BAB 6

Thriller Completed 354

“saudari usah takut,saya juga makhluk Allah ,sama seperti saudari”

“Ya,saya Irnaz”teragak-agak aku menjawapnya

“ya aku tahu,kita pernah berjumpa sebelum ini!”

“Di mana? “
aku memberanikan diri untuk menoleh ke arah suara itu,walaupun takut
tapi aku memberanikan diri.

“di sungai siang tadi!

Lelaki tadi kah? Apa tujuanya mahu mencari aku?

“Saudari jangan bimbang,aku ke sini sekadar mahu berkenan dengan
saudari,aku harap saudari sudi lah menemani saya,ya sekadar
berborak-borak. “ ujarnya

Aku memandang mukanya walaupun takut,ternyata benarlah sangkaan
ku.lelaki tadi yang aku temui di sungai ,aku berasa gembira sedikit
walaupun takut itu masih ada,

“Kamu manusiakah?”soal aku

“tidak ,aku bukan manusia seperti kalian semua,aku kaum bunian .ya
mungkin kau pernah mendengarnya tentang bangsa kami.Aku kemari sekadar
mahu bersua muka dengan manusia dan kau bertuah kerana diberi kurniaan
dari Allah untuk melihat aku,rakan-rakanmu yang lain tidak dapat melihatku.”

“Jadi,kau bunian? Tapi ku lihat kau tiada bezanya dengan aku? Bohong!
.kau pendaki kan? Sama seperti kami semua”aku mula curiga

“Terpulang kepada kau mahu percaya atau tidak,aku tidak boleh memaksa.”

“Baiklah? Apa yang kau mahu dari aku?”soal aku

“Pengalaman kau”ringkas

“Pengalaman aku? Apa yang aku ada? Hidup pun baru setahun jagung ,berada
di hutan ini pun baru pertama kali”

“Ya,mungkin kau di hutan ini baru pertama kali.tapi kehidupan di luar
sana bersama-sama manusia mungkin kau sudah tahu.tapi aku tidak,hidup
aku hanya di sini,ya di hutan ini jauh dari arus ketamadunan manusia,aku
perlukan pertolongan kau!”

“Baiklah,apa yang aku boleh tolong?”

“Beritahu kepada ku,apa nasib hutan ini di masa akan datang,aku dengar
hutan kini bersaing dengan manusia untuk hidup,manusia rakus meneroka
tempat tinggal kami.Kalau tempat tinggal kami tiada,di mana kami akan
tinggal? Bersama kamu di Bandar? Begitu.”

“dalam geografi,ekosistem hutan hanya terdiri dari haiwan dan tumbuhan
sahaja,tak sangka pula orang bunian juga menerima tempiasnya dari
kegiatan manusia” ujarku dalam hati,

“Kau dengar atau tidak?” soal Indra tegas

“Ya,aku dengar .memang kini nasib hutan seperti di hujung
tanduk,pembalakan pencemaran memang semakin serius sekarang,kebanyakan
hutan di Negara kini mengalami nasib yang malang apabila ditebang dan
dijadikan sebagai kawasan perladangan”,

“Tapi kau tak perlu risau ,hutan di kawasan pergunungan ini masih
terpelihara ,kau lihat? Panorama dan keindahan di sini masih
terjaga,tidak terusik oleh tangan-tangan manusia yang rakus .kawasan
hutan ini hanya dikunjungi oleh manusia untuk mendaki ke puncak
Korbu,bukan mahu merosakanya.”

“Keadaan muka bumi di kawasan ini menghalang sebarang bentuk pembangunan
di kawasan ini,hanya pembalak-pembalak dan orang asli sahaja yang
mendiami kawasan ini.tetapi kau perlu ingat,kami manusia tidak dapat
melihatmu,macam-macam boleh terjadi,kau tidak boleh hanya menyalahkan
kami sahaja,kaum mu juga perlu berhati-hati”ujar ku lagi,

“Ya,aku mengerti semua itu,aku hanya takut mengenangkan masa depan
bangsaku yang kemungkinan terpaksa merubah cara hidup mereka,ya belajar
untuk menerima manusia di sekelilingnya.aku mahu hutan ini tempat
tinggal kami terus kekal hingga ke anak cucu.Aku tidak mahu kami pupus
di bumi Allah ini.” Sayu sahaja suara Indra

“Kau perlu lakukan sesuatu”getus aku

“apa yang aku harus lakukan”Tanya Indra

“Berubah lah demi bangsa mu.bangkitlah dari tidur yang semakin
nyenyak,kau harus memikirkan nasib kaum mu,jangan terlalu gembira dengan
apa yang ada kini,jangan terlalu leka.jangan jadi macam kami,bangsa
manusia yang berpecah-belah kerana tidak sehaluan,mementingkan duit
semata-mata.kau seharusnya mengambil ikhtibar dari kaum kami,tidak mahu
bersatu-padu atas dasar satu ummah islam tetapi bersatu-padu kerana
persamaan pendapat.akhirnya? bergaduh sesama sendiri,sesama islam
.Melemahkan agama dan bangsa sahaja!”

“Mengapa terjadi begitu? “soal Indra,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience