Ehh Irnaz,kau buat apa sendiri?kau tak tidurkah?”ujar Nadya dengan muka
seribu soalan,
“tidak”jawapku
“Gila,kau buat apa malam tadi? “
“Tak buat apa-apa”ringkas
Aku biarkan Nadya tertanya-tanya,sengaja aku tidak mahu berkongsi
kenangan indah itu ,pada aku biarlah hanya aku yang diamkan kerana sifat
manusia takkan percaya jika tiada bukti
Aku biarkan Nadya terus begitu,aku membuat persiapan kerana perjalanan
masih jauh di hadapan,aku tidak mahu terlepas keindahan di puncak Korbu.
Aku mahu menghayati panorama indah di puncak
Kami semua teruskan ekspedisi ini selepas segala persiapan dibuat,aku
gembira kerana kini aku bertemu kawan baharu di tempat yang begitu terasing.
Semoga kami akan berjumpa kembali dan aku berharap perubahan akan
berlaku dalam kehidupan umat islam tak kira bangsa manusia atau bunian.
Share this novel