Azan subuh laungan Encik Amir memecah keheningan pagi di tengah-tengah
rimba .Kedengaran cengkering sahut bersahutan seperti mahu mengejutkan
aku yang masih lena diulit mimpi indah.
“Irnaz,Irnaz bangun cepat,cepat “ngomel Nadya di telinga ku.
“kau ni kejut aku macam komunis lah,sopan la sikit,sakit tau kepala
aku”getus aku.
“cepat siap kita nak bertolak dah ni,ketua dah bising tu,kan hari ni
kita nak daki gunung Korbu ,” .
“Ye la” jawapku ringkas.
Terpaksa la aku mengagahkan diri bangun untuk bersiap.hai menyesal pula
aku menyertai ekspedisi ni.Orang lain cuti semester rehat-rehat di
rumah,pergi bercuti ,
Aku? Di tengah-tengah tulang belakang Negara Banjaran Titiwangsa, ya
sudah 3 hari kami menjelajah kawasan hutan ini,ternyata indah sungguh
ciptaan Allah ya, kami semua pelajar Sains Perhutanan perlu serasi
dengan hutan kerana inilah sebahagian hidup kami.
“Irnaz,Buat apa lagi tu,tidur lagi ke” Jerit Nadya menghentikan lamunan aku,
“Hai budak ni,tak sabar-sabar ,tak tahu kah penat ni.hmm “geram aku
dalam hati,
“Ye aku datang ini” ringkas.
Share this novel