Bab 7 : Lukisan

Mystery & Detective Series 1113

Carol dan Roland masih berada dalam istana, melihat keadaan panik dan marah Madonna, ditenangkan oleh raja Yusuf. Kedatangan putera Jordan membuatkan Carol ingin bersuara lebih lagi.
“Kamu kata, kamu pergi ke bilik adik kamu selepas dia mengalami migrain?”kata Carol. Putera itu santai, mengangguk lembut. Kemudian, dia menjelaskan suatu hal pelik.
Menurut Jordan, puteri itu melayan temannya yang terdiri dari beberapa puteri sehingga meminum wain yang bakal memberi kesan kepada kepalanya. Mahkota masih di rambut Madonna ketika itu sehinggalah dia tiba di bilik.
“Jadi mahkota tu diletakkan di atas meja apabila puteri berada dalam bilik?”kata Carol.
“Ya, tapi apabila saya keluar, saya tak lihat keadaan mahkota tu,”kata Jordan.
“Adakah tempat khas untuk mahkota diletakkan?”kata Roland pula.
“Ada. Di sebuah bilik kaca, dihiasi perangkap senapang, dengan lima pengawal,”kata Jordan lagi.
“Ohh okey,”kata Roland.
Tidak lama itu, seorang pembantu istana, bernama Jeston berbisik sesuatu di telinga raja, lalu berubahlah wajah raja itu.
“Ada tetamu datang, kawan Madonna,”kata raja itu.
“Okey kamu akan tunggu di bilik tetamu,”kata Jordan.
“Tak. Kami akan di sini,”Kata Carol, membuat keputusan yang menyebabkan raja dan putera itu berpandangan.
Tidak lama itu, datang seorang wanita rupawan dan anggun dengan gaun panjang sehingga tumit, diiringi dua orang pengawal berbadan kurus.
“Eva Christy,”kata Roland, berbisik di telinga Carol.
“Kedatangan kami, membawa berita,”kata Eva.
“Ohh puteri Eva, kenapa? Apa berlaku?”Kata Madonna risau kalau-kalau berita itu adalah berita buruk.
“Ayah saya, raja Roger, mengalami sakit aneh… kami meminta pihak raja dan putera serta puteri membantu kami di negeri Fireflies.”kata Eva.
“Kami akan hantar doktor persendirian di sana,”kata raja Yusuf, memahami.
“Dan mengenai mahkota dicuri tu, saya sudah mengerahkan beberapa orang mencarinya,”Kata Eva.
“Ohh puteri Eva. Terima kasih!”kata Madonna.
Carol mengandaikan Eva tidak bersalah kerana tidak mungkin dia mencuri mahkota semata-mata demi duit atau sebarang niat. Ditambah lagi, Eva adalah satu-satunya pewaris harta raja Roger. Takkanlah seorang puteri kaya nak curi mahkotakan? Fikir Carol.
Jadi, sekarang hanya dua orang yang berkaitan dengan kecurian mahkota itu. Jordan dan Hazel.
………….
Setelah puteri Fireflies itu beredar, Carol dan Roland dijemput ke sebuah bilik di mana, ada sangkar berkaca jernih yang kosong di dalamnya. Jordan dan Madonna menyatakan mahkota itu diletakkan di situ setiap kali Madonna tidur malam. ianya demi menjaga keselamatan benda berharga itu.
Carol berpura-pura pening, lalu menyuruh Jordan membawanya ke taman luar istana. Seiring itu, Roland akan bersama Madonna, menanyakan pelbagai soalan.
Sementara itu, Carol berjalan di taman, melihat perubahan wajah Jordan apabila ditanya tentang kejadian ketika majlis kesyukuran itu.
“Saya.. saya risaukan ibu kami, dia mengalami suatu penyakit tumor, sudah menjalani pembedahan, tetapi 1% kemungkinan tumor masih berada dalam badannya. tetapi doktor tu sudah tenangkan kami, menyatakan ibu kami akan sembuh,”kata Jordan mengeluh berat, jelas perkara itu membebankan dia.
“Jadi ketika kehilangan mahkota, kamu tak syak siapa-siapa?”Carol mengambil langkah sederhana laju melihat kolam ikan yang berwarna-warni corak kulit ikan di sana.
“Saya tak ada idea. Segalanya terlalu cepat, dan saya rasa ada orang asing menyamar memasuki bilik Madonna, itu sangkaan saya,”kata Jordan.
Menyamar? Bentak hati Carol.
Lalu terlintas fikirannya. Ada seseorang menyamar menjadi seseorang yang dipercayai Madonna!
“Saya ada jawapannya!”kata Carol!
