Hazel dan Jordan menatap sesama mereka, lalu Hazel menjadi sebak. Jordan mencapai tangan Hazel, mengenggamnya erat.
“Kamu tahu.. pasal kami?”Kata Jordan.
“Kamu kekasihkan?”kata Carol.
“Bagaimana kamu tahu?”kata Hazel.
“Pertama, Roland menunjukkan saya lukisan bercetak dilukis Jordan ketika berumur 3 tahun dulu, di situ, terpapar lukisan dua orang berpegangan tangan. Kedua, Hazel melayan Jordan bukan seperti kerabat diraja.. malah tersilap memanggilnya lagi.. terakhir, tidak mungkin Jordan mengetahui keadaan Madonna jika bukan Hazel ketika di majlis itu,”kata Carol, dengan cekap menjelaskan segalanya.
“Dan kamu simpan mahkota tu di tempat paling selamat,”kata Carol, membuatkan Jordan mengambil nafas sedalamnya.
“Saya terpaksa,”kata Hazel.
“Kamu memaksa Jordan?”kata Carol.
“Ya,”
“Kamu tahu Jordan tak dapat harta banyak seperti Madonna?”
“Ya,”kata Hazel lagi, tunduk sayu.
“Dan demi kekasih kamu, kamu merencana mencuri mahkota, menjualnya, mendapat jutaan duit dan bakal melarikan diri dari istana?”
“Ya begitulah,”kata Hazel lagi.
“Dan ibu tunggal kamu di kampung sebenarnya ibu angkat kamukan?”kata Carol lagi.
“Ya. Saya tahu hal tu tak boleh dirahsiakan,”kata Hazel lagi dengan perasaan kecundang menyembunyikan rahsia.
“Kami datang dari rumah asuhan yang sama, sangat rapat,”kata Jordan.
Tidak lama itu, terdengarlah bunyi siren polis. Hazel panik, tetapi Jordan memeluknya erat.
“Lepaskan segalanya, berikan mahkota tu,”kata Jordan.
Apabila polis tiba, Carol menyerahkan gadget pen yang merakam penjelasan Hazel dan Jordan, lalu Carol menjelaskan segalanya kepada Madonna dan Yusuf. Mereka sangat terkejut, tetapi akur dengan keadaan genting itu. Roland mendekati Carol, menyatakan, di manakah mahkota itu?
“Ikut saya,”kata Carol.
Carol membawa Madonna, Yusuf, serta Roland ke taman, lalu masuk ke dalam kolam jernih itu, menakutkan ikan berwarna-warni, lalu memasukkan tangan ke dalam lubang kecil di dalam kolam.
Setelah itu, dia mendapatkan suatu benda berkilat, permata dan berkilat, terkejutlah mereka bertiga!
“Mahkota saya!”kata Madonna.
“Bagaimana… bagaimana kamu tahu..”kata Yusuf.
“Mereka tidak akan berani keluar dari istana, kerana risau disyaki. Sebab tu mereka sembunyikan di sini,”kata Carol.
“Wow hebat!”kata Roland.
“Mahkota bersinar itu juga berwarna-warna seperti warna badan ikan, sebab itu tiada sesiapa syak ada benda berharga di dalam kolam jernih,”kata Carol.
Setelah itu, Jordan dan Hazel ditangkap polis, dengan Yusuf menyatakan rasa kesal terhadap Jordan, hampa dan rasa dikhianati!
“Maafkan mereka berdua tuan dan puteri,”kata Carol.
“Mereka terdesak. Ditambah lagi, segalanya adalah rancangan Hazel yang mengarahkan Jordan,”kata Carol lagi.
Sejak kejadian di istana Heartfilia itu, Carol dan Roland kembali ke kampung halaman masing-masing. Berita mengenai kecurian mahkota menjadi topik utama, dengan nama detektif, iaitu Carol dan Roland disebut-sebut!
“Kamu masuk berita!”kata Mary, riang.
“Ya ibu. Hahaa kes berjaya diselesaikan!”kata Carol.
Setiap bulan, Carol dipelawa oleh Madonna dan Yusuf menghadiri majlis tari-menari mereka sehinggalah Carol menjadi bualan mulut Heartfilia dalam menyelesaikan kes mahkota hilang!
“Bagaimana dengan puteri Eva? Kenapa kamu rasa dia tak terlibat?”kata Roland di corong telefon.
“Dia terhutang budi dengan raja Yusuf yang banyak membantunya.. tidak mungkin dia sanggup mencuri harta bernilai di istana itu!”kata Carol.
Setelah kejadian itu, Carol berhasrat menyelesaikan misi yang lebih sukar. Jimmy memberikannya suatu misi lagi selepas cutinya selesai, lalu menegaskan kali ini, dia akan bersendirian!
………..
Awal December itu, Carol kembali ke tempat kerja pertubuhan perisik negeri itu, lalu mendapati Jimmy menjemputnya hadir di dalam sebuah mesyuarat di antara detektif mengenai peningkatan kes rompakan di bank dan rumah orang kaya.
Setelah itu, Carol yang terkenal dengan cara penyiasat yang bijak diberikan misi penyiasatan mencari dalang di atas rompakan rumah kaya keluarga Joseph.
“Kamu nak bersendirian kali ini?”Kata Jimmy.
“Biar saya sendiri. Saya mampu menyelesaikannya,”Kata Carol, semangat.
Mula-mula, Carol duduk di ruangan pejabat kecilnya, lalu mencari tahu apa terjadi dengan keluarga Joseph.
Keluarga itu, terdiri dari suami isteri bernama, Joseph dan Viana, serta anak mereka, Sylvester dan Dora. Mereka hidup kaya di sebuah banglo, tepi pantai bernama Simpang Mengayau, dengan Joseph mempunyai syarikat pakaian bernama Padini.
“Okey keluarga kaya, semestinya target penceroboh atau perompak, bagi mendapatkan harta keluarga ni.. siapa suspeknya?”kata Carol, merasa sukar untuk memerah otaknya.
“Kamu perlu ni,”kata seseorang di belakangnya memberikannya sebuah fail tebal.
“Saya tak akan biarkan kamu bersendirian,”kata orang itu lagi.
“Christine….! Terima kasih,”kata Carol, menyuruh Christine duduk di kerusi hadapannya.
“Saya sudah bincang dengan encik Jimmy, dia benarkan kita berdua selesaikan kes rompakan keluarga Joseph.
“Mari ke sana, banyak hal nak tanya!”kata Carol.
Bergeraklah mereka menuju ke sebuah kawasan yang mengambil masa 30 minit memasuki jalan raya luas dengan beberapa rumah kelihatan di sana. Sesudah tiba di tepi pantai, banglo putih besar kelihatan di sana, lalu berhentilah Carol memandu keretanya, tepat sekali diletakkan di hadapan pintu pagar.
“Kamu siapa cik?”kata seorang pengawal berseragam putih.
“Detektif dari pertubuhan perisik,”Kata Christine, lalu mereka berdua memperlihatkan kad identiti mereka.
“Okey masuklah,”
Setelah itu, seorang lelaki dipanggil oleh pengawal, menjumpai mereka berdua di luar halaman rumah banglo. Sesekali Carol terpesona melihat sebatang pokok di atasnya terdapat rumah kecil khas untuk budak-budak bermain.
“Wow rumah pokok,”kata Christine.
“Yup, mereka hidup bahagia sini,”Kata Carol.
“Hai selamat pagi. Siapa di sini?”kata Joseph, merupakan seorang lelaki gempal, segak, senyuman madu, dengan rambut sederhana tebal.
“Kami detektif atau senang, perisik,”kata Carol.
“Ohh saya yang minta ketua kamu menyiasat kes pencerobohan di rumah saya,”
“Ya kami tahu encik,”kata Carol.
“Kamu ada syak siapa-siapa?”kata Christine memulakan sesi soal jawab.
“Hmm entahlah. Tapi saya memang ada musuh,”
“Siapa?”kata Carol.
“Ada tiga orang, encik Junisun, cik Marina dan encik Raul,”kata Joseph dengan wajah berkerut 30-annya.
“Okey, mereka musuh tuan, kemungkinan akan terjadi lagi penceroboh ke rumah tuan,”Kata Carol.
“Sebab tu saya ingin meminta khidmat kamu, detektif encik Jimmy, saya percaya kamu bijak dalam hal ini. Duit dalam kotak penyimpanan harta saya sudah lesap dibawa pergi penceroboh tu, jam tangan mahal dan ukiran emas di bilik bacaan juga dirampas,”kata Joseph.
“Saya nak kamu beri saya alamat mereka, encik,”
“Baiklah,” dengan berat hati, Joseph menjawabnya.
“Ini dia,”Joseph mengeluarkan telefon, dengan skrin memaparkan alamat tiga orang suspek itu.
“Baiklah, kami akan kembali esok pagi, sekarang saya nak encik bawa kami meninjau keadaan rumah encik,”kata Carol.
Joseph membawa detektif itu, pergi ke kotak penyimpanan di dalam sebuah ruangan bawah tanah. Entah kenapa Carol merasakan suspeknya bukanlah orang yang tidak rapat dengan Joseph, melainkan seseorang yang lebih mengetahui keadaan rumah!
“Kamu ada adik beradik, sepupu?”Kata Carol.
“Adik saya, John, dia seorang doktor di sebuah hospital bernama Queen Elizabeth,”kata Joseph.
“Ni alamatnya,”katanya lagi, dengan Carol mencatatkan alamat orang yang disebutkan Joseph.
Keadaan tombol kotak itu, rosal hasil paksaan untuk membuka kunci di dalamnya- menggunakan dawai atau pemotong besi. Kemudian, Carol mendapati kehadiran dua orang budak kecil, merupakan anak Joseph, suka menconteng papan putih yang tergantung di dinding.
“Hai,”kata Christine, sememangnya menyukai budak-budak.
“Hai kak!”kata Sylvester dan Dora, masing-masing berumur 6 dan 8 tahun.
“Kamu lukis apa?”kata Carol.
“Orang,”kata Dora, budak lebih tua daripada Jeston.
Apabila Carol meneliti lukisan itu, ada lukisan pisau dengan kelibat tatu bunga di leher seseorang dengan wajah bertopengkan ukiran corak wajah hantu!
“Ini siapa?”kata Christine.
“Orang, kak,”kata Sylvester, membuatkan Carol tertanya-tanya. Apa terjadi?
Share this novel