan mayat mendiang dan ajak warisnya melawat bagi memberikan penghormatan terakhir."
°°°°°°°°°°°°°°
Sehari selepas kejadian dahsyat itu, keadaan menjadi semakin hiba apabila masing masing ke tokong dan bersugul di atas kematian Hye Seung. Walaupun dia telah lama mati tetapi jasadnya belum diuruskan lagi. Ibunya yg melawat amat bersedih dengan kematiannya kerana kehidupannya ketika kanak kanak tidak seperti kanak kanak yg lain. Apabila perkara ini terjadi dia amat menyesalinya dan dia berharap semoga rohnya kekal abadi di syurga di samping org org yg baik di sana. Sedih dan memilukan namun mereka percaya bahawa hidup perlu diteruskan dan mustahil akan berlakunya kelahiran semula melainkan mereka tidak berbuat baik di atas muka bumi ini.
"Cik Yoo Shin Young, kami ucapkan takziah atas pemergian Joo Hye Seung. Kami berharap agar puan tabah dengan semua yg terjadi. Saya yakin anak puan akan mendapat kehidupan yg baik di syurga sana."
"Terima kasih banyak banyak sami. Saya yakin dia anak yg baik sebab dia tak pernah berbuat jahat kat org. Kalau ya pun dia macam tu itu semua kerana semangat jahat yg kuasai tubuh dia sampai roh dan jasad terpisah selamanya. Saya pun sedar selama ni Hye Seung dah mati. Walaupun sebelum ni dia ada dengan saya tapi itu hanyalah jasad Hye Seung dan bukannya roh dia dlm tubuh dia sendiri."
"Apa pun kami pihak tokong nak ucapkan terima kasih banyak banyak sebab sudi hadir di upacara ni."
"Dia satu satunya permata hati saya yg ada. Kalau tak disebabkan dia anugerah saya tak mungkin saya kuat untuk menghadapinya. Walaupun sejahat atau sebaik manapun dia tetap anak saya. Susah senang dia tetap anak saya. Sebab dia ada dalam perut saya dan dibuat oleh mendiang ayahnya. Ibu manalah yg tak sayang anak melainkan ibu yg tiada naluri keibuan."
"Apa pun takziah sekali lagi puan."
"Saya minta diri dulu."
°°°°°°°°°°°°°°°
Selepas berbagai bagai dugaan yg mereka hadapi sepanjang mereka berteman, akhirnya mereka dapat lewatinya dengan baik. Dan oleh kerana kejayaan mereka akhirnya disatukan dlm perkahwinan yg sah dan direstui orang tua. Walaupun pada awalnya Bong Pal menitiskan air mata disebabkan ibu bapanya tidak berkesempatan melihatnya bernikah tetapi Hyun Ji tetap berada di sampingnya bagi mengelakkan kehidupannya menjadi sepi. Lagipun Hyun Ji berkata bahawa ibu bapanya kini menjadi ibu bapa Bong Pal juga. Bagaikan merpati dua sejoli memang sepadan dan serasi kerana banyak persamaan di antara mereka dan banyak benda yg mereka tahu antara satu sama lain. Orang tua tua pernah berkata ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu jua. Dari dua dunia namun akhirnya disatukan jua oleh restu org tua.
"Awak, saya harap lepas ni awak takkan tinggalkan saya macam mana awak tinggalkan saya masa awak masih lagi roh."
"Saya janji saya akan cuba jadi yg terbaik untuk awak. Dan saya harap awak tak berpaling ke pompuan lain selain saya."
"Lagi satu saya nak awak janji dengan saya yang awak akan terus mencintai saya walaupun saya tia dan tak kuat macam dulu lagi."
"Macam tu jugalah dengan saya yg awak janji akan tetap sayang saya walaupun saya tak seksi dan comel macam sekarang ni."
Berakhirlah kisah dua dunia ini. Namun dari dua dunia akhirnya menjadi satu atas izin Tuhan dan takdir yg berpihak kepada mereka. Semoga kekal abadi perkahwinan mereka dan diberkati hidup sepanjang masa.
TAMAT
Share this novel