Bab 9 : Menyiasat
Tidak lama itu, Carol meminta izin untuk ke alamat diberikan oleh Joseph, mulai menyiasat siapa daripada mereka yang terlibat dalam pencerobohan rumah lelaki itu. Mula-mula mereka beredar ke sebuah kediaman bernama Sad Prose, menjumpai rumah bernombor 13, rumah banglo besar dengan dua buah kereta proton dan Ferrari. Terbeliak mata Christine melihat Ferrari itu, walaupun mereka di sana demi berjumpa encik Junisun. Biasalah, misi diutamakan dulu, bentak Christine.
“Knok. Knok. Knok,”ketukan tiga kali itu dimainkan rancak di pintu utama rumah oleh Carol.
Pintu dikuak, keluar seorang wanita kacukan orang barat dan timur, sangat cantik, dalam usia 30-an, tersenyum ke arah mereka biarpun dia tertanya-tanya gerangan mereka.
“Hai puan,”kata Christine.
“Kamu.. siapa?”
“Detektif,”kata Carol, memperlihatkan kad identitinya, begitu juga Christine yang sibuk mencari kad itu di dalam dompet besarnya.
“Adakah ni berkaitan pencerobohan rumah encik Joseph? Kami tak ada kaitan, minta maaf,”
“Kejap puan, benarkan kami menanyakan beberapa soalan kepada encik Junisun!”Kata Carol menahan pintu rumah dari tertutup erat di hadapan mereka.
“Hmm baiklah.. sayang!”lantang suara wanita itu, lalu terdengarlah derapan kaki mendekati mereka.
Muncul seorang lelaki bermisai tebal, usia 30-an, mengajak mereka memasuki ruang tamu selepas Carol menjelaskan hal sebenar, walaupun hakikatnya, encik Junisun ragu-ragu mempelawa mereka.
“Ada apa hal?”kata Junisun.
“Kenapa kamu bermusuh dengan encik Joseph?”kata Carol merenung tepat ke arah Junisun, bagai ingin mencari jawapan di wajah lelaki itu. Kecurigaannya bertambah saat Junisun tunduk sayu.
“Kami.. merupakan kawan ketika masih di bangku sekolah. Sama-sama berusaha demi impian, tetapi disebabkan masa gelap sudah tiba, kami bermusuh,”Kata Junisun berkerut wajahnya.
“Masa gelap?”kata Christine.
“Ya. Kawan kami, Billy, meninggal dunia dilanggar kereta ketika peperiksaan dimulakan di sekolah,”kata Junisun.
“Ohh Tuhan,”kata Christine.
“Ya sejak itu, Joseph menyalahkan diri saya kerana membiarkan kawan kami tu bermain di tengah jalan. Sebab itu kami bermusuh, ditambah lagi syarikat padini dan syarikat saya bersaing demi mempromosikan jualan pakaian kami,”
“Jadi kamu berdendam dengannya?”
“Hmm taklah.. sudah lama saya lupakan kisah pahit itu, yang pergi akan pergi, yang hidup teruskan hidup,”kata Junisun, cuba tersenyum lebar.
“Baiklah, di mana kamu ketika hari pencerobohan rumah Joseph berlaku?”
“Di rumah, bersama isteri dan anak kecil kami,”Kata Junisun.
“Okey baiklah.. itu saja,”kata Carol. Tetapi Christine tertanya-tanya, adakah benar dikatakan lelaki misteri itu?
“Boleh kami memeriksa rumah kamu?”kata Christine.
“Tidak apa, Christine. Saya dah rasa cukup setakat ni,”kata Carol, dengan senyuman lebar. Christine menurut saja, hairan melihat perubahan wajah Carol.
Setelah mereka keluar dari rumah itu, seterusnya mereka pergi ke sebuah bandar besar, bernama bandar Eagle Wings, memasuki sebuah kafe, membincangkan apa tindakan seterusnya bersama luahan Carol yang sangat penting untuk misi kali itu.
“Kamu tak nak periksa seluruh bahagian rumahnya, Car?”kata Christine hairan.
“Saya rasa tak patut,”kata Carol.
“Kenapa?”
“Sebab lukisan tu yang dilukis anak encik Joseph adalah buktinya, malam pencerobohan itu, anak encik Joseph terbangun, dan ternampak seseorang menceroboh masuk ke dalam rumah,”kata Carol.
“Bagaimana..”
“Budak-budak tidak akan menipu, Christine. Mereka jujur. Dan tatu dalam lukisan itu menjelaskan segalanya,”kata Carol.
“Jadi.. siapa pelakunya?”
“Bukan keluarga encik Junisun. Selepas ni kita akan tahu,”kata Carol.
“Dalam lukisan itu, ada pisaukan?”
“Ya, senjata tu digunakan merosakkan tombol kotak besi encik Joseph,”kata Carol.
“Ohh saya dah faham,”kata Christine.
Setelah itu, Carol dan Christine membawa kereta meredahi sebuah kawasan kediaman rumah banglo, berhenti di sebuah rumah bernombor 2. Sangat cantik rumah itu, ada dua buah bahagian rumah besar digabungkan dengan jambatan dan beranda. Lalu, mereka membunyikan loceng di hadapan pintu pagar.
Keluarlah seorang wanita rupawan, tetapi kemungkinan sudah berumur 40-an kerana garis kedutan di wajah awet mudanya.
“Hai,”kata Carol.
“Cik Marina?”Kata Christine.
“Hai.. saya Marina Benedict,”kata wanita itu, lalu membukakan pintu pagar bagi detektif itu memasuki halaman rumah.
“Kami detektif. Berkenaan pencerobohan dan rompakan rumah encik Joseph, kamu di mana ketika minggu lepas tu?”kata Carol.
Mereka dijemput memasuki ruang tamu, duduk di sofa, dengan teman serumah Marina, yakni seorang gadis 20-an menyapa mereka.
Jag berisi jus epal dan biskut coklat sudah tersedia di atas meja, nersama dua buah gelas kaca dan dua sudu. Lalu Christine yang kemungkinan kelaparan menjamahnya segera.
Carol meneliti, memikirkan apa yang menyebabkan wanita baik itu menjadi musuh ketat Joseph?
Kemudian, Carol mendapati ada kesan merah hasil terdedah dengan bahang mentari di kaki dan tangan Marina. Kolar kemejanya menutupi leher dan renda kemeja itu labuh sehingga paras punggung.
“Saya kerja sebagai ahli farmasi, kebetulan Sabtu ni cuti pula, kamu datang ketika masa betul,”
“Kamu berdua sajakah tinggal di rumah ni?”kata Christine.
“Ya begitulah,”kata Marina mengaru kepalanya.
“Kamu berdendamkah terhadap encik Joseph?”Kata Carol tidak ingin membuang masa.
“Ohh dia.. hmm bolehlah dikatakan,”kata Marina, tunduk sayu.
“Saya pernah bertemu dengannya sebelum dia memiliki syarikat besar dan sebelum dia kahwin, ketika itu musim sejuk negara ni, dan kami terserempak di sebuah majlis tari-menari.. di situ, kamu tahu la kan. Jiwa muda.. kami jatuh cinta.. tetapi Joseph menduakan saya. Sebab tu saya benci dia sehingga sekarang.”
“Kamu pernah balas dendam atau..”
“Saya pernah menceritakan hal kepada wartawan mengenai kisah Joseph yang curang… dari situ, syarikatnya menjadi topik hangat, rasanya itu saja kejadian yang buatkan kami bermusuh,”kata Marina, membuatkan Carol memahaminya.
“Apa kamu buat ketika rompakan berlaku di rumah encik Joseph?”
“Di rumah kawan, tanyalah Mimie, teman sekerja saya di pangsapuri Anggerik.. dia dan saya tinggal bersama selama beberapa hari bagi meluangkan masa bersama, sementara kereta saya dibaiki di bengkel. Sebab itu saya menginap di rumah Mimie, bolehlah jimatkan duit tambang dan berkongsi keretanya,”kata Marina, dengan yakin mengingati apa terjadi minggu lalu.
“Okey kami percaya,”kata Christine.
“Boleh lihat almari kamu?”kata Carol mengejutkan Marina.
“Kenapa? Kamu syak sayakah?”
“Hmm tidak. Tapi ini protokol detektif,”kata Carol.
Marina terpaksa akur. Lalu, Carol dan Christine memeriksa almari pakaian Marina. Banyak gaun dan kemeja serta skirt dan seluar santai. Tiada tanda-tanda pakaian bertopeng atau pakaian mencurigakan. Christine tertanya-tanya tetapi dia hanya menurut permintaan Carol.
“Okey dah siap,”kata Carol, kemudian keluar ke ruang tamu bersama Christine.
“Apa nama kristian kamu?”Kata Carol.
“Apa?”kata Marina.
“Nama Kristian,”kata Carol.
“Merlynda,”kata Marina, tersenyum lebar.
“Dan kamu kerja di farmasi mana?”
“Farmasi Sunlight One Borneo,”kata Marina.
“Okey kami akan beredar dari sini, terima kasih atas segalanya,”kata Carol lalu berdiri, dan tiba-tiba, terlanggar badan Marina.
Tumpahlah jus epal di pakaian Marina.
“Maaf!”kata Carol, tetapi Marina tetap tersenyum.
“Tidak apa,”
Setelah mereka beredar, memasuki kereta Carol, Carol membuka telefon, mencari tahu maklumat tempat farmasi Marina bekerja.
“Kamu syak dia?”kata Christine.
“Mungkin. Alibi dia kuat..Pertama.. tiada pakaian mencurigakan dalam almari dia.. biarpun saya merasakan dia seperti mengetahui kehadiran kita..buktinya ada hidangan tersedia untuk kita… ketiga, kemejanya labuh sehingga lehernya telah dilindungi oleh kolar besarnya.. dia bersedia dengan hal itu,”kata Carol.
“Maksud?”kata Christine.
“Jangan-jangan.. dia racuni hidangan tadi tu untuk bunuh kita!?”kata Christine lagi.
“Tak! Di rumahnya, ada teman sebilik. Takkan dia nak racuni makanan mereka kerana hal itu akan membahayakan teman sebiliknya,”kata Carol.
“Maksudnya, dia sengaja menyediakannya untuk kita?”
“Ya, dan dia sudah bersedia dengan alibi kuat,”kata Carol.
“Tapi dia lupa suatu perkara,”kata Carol lagi.
“Apa dia?”
“Mari ke sana,”
Share this novel