Perhatian semua sila berkumpul di kawasan lapang untuk taklimat secepat
mungkin” jerit Encik Amir ketua ekspedisi ini.
“ha Nadya dengar tu,jom pergi cepat nanti bising pulak dia tu”jerit aku,
“Ha! Aku datang ni”balas Nadya.
“Seperti semua tahu hari ini kita semua akan mendaki gunung Korbu,jadi
semua persiapan dari segi mental dan fizikal perlu cukup.stamNadya
pastikan cukup untuk mendaki gunung ini,bekalan makanan pastikan ada dan
keperluan yang lain,tak perlulah saya terangkan semua awak semua tahu kan”,
“Dan”
“Lagi satu ingat bukan kita sahaja yang berada di sini banyak lagi
makhluk Allah yang bersama-sama kita jaga perlakuan, jaga mulut, jaga
hati “,
“Ingat!kalau kita masuk rumah orang,hormat tuan rumah .saya bercakap
tentang hormat bukan kepercayaan sesiapa di sini Ingat saya bukan nak
takutkan awak semua hanya sekadar peringatan dari pengalaman lalu”,jelas
Encik Amir
“Ini taklimat ke khutbah hari raya.banyak pula yang disampaikan.Bosan
mendengarnya .macam-macam pula “ getus hatiku.
Semua persedian sudah dibuat,air ada.makanan ada,hmm semua cukup
lah..aku tak sabar-sabar nak mendaki puncak Korbu ini.kata orang menarik
panorama di puncak, sejuk dan nyaman .
Ok semua kita akan mula mendaki gunung Korbu ini sekarang,untuk
memberkati perjalanan kita .eloklah jika kita berdoa dahulu untuk
menjamin keselamatan kita semua,
“Amin ya rabbal alamin” aku mengaminkan doa ,semoga perjalanan kami
selamat sampai dan pulang,
Pendakian ke puncak bermula dengan satu langkah yang kecil tetapi member
seribu pengalaman,
Kami dalam satu barisan bersama-sama mendaki denai-denai kecil menuju ke
puncak .sungguh mencabar pendakian ,banyak rintangan alam yang kami
terpaksa harungi.lurah curam, laluan liku sungai.wah sungguh menduga
fizikal aku, jujurnya kini kami semua bergelut dengan alam ciptaan
Allah,ternyata alam lagi hebat dari kami,walaupun bisu tanpa kata-kata
tapi suaranya tetap kami dengari
Sayup-sayup bunyi warga rimba,bermacam-macam bunyinya
kedengaran seperti orchestra rimba pula .inilah muzik rimba yang menjadi
hawa telinga kami sepanjang perjalanan menuju ke puncak
terhiburlah juga kami ,hilang rasa letih kami
walaupun sesekali kedengaran bunyi yang pelik dan kami pasti bukan bunyi
haiwan.tapi kami diamkan saja,mungkin teringat kata-kata Encik Amir
ketika taklimat tadi.
ya bukan kami sahaja di sini
Sedang asyik melihat kehijauan tumbuhan di hutan ini.tiba-tiba ketua
ekspedisI yang mengetuai barisan ini mengangkat tangan tanda berhenti.
terkejut juga, ingatkan ada apa yang terjadi di hadapan
rupa-rupanya masa untuk berehat kerana waktu zohor telah masuk
semua kami berhenti di tepi sungai untuk melepaskan lelah
dan semua siap sedia kerana selepas ini kami mahu menunaikan solat zohor
berjemaah
Share this novel