Sementara itu, Roland dan Madonna pergi ke perpustakaan istana, bercerita sedikit sebanyak mengenai majlis kesyukuran beberapa hari lalu, di mana kehilangan mahkota terjadi.
“Kamu ada syak siapa-siapa?”kata Roland.
“Saya tak ada idea,”kata Madonna.
“Apa terjadi di bilik tu ketika kamu mengalami migrain?”
“Ada Hazel membawa segelas air, serta ubat migrain, lalu saya tak sedar Hazel duduk di kerusi memerhatikan saya, kemudian, datanglah Jordan yang membawa air herba.. seterusnya Eva, itu saja,”kata Madonna.
Roland memikirkan tiga orang itu. firasat hatinya menyatakan pelakunya kemungkinan Eva, kerana mengikut fail tebal berisi helaian bercetak mengenai maklumat tiga orang itu, Eva sejak kecil kehilangan ibunya, hidup bersendirian di sisi raja Roger, kemudian, pernah dirawat di istana oleh doktor psikitri persendirian kerana depresi… kemungkinan Eva mencuri mahkota itu sebab penyakitnya itu? betulkah begitu? Takkan orang depresi melakukan hal jenayah begitu ditambah lagi Eva seorang puteri? Bentak hati Roland.
Kemudian beralih ke arah Jordan. Dia sudah menyiasat latar belakang Jordan. Jordan merupakan anak angkat Ryecicca dan Yusuf sejak Jordan berumur 3 tahun. Dia tidak pernah berusaha mencari ibu bapa kandungnya, malah takhta istana diberikan kepada Madonna, kerana puteri itu adalah anak kandung Yusuf. Manakala, Jordan diberikan sebidang tanah bagi diusahakan menjadi suatu tempat bermakna buatnya.
Adakah Jordan mencuri mahkota kerana dengki? Fikir Roland.
Hazel pula, disiasat teliti oleh Roland. Sejak Hazel berumur 13 tahun lagi, dia sudah diberikan kerja sebagai dayang tetap Madonna, berkhidmat selama 5 tahun, tidak pernah mengalami sebarang masalah kecuali jarang dapat pulang ke kampung halaman, itu pun ketika hari Natal saja dibenarkan pulang, selama tiga hari. Adakah Hazel mencuri mahkota kerana rasa tidak puas hati atau keperluan duit? Bentak Roland.
………..
Carol dan Jordan memasuki istana, bertemu dengan Madonna dan Roland, lalu Carol, menghantar mesej kepada Christine. Diam-diam!
“Christine.. telefon polis!-Carol,”
“Huhu.. untuk di mana?”-Christine,”
“Istana raja Yusuf-Carol,”
“Kamu dah tahu penjenayahnya?-Christine,”
“Yup-Carol,”
Lalu Carol menyuruh Jordan dan Hazel pergi ke sebuah bilik bacaan, di mana Roland akan disuruh berjaga bersama Madonna di bilik perawan itu dengan diiringi dua pengawal lelaki, kerana itu merupakan protokol istana biarpun Roland seorang detektif upahan.
“Apa terjadi dengan keluarga kamu?”kata Carol kepada Hazel.
“Ibu saya seorang ibu tunggal, Selena, di kampung jauh dari Heartfilia. Saya jarang balik kerana melayani puteri,”kata Hazel, dengan wajah sayunya.
“Apa jadi? Kamu syak kamikan?”kata Jordan, berasa tidak kena dengan soalan Carol.
“Jawab saja. Bagaimana keluarga kamu? untuk kamu, putera, bagaimana kamu dijaga di rumah asuhan?”Kata Carol, kerana sudah dijelaskan Roland mengenai Jordan.
“Saya dijaga baik. Raja Yusuf mendapatkan saya kerana saya membuat lukisan wajahnya, lalu menghiburkan hatinya, oleh itu dia mengambil saya sebagai anak angkat,”kata Jordan.
“Dan kamu berdua adalah kawan sejak berada di rumah anak yatimkan?”kata Carol, memancing emosi mereka berdua.
“Apa jadi?”kata Hazel. Carol mengeluarkan pen di mana ianya berfungsi merakam suara mereka ketika itu.
“Saya jumpa ni,”kata Carol, mengeluarkan sehelai kertas bercetak. Di sana, lukisan mengenai dua orang budak, seorang perempuan, kemudian seorang lagi budak lelaki dalam anggaran 2 hingga 3 tahun.
“Dari mana kamu dapat tu?”kata Jordan.
“Ohh Tuhan,”kata Hazel.
“Jelaskan,”kata Carol menatap mereka berdua yang terkejut, merasakan diri mereka terancam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience