BAB 4

Thriller Completed 354

Assalamualaikum Warahmatullah,

Selesai sudah kami bersolat berjemaah,kami berehat sebentar untuk
menikmati makan tengah hari kami sebelum meneruskan pendakian kami,

Aku masih teringat tentang lelaki tadi.pelbagai persoalan menerjah minda
aku seperti aliran sungai yang deras.

Siapa dia? Manusia kah atau ….
Argh ke situ pula fikiran aku.Takkan lah benda tu nak munculkan diri di
siang-siang hari ini.macam-macam andaian aku.
aku kembali ke sungai itu berharap lelaki tadi masih ada di seberang dan
mungkin aku bertanya kepada dia,sama ada dia peduduk orang asli di hutan
ini atau pendaki sama seperti kami semua

Deras air sungai ini.mungkin semalam hujan di hulu.tapi kejernihan air
ini bak Kristal ,bahkan boleh diminum terus tanpa was-was.

Kelihatan tiada lelaki tadi,kemana dia menghilang?
alah! Sudah pergi ,tak sempat aku nak berkenalan dengan dia
sebenarnya aku mahu melihat wajah lelaki tadi
“nakal juga ya aku ni”

“Irnaz Irnaz cepat naik,dah nak bertolak ini”

Aku terkejut dengan jeritan Nadya tadi ,aku segera naik ke atas
tetapi terjatuh pula kerana tersadung akar pokok.

“Nadya tolong aku Nadya”

“eh kenapa ni”

“jatuh la”

Mujur Nadya datang menolong aku ,
Nadya mengangkatkan aku dan basuhkan seluar aku yang kotor,

“tu la, tak berhati-hati,kau ni berangan yer? Ingatkan sape? Putera raja
kah?” bebel Nadya macam ibu aku

“yer la,cepat tolong aku,kan dah nak bertolak ni” kata aku

Kami meneruskan pendakian seperti biasa.dan kini kami tiba di kaki
gunung dan selepas ini laluan berbukit dan bergunug-ganang akan kami
tempuhi.ketahanan fizikal perlu kuat di sini kerana laluan ini dikatan
agak mencabar dan gunung ini dikategori agak ‘hardcore’ juga oleh
pendaki gunung yang berpengalaman .

Nadya berada di belakang ku dalam barisan,kami memang sering
bersama-sama dan dia juga lah yang mengajak ku menyertai ekspedisi ini.

“Irnaz,kau ok ke? Ade luka-luka ke?” Tanya Nadya

“aku ok ,tak ada luka yang teruk-teruk” Balas aku

“eh Irnaz kau tahu tak kita berada di mana sekarang?”

“gunung Korbu la! “ jawapku ringkas

“tahu lah,tapi kita sekarang di lembah harimau,kau tengok
sekeliling,sunyi je kan,gelap, terlindung dari cahaya matahari
ini lah tempat pak belang “

”ehh kau ni ,ta ingat ke pesan Encik Amir tadi,jaga mulut tu,jangan celupar”

“oh aku beritahu sahaja ,tak ada niat lain pun”

“ok dah jangan cakap lagi pasal tu,tumpukan pada pendakian kita ni”

“ok” ringkas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience