BAB 5

Thriller Completed 354

Bila terfikir kata-kata Nadya,takut juga aku,maklumlah pak belang tu
,bukan kucing rumah
kita di tempat terbuka,macam-macam boleh jadi

“Janganlah aku jadi habuan pak belang ,aku tak kahwin lagi” doa aku

Kami mempecepatkan perjalanan , bukan setapak demi setapak lagi
tapi bertapak-tapak
kami perlu cepat untuk sampai ke perhentian seterusnya kerana hari sudah
hamper gelap
risiko untuk mendaki dalam gelap malam amat bahaya,penglihatan juga
terbatas.
lagipun kami makin letih ,sudah berapa jam mendaki , dari pagi hingga
petang mahu tercabut kaki kami rasanya.

Aku pula masih terfikir lelaki tadi, muka lelaki tadi masih dalam
ingatan aku,senyuman dia yang mencairkan hati aku. Adakah ini cinta?
Bukan bukan
apa yang aku fikirkan ini,gila kah bercinta dengan orang yang tidak kenal

“Ok kita bermalam di sini” cukup jelas arahan en amir

Huh! Dapat la melepaskan penat lelah kami di sini.Aku dan Nadya
bertungkus-lumus mahu memasang khemah,menyediakan makanan malam kami dan
menambah bekalan air,takut-takut kehabisan pula

Angin gunung waktu malam memang sejuk
rasa macam di luar Negara pula,aku menghirup kopi panas untuk
menghilangkan rasa sejuk yang mencengkam diri,hilanglah sedikit rasa
sejuk ini

Kelihatan khemah-khemah lain sudah gelap dan hanya bunyi dengkuran yang
kendengaran,sudah tidur semua ,letih agaknya .Nadya sudah lama tidur
,aku sahaja yang masih melayan perasaan di hutan gunung Korbu ini.
entahlah mataku tidak mahu tidur lagi,mungkin penangan kopi pekat aku
ini atau aku memang tidak mahu tidur.

“Baru jam 4 pagi,budak U mana pernah tidur awal “ ngomel aku sendirian

Aku sempat lagi menulis dalam diari aku tentang ekspedisi ini,untuk
tatapan pembaca di blog aku yang popular tu.Apa salahnya berkongsi
pengalaman indah di bumi Allah ini bersama yang lain.

Terasa juga keseorangan apabila tiada teman untuk berbual,sunyi sendiri
di hutan ini,ditemani cahaya bulan dan cengkerik .sesekali dibuai dengan
permandangan indah alam ciptaanNya yang menyimpan sribu satu rahsia yang
hanya penciptaNya yang mengetahui.

Tiba-tiba angin kuat menerpa aku ,tudung yang ku pakai seperti mahu
melayang, daun-daun pokok juga bergerak-gerak mengikut angin

“Assalamualaikum “ kedengaran sayup-sayup

Aku terkejut,suara siap itu,aku gamam dan keliru,mahu menjawap atau
terus lari ke khemah .aku membuat keputusan untuk menjawap salam itu dan

“Waalaikumussalam “ terketar-ketar aku menjawapnya

“siapa itu?”

“Aku”

Aku tahu suara itu dari kanan aku,tetapi aku tidak mahu menoleh dan aku
mematikan pandangan aku ke bawah,aku membaca ayat kursi ,walaupun
perlahan tetapi aku teruskan juga

“siapa?”

“saya Indra “

Aku pelik, setahu aku tiada siapa bernama Indra dalam ekspedisi ini,aku
risau jika apa yang dikatakan makhluk Allah yang lain benar-benar muncul
di sebelah ku,aku harap dia segera pergi,aku mahu menjerit sekuatnya
tapi mengenangkan rakan-rakan lain yang nyenyak dibuai mimpi,tak sampai
hati mahu menganggu mereka tidur.

Aku beranikan diri. Terpaksa !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience