Bilik di sebelah bilik Clara menjadi bilik khas Carol dan Christine ditempatkan. Carol duduk di kerusi, membaca fail tebal dibawa Christine sehingga terdengar suara di ruang tamu. Kemudian, Carol turun ke bawah menuju ke ruang tamu. Melihat William memarahi Tinah di dapur.
“Kenapa ni tuan?”Kata Carol.
“Dia jatuhkan piring kaca di atas lantai,”kata William.
“Ohh Tuhan, maafkan saya,”kata Tinah.
“Okay, bersihkan dapur,”Kata William, lalu Tinah dengan segera mendapatkan penyapu dan pencodok bagi membersihkan kaca yang retak. Carol membantu Tinah sungguhpun wanita 40-an itu melarang kerasnya.
“Tidak apa. Tentu makcik penat,”Kata Carol.
Sesudah itu, Carol diberikan segelas susu segar diambilkan Tinah dari dalam peti sejuk. Kadang rasa simpati menerpa hati Carol, kerana wanita berumur itu seakan-akan kepenatan dan depresi. Raut wajah Tinah sangat murung, sukar bagi digambarkan Carol.
“Makcik ada masalahkah?”Tinah merenung tepat Carol dan tiba-tiba, dia menjadi sebak.
“Kenapa ni makcik?”Kata Carol mulai menenangkan Tinah.
“Anak saya, Joe dimasukkan ke dalam hospital.. sebab tu saya tidak boleh fokus,”Kata wanita malang itu.
“Ohh Tuhan, saya bersimpati,”
“Kenapa dengan anak makcik?”
“Dia… main lumba haram!”Carol berasa ingin memeluk wanita yang tentu sedang ketakutan dan sepi itu.
“Dia anak saya satu-satunya.. saya diberitahu doktor petang tadi, otaknya mengalami pendarahan dan ada 50% untuk hidup selepas pembedahan!”katanya lagi.
“Ohh Tuhan. Tabah ya, makcik, kenapa tuan kamu tak berikan kamu cuti?”
“Saya sudah ambil cuti minggu lalu, oleh itu, tuan membantah dengan permintaan saya kali ini,”kata Tinah.
“Tidak apa, nanti saya bincang dengan tuan kamu,”Kata Carol.
……….
Malam itu, Carol terbangun di waktu subuh tepat jam 4. Itu kerana ada suatu bunyi derapan kaki di luar bilik. Digosokkan matanya, lalu bergerak ke pintu bilik. Tidak lama itu, dia menguak pintu, perlahan-lahan, mengetahui pintu bilik Clara sedang terbuka luas. Angin sejuk menyelimuti badannya, lalu dia diam-diam memasuki bilik Clara.
Setelah memastikan Clara tiada di katil, paniklah Carol. Dia menuju ke bilik sebelah, membangunkan Christine dan menyatakan ingin mencari Clara.
Tiba-tiba, ketika Carol turun ke dapur, ternyata kelibat Clara sedang menjamah burger ayam dari dalam peti sejuk. Terhembuslah nafas Carol mendapati budak itu tidak diapa-apakan.
“Kamu lapar?”Kata Carol, mendekati Clara.
“Yalah. Pergi dari sini, ganggu mood saja,”katanya, membuatkan Carol menaikkan keningnya.
“Kamu masuk ke bilik selepas ni dan saya akan tidur di karpet kamu, mengawasi,”
“Ishh! Kenapa juga hendak tidur di bilik saya?!”
“Dengar cakap!”kata Christine geram.
“Hmm apa-apa sajalah,”kata Clara, mendapatkan lagi kentang empuk dari dalam peti sejuk, dimakannya bagai sudah lama tidak mengalas perut selama beberapa hari, sungguh lahap.
Kemudian Carol membawa bantal dan selimut tidur di karpet empuk bilik Clara, sambil-sambil berfikir rencana seterusnya. Dia tidak mahu menjaga seorang budak yang degil. Sepatutnya dia diberikan misi lebih sukar dibandingkan menjadi pengasuh!
Dia tidak dapat tidur, lalu mendapati ada sesuatu terselit di bawah pintu bilik Clara. Entah kenapa dia boleh melihatnya dengan jelas sungguhpun lampu di lorong luar bercahaya malap bak bulan malam.
Sesudah berdiri, melangkah dia sehingga berjaya mendapatkan sehelai kertas kecil di sana. Dia keluar dari bilik, ingin meneliti kertas itu di sana. Ada beberapa ayat di sana;
“Hari lahir akan menjadi kematian dasyhat,”
“Okey siapa tulis ni?”kata Carol, mendapati pintu bilik ditutup.
“Clara?”katanya.
“Jangan masuk lagi!”jerit Clara, di dalam bilik, dengan Carol mendapati pintu itu sudah dikunci oleh budak itu.
Terpaksalah Carol menuju ke bilik tetamu, mendapati Christine sedang tidur nyenyak, malas dia hendak membangunkan temannya itu, lalu dia mengambil beg hitamnya, mengeluarkan laptop, dan mendalami kejadian terbaru di daerah Lavender itu.
“Okey, ada penceroboh di kediaman Daisi, rumah encik Don,”kata Carol, membaca artikel akhbar online lalu lama-lama dia mengantuk. Setelah itu, dia pergi ke katil, terlelap sehingga pagi menjelma.
…………
Pagi itu, Carol bangun jam 6 mendapati Clara sedang bersiap di dalam bilik untuk pergi ke sekolah terkaya di daerah itu. Yakni, sekolah asrama perempuan Hammilton. William sedang bersarapan dengan isterinya, Diana. Mereka menjamah dengan penuh sopan biarpun kelaparan.
“Marilah sarapan,”kata William kepada Carol. Carol hanya mengangguk, tidak biasa, tetapi dia beranikan diri.
“Saya akan ikut Clara ke sekolah,”kata Carol.
“Ya, kami faham. Itu tugas kamu,”Kata Diana, cuba tersenyum di hadapannya.
Christine menuruni tangga menuju ke bilik air sementara Carol menjamah hidangan sarapan dengan ibu bapa Clara itu.
“Kamu tahu, Clara banyak kawan yang terdiri daripada orang berada,”Kata William.
“Ya tuan,”
“Dan kami risau jika ada kawannya membawa dia membuat aktiviti tidak baik,”kata Diana.
“Saya akan pastikan anak tuan dan puan selamat,”
“Baguslah. Lega hati kami,”kata Diana, tersenyum ikhlas.
“Ini gaji pertama,”kata William menyerahkan sampul surat oren.
“Ohh Tuhan. Masih terlalu awal tuan,”kata Carol, terkejut besar.
“Anggap saja elaun,”kata William, lalu mengenyitkan mata.
Carol terpaksa menerimanya dengