Keesokan harinya, Bong Pal dan Hyun Ji bertembung ketika mereka sedang menuju ke kelas. Mereka berasa hairan kenapa mereka berdua yg patut berada di kelas sedangkan org lain seronok dapat bercuti hari ini. Hyun Ji pula berasa sedikit rimas apabila hanya dia dan Bong Pal yg patut ke kelas. Mengikut kata hatinya dia lebih rela masuk ke kelas seorang diri daripada bergandingan dengannya. Sementara Bong Pal pula makin tambah kegembiraannya apabila dia akan bersama dengan Hyun Ji. Dia terfikir kalau profesor tiada mungkin akan jadi lebih seronok lagi. Tanpa melengahkan masa mereka terus bergegas ke kelas. Apabila mereka tiba di kelas, mereka lihat profesor tiada di dalam kelas. Namun seketika itu datangnya satu angin yang bertiup dengan sepoi sepoi bahasa membuatkan mereka pengsan. Itu sebenarnya salah satu kuasa semangat jahat yg ada dalam diri profesor. Lantas dia mengikat mereka berdua dengan kemas.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Betul ke kau nak pergi ni?"
"Kalau aku tak pergi, macam mana keselamatan diorang berdua nanti."
"Aku cuma risaukan kau je."
"Takde apalah. Lagipun keselamatan diorang sangat penting sekarang ni. Aku dah anggap diorang macam anak aku sendiri. Dah jadi tanggungjawab aku untuk jaga diorang."
"Kalau itulah yg kau inginkan, aku dah tak boleh halang kau lagi. Aku harap korang bertiga nanti selamat. Dan lagi satu jaga diri baik baik ya."
"Kau ni risau semacam je. Beria ria kau cakap macam ni kenapa? Kau suka kat aku erk?"
"Kalau ya pun kenapa?"
"Apa dia?"
"Kenapa?"
"Tak kau cakap apa tadi?"
"Takde apalah. Baik kau pergi sekarang. Nanti diorang dalam bahaya."
°°°°°°°°°°°°°°
Ketika itu, penyiasat Jung berkunjung ke klinik Hye Seung bagi menahannya. Mereka juga ada waran tangkap namun Hye Seung tiada di klinik. Dia diberitahu bahawa Hye Seung ada di unibersiti sekarang ini. Mereka pun bergegas ke universiti bagi menjalankan siasatan di balai polis nanti.
Sementara itu, Hyun Ji dan Bong Pal telah sedar selepas terhidu angin pelik itu. Mereka berasa bingung kerana diikat tidak semena mena. Rupa rupanya bila mereka terdengar suara itu Hye Seung yg mengikat mereka. Apa yang tlh Hye Seung beritahu semalam ialah perangkapnya untuk membunuh mereka berdua. Mereka berdua berasa takut bercampur hairan mengapa profesor melakukan sedemikian sedangkan mereka tidak berbuat salah apa pun.
"Kenapa ikat kami profesor? Apa salah kami?"
"Saja nak main main sekejap. Sebab korang kan mesti stres asyik study je hari hari. Hari ni ialah sangat special sebab korang je yg boleh enjoy sedangkan yg lain enjoy sendiri. Mujur ada org ajak je kalau tak taknak ada pun korang sekali."
"Apa benda yg prof nak buat ni?"
"Kau ni anak Park Il Sung kan? Kau tahu tak yang ayah kau ada hutang dgn Hyun Ji?"
"Apa maksud prof?"
"Sebenarnya ayah kau yg paksa aku untuk bunuh Hyun Ji 2 thn lepas. Skrg ni dia dah lama mati di luar pengetahuan kau. Sebab dia taknak kau tahu kat mana dia duduk sekarang."
"Aku tak sangka kau ni berhati busuk! Aku ingat kau ni org yg baik. Tapi rupa rupanya pura pura baik je."
"Habis tu kau ingat mak bapa kau tu baik sangat ke?"
"Kau jaga sikit mulut kau tu! Kau boleh hina aku tapi bukan mak bapa aku."
