"Bong Pal! Bong Pal! Bong Pal!"
"Oh seonbae. Ada apa ni?"
"Kitorang datang ni nak bagi balik beg kau yang tertinggal kat hospital."
"Bong Pal, pasal Hyun Ji tu tak payah risaulah. Sebenarnya dia bukan je tak boleh ingat kau. Dia tak boleh ingat apa yg tlh berlaku kat dia 2 tahun yg lepas. Sebab dia mengalami kejutan sampai memori dia tersekat. Geokjunghajima."
"Budak tak guna ni! Korang buat apa datang sini?"
"Kitorang cuma nak pulangkan beg dia je. Kitorang minta diri dulu. Annyeonghigaseyo."
"Bong Pal, betul ke dia masih hidup?"
"Ye. Dia masih hidup cuma dia baru sedar dari koma lepas 2 thn."
"Okey. Kalau macam tu aku minta diri dululah."
"Maknanya aku masih ada peluang lagi untuk kembalikan memori dia. Aku akan berusaha utk dapatkan balik memori dia. Tak kira lambat pun aku tetap akan tunggu juga."
°°°°°°°°°°°°°°°°
Hari ini, Hyun Ji menjalani fisioterapi. Boleh dikatakan selepas 2 thn dia tidak sedarkan diri dia boleh menjalaninya dengan baik. Sehingga sekarang ini dia sudah boleh memakai tongkat. Selepas fisioterapi, dia melihat ibunya tiada di sana. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke bilik sendiri. Ketika dia bergerak dia ternampak Kim Jung Woo dan mengucapkan helo kepadanya. Namun panggilan itu tidak disahut dan jauh dia bergerak dia menaiki satu lorong yg tinggi. Dia tidak berjaya melepasinya lalu profesor menolongnya dari belakang dan membawanya ke bilik. Tetapi dia terserempak dgn ibu Hyun Ji lantas dia meninggalkan mereka berdua di sana.
°°°°°°°°°°°°°°°°°
Penyiasat Jung dan rakannya telah membuat siasatan di pangsapuri dimana tmpt ayah Hye Seung bunuh diri. Ketika itu, rakannya masih ingat betapa dinginnya Hye Seung dan gentarnya ibu Hye Seung setelah ia berlaku. Ayah Hye Seung terjun dari tingkat 15 dan penyiasat Jung berpendapat bahawa dia tidak membunuh dirinya sendiri kerana ketinggiannya 173cm. Kebarangkalian mungkin dia ditolak. Sedang dia berfikir dia menerima panggilan untuk kembali ke Seoul dengan kadar segera. Dia juga mengarah supaya Hye Seung disiasat kembali.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Annyeonghaseyo, Hyun Ji."
"Dia ni lagi. Apa benda yg awak nak sebenarnya?"
"Saya nak melawat awaklah."
"Excuse me, saya tak kenal awak."
"Memanglah sebab awak tak ingat. Saya ni boyfriend awak. Kita pernah serumah dulu."
"Micheosso! Bila masa saya serumah dengan awak. Saya bukan yeoja macam tu okey."
"Saya datang ni pun sebab nak pulangkan semua ni kat awak hari ni."
"Apa maksud awak hari ni?"
"Esok dan esok dan sampailah awak discharge saya akan dtg balik kat sini."
"Apa masalah awak ni?"
"Annyeonghigaseyo."
"Wow ini bekas ubat gigi ni kamu yg beli."
"Buanglah omma. Hyun Ji taknak."
"Waeyo? Ni favourite colour Hyun Ji tau. Setiap kali omma nak tukar colour lain mesti Hyun Ji akan marah."
"Betul ke? Kalau macam tu biarlah kat sini."
"Cepat betul tukar fikiran."
Ketika dia memegang buku itu, ada beberapa keping gambar terjatuh atas ribanya. Dia melihat gambar itu dan dia menyangka bahawa gambar yg diconteng itu adalah tulisannya. Tiba tiba ingatannya menuju ke peristiwa dimana gambar itu berada. Namun dia tidak dapat ingat apa apa daripada gambar tersebut.
Keesokan harinya, sepanjang hari Bong Pal mengikutinya di hospital tidak kira fisioterapi mahupun waktu rehat Hyun Ji. Hyun Ji terasa menjengkelkan sikap Bong Pal itu kerana dia tidak habis habis mengacaunya sudahlah di dlm telefonnya tersimpan nombor telefon Bong Pal. Entah bagaimana dia boleh bertahan sepanjang hari dikelilingi Bong Pal siang malam. Namun ketika hari seterusnya, Bong Pal tidak datang seawal pagi kerana dia menyiapkan makanan tengah hari yg banyak untuk Hyun Ji. Ketika itu sami dtg dan memberikan hadiah tanda maaf terhadapnya. Hadiah itu dikirim kepada ibunya kerana dia berbual dengan profesor. Selepas itu, Bong Pal datang membawa makanan tengah hari untuknya. Dengan dua kali pujuk Hyun Ji menerima pelawaan itu kerana terdapat makanan kegemarannya yg dibawa. Dia makan dengan berselera sampailah ke malam hari.
"Terima kasih untuk makanan ni. Saya nak minta diri dulu ya."
"Habis tu taknak main dengan saya dulu."
"I'm so sorry. Memang nak sangat tapi saya kena rehat sebab saya mungkin akan discharge lagi 3 hari. Bak sini tongkat tu."
"Mari saya tolong awak."
"Tak payah. Saya boleh buat sendiri."
"Takpelah alang alang saya ada ni saya tolong."
"Saya kata tak payah. Aarrgghhh! Hisy! Awak ni memang sengaja nak buat macam ni. Saya tak pernah bercium sebelum ni."
"Siapa kata?"
"Awak ni memang penyumbang leweng!"
Setelah Hyun Ji melihat isyarat jari ke mulut Bong Pal, dia dipukul sekuatnya oleh Hyun Ji. Dia terus bergegas beredar meninggalkan Bong Pal dengan bertongkat sampai ke biliknya.
"Awak pergi mana Hyun Ji?"
"Saya jumpa kawan tadi. Mana Dr. Kim Jung Woo?"
"Kim Jung Woo?"
"Ya. Pakar bedah otak. Dia yg duduk kat sini masa saya sedar hari tu."
"Maaf. Kat sini takde doktor dengan nama tu."
Mereka berdua terus meninggalkan bilik Hyun Ji. Selang beberapa minit Hyun Ji menyeluk sakunya dan dia mendapati telefonnya tiada dlm poket. Dia berasa bahawa telefonnya tertinggal di taman. Ketika Bong Pal menyusun bekas makanannya, dia ternampak telefon Hyun Ji yg tercicir. Dia membuka telefon itu dan melihat nama nombor telefonnya 'Stalker Gila'. Dia gelak dan dia terus masuk ke hospital bagi memulangkan kembali telefon Hyun Ji.
Share this novel