Mengejar dan dikejar. Mereka terus menjejaki lelaki itu sehinggalah mereka sampai di sebuah tasik yg luas dan membiru. Sedang mereka menjejaki tiba tiba van yg mereka naiki rosak dan berhenti di tengah tengah jalan. Hyun Ji dan Bong Pal terus lari meninggalkan Chun Sang dan In Rang yg kusut memikirkan masalah van mereka. Hyun Ji dan Bong Pal ternampak lelaki itu berdiri di jambatan tasik itu dan hantu itu kelihatan hendak menolak lelaki itu. Hyun Ji mengarahkan Bong Pal jangan bergerak ke sana dahulu kerana dia ingin menahan hantu itu. Bila dia menahan hantu itu, hantu itu berkata dia ingin menyelamatkan lelaki itu. Disebabkan oleh salah faham itu lelaki tersebut terus terjun ke dalam tasik itu. Bong Pal segera menyelamatkan lelaki itu dengan terjun dan membawa lelaki itu ke pinggir tasik. Setelah mereka di pinggir hantu itu mendekati lelaki itu.
"Kenapa awak buat semua ni?"
"Saya tak boleh hidup tanpa awak."
"Awak tahu tak yg awak tak sepatutnya bertindak bodoh macam ni. Awak hampir saja kehilangan nyawa awak."
"Kalau saya ada nyawa tapi kehilangan awak buat apa. Tak guna juga saya hidup tapi awak dah takde. Saya bunuh diri sebab saya nak jumpa dengan awak."
"Jaebal Se Jong. Geumanhae. Dah takde guna awak cuba macam macam semata mata awak nak ikut saya sekali. Awak masih ada keluarga. Awak masih ada org yg sayang awak walaupun awak tak sempurna. Jangan hampakan mereka disebabkan sikap awak yg putus asa ni. Kalau boleh memang saya nak awak di sisi saya tapi takdir mengubah segalanya. Nak taknak saya dan awak tetap kena terima hakikatnya yang hubungan kita sampai sini je."
"Semuanya salah saya. Kalau saya boleh undur balik masa tu, semua ni takkan jadi."
THROWBACK: Ketika Se Jong membuat pemeriksaan kesihatan, doktor mengesahkan dia menghidap tumor otak dan harus menjalani pembedahan dengan kadar segera. Dia sangat lemah dan putus harapan sehingga dia meminum alkohol sehingga mabuk dan jalan terhuyung hayang ketika di lintasan zebra. Ye Ji yg berjalan dengan basikalnya ternampak Se Jong berjalan tak betul. Dia menyelamatkan Se Jong daripada dilanggar kereta. Dia menyedarkan Se Jong agar jangan berbuat seperti itu dan pulang ke rumah dengan selamat. Keesokam harinya, Se Jong membeli dua tin minuman di kedai runcit. Ketika dia hendak membayar, dia terlihat Ye Ji berada di kaunter pembayaran. Dia masih ingat wajah Ye Ji yang menyelamatkannya semalam. Sejak hari itulah mereka berkenalan dan semakin rapat sehinggalah mereka jatuh cinta. Suatu hari, Se Jong memberitahu Ye Ji bahawa dia akan bercuti panjang dan dia berjanji setelah dia pulang dia akan berjumpa terus dengan Ye Ji. Sebenarnya, katanya ingin bercuti adalah untuk menjalani pembedahan kerana dia bersetuju untuk jalankan pembedahan. Tetapi, seminggu sebelum dia jalani pembedahan dia berasa dia tidak akan bangun lagi selepas pembedahan. Dia menghantar mesej kepada Ye Ji untuk berterus terang dengannya. Ketika Ye Ji menerima mesej itu dia cepat cepat bergegas ke hospital bagi mencari Se Jong. Namun tidak disangka dia yg akan pergi dahulu sebelum Se Jong apabila dia dilanggar kereta ketika melintas jalan. Setelah Se Jong sedar, dia dikejutkan dengan berita kematian Ye Ji. Dia tidak dapat menerima berita itu dan ketika dia tenang dan menghadiri upacara pengebumian, dia menabur abu mendiang di tasik yg mereka berada sekarang ini.
"Se Jong. Awak kena ingat satu benda. Saya nak awak ingat sampai mati."
"Apa dia?"
"Kalau takdir berpihak kepada kita, saya yakin kita membuat pilihan yg terbaik. Tapi kalau takdir kejam kepada kita, maknanya kita mungkin akan dapat yg lebih baik daripada sebelum ni. Saya harap awak faham apa yg saya maksudkan ni."
"Baiklah. Saya akan sentiasa ingat kata kata awak tu. Saya janji saya akan relakan awak pergi."
"Lega saya dengar. Saya rasa dah tiba masanya saya pergi. Lepas ni jangan buat macam tu lagi. Annyeonghigaseyo."
"Bong Pal. Nanti hubungan kita akan jadi macam diorang ke?"
"Saya tak pasti. Saya taknak kita jadi macam diorang. Saya tak rela."
°°°°°°°°°°°°
Keesokan harinya, sami datang ke rumah Bong Pal bagi melawatnya.
"Sami, bila sami sampai?"
"Aku baru je sampai semalam. Semalam aku ingat nak datang rumah kau. Tapi kau takde."
"Saya ada banyak kerja kat universiti sami. Tak sempat nak balik awal. Kadang kadang saya balik sampai pukul 12."
"Aku faham. Nak berjaya bukannya senangkan. Aku lapar sebenarnya. Pagi pagi buta lagi aku dah datang sini."
"Masuklah. Saya masakkan untuk sami. Sila."
Bong Pal memasak banyak makanan untuk sami dan pada masa yg sama untuk Hyun Ji. Sampai Bong Pal memberikan alasan makanan itu diberikan kepada kucing. Sami berasa curiga sebenarnya bahawa Bong Pal berkelakuan pelik hari ini. Setelah itu mereka sambung makan kembali.
"Sebenarnya aku dtg sini ada benda nak bagitau."
"Ada apa sami dtg sini? Tak call pula tu."
"Sejak bila pula aku call kau yg aku nak datang? Sebenarnya aku nak tanya pasal ayah kau."
"Kenapa dengan appa?"
"Kau tak call dia ke? Tanya khabar dia."
"Sebenarnya kitorang ada problem sikit."
"Problem apanya?"
"Takde apalah. Adalah dia merajuk yg saya tak call dia tapi saya busy akhir akhir ni."
"Kali terakhir bila kau call dia?"
"Tak ingat dah."
"Bong Pal, bila majlis graduasi sekolah kau?"
"Dalam bulan 2 macam tu."
"Kau tak ingat hari apa?"
"Tak. Sebab dah lama sangat kan. Seingat saya cuma dalam bulan 2 tulah graduasi tu."
"Okeylah."
"Sami, saya kena keluar sekejap. Ada hal sikit. Takpe ke kalau duduk sorang sorang ni."
"Kayo. Gwenchana. Aku boleh duduk sorang sorang. Nanti bila kau dah balik aku balik."
"Saya tinggalkan kunci rumah ya."
Selepas Bong Pal meninggalkan rumah, sami tersebut mencari video tape yg disimpan di dalam almari. Dia mencari video tape yg bertarikh Februari. Akhirnya, dia hanya terjumpa video tape bertarikh 24 Februari. Tarikh itu adalah tarikh di mana majlis graduasi Bong Pal diadakan. Dia menonton video tersebut. Dan apa yg dia dapati dia mengundur kembali video itu dan menekan butang pause pada detik dimana video itu dia ternampak profesor berdiri di penjuru dinding dan melihat Bong Pal dari belakang. Sami naik keliru dan tanpa teragak agak dia beredar dari rumah Bong Pal bagi mencari jawapannya.
Share this novel