"Apa benda yg kau merepek ni? Bong Pal, apa benda yg dia cuba sampaikan ni?"
"Aku cuma nak bagitau kau yg bapa boyfriend kau ni pembunuh. Dia dah bunuh kau. Mujur kau masih lagi hidup. Aku ingatkan bapa dia orang yg baik tapi rupa rupanya dia org jahat. Patutlah dari hari tu lagi aku dah geram dengan kau!"
"Kau tipu! Aku yakin bapa dia tu org baik. Entah entah kau yg jahat. Dan aku rasa kematian bapa dia tu, kau yg bunuh dia kan."
"Tepat sekali. Untuk menegakkan keadilan aku terpaksa bunuh dia di tengah tengah hutan. Puas hati."
"Bong Pal, katakan semuanya tak betul."
"Saya tak tahu apa apa pun. Saya dah lama tak bercakap dengan appa."
"Aku sedihlah dengan kau ni. Ingatkan anak yang baik tapi rupa rupanya anakyg menyusahkan org."
"Habis tu, kau ingat kau tubahus sangatlah. Kau ingat mak bapa kau tu banggalah dengan kau."
"Eh! Jaga sikit, aku sedarlah aku bukan sebaik yg diorang tengok tapi aku dah berjaya buktikan diri yg aku boleh berjaya. Korang apa tahu?"
°°°°°°°°°°°°°°°°
"Minta maaf, mana satu kelas alam semula jadi?"
"Kat sebelah sana tu pusing kiri dah jumpa."
"Hari ni ada kelas start pukul berapa?"
"Hari ni diorang cuti. Takde org pun kat sana."
"Habis tu, mana Joo Hye Seung?"
"Oh! Baru saya ingat profesor cuma mengajar Park Bong Pal dengan Kim Hyun Ji. Tak tahulah kenapa diorang je tapi yg lain semuanya cuti."
"Takpelah. Terima kasih."
Sami terus bergegas ke kelas, ketika dia sdg berjalan ke kelas tersebut dia terserempak dgn Chun Sang dan In Rang. Kelihatan mereka berdua juga mencari Bong Pal dan Hyun Ji. Pada masa yg sama juga penyiasat Jung bertembung dengan mereka bagi mencari profesor. Katanya sami mereka bertiga berada di kelas. Merekapun cepat cepat ke kelas kerana khuatir akan mereka berdua yg terperangkap oleh kebaikan palsu yg diberikan oleh profesor.
°°°°°°°°°°°°°°°°
"Apa yg kau nak dari kitorang ni?"
"Aku nak bunuh korang berdua. Aku nakkan kuasa yg ada dalam tubuh korang."
"Jadi kaulah yg cuba bunuh aku?"
"Bukan setakat kau. Bahkan mak kau pun mati sebab aku. Jadi untuk pastikan apa yg aku nak selama ni tercapai, aku kena korbankan korang berdua semata mata untuk kepentingan aku."
"Kau ni memang manusia bertopengkan setan!"
"Cakaplah apa yg kau nak cakapkan. Aku dah tak kisah lagi semua tu. Yang penting sekarang ni aku dah dapat korang dan tak lama lagi apa yang aku nak semuanya tercapai."
Mereka berempat yg tidak dapat membuka pintu itu kerana berkunci tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Akhirnya sami mengambil keputusan untuk menggunakan tenaganya bagi membuka pintu ini dengan mudah. Akhirnya pintu itu berjaya dibuka dan mereka berempat dapat memasuki kelas itu. Setibanya mereka masuk mereka terkesima melihat profesor dan mereka yg diikat itu hampir saja dihunus pedang. Mereka agak menggelabah sedikit namun cuba untuk sembunyikannya kerana bimbang akan keselamatan mereka berdua. Sami sekarang ini sedang memikirkan cara untuk dia membuang semangat jahat itu dari tubuh Joo Hye Seung dan penyiasat Jung pula cuba cari jalan untuk menahan Hye Seung berdasarkan bukti yang tlh dijumpainya.
Share this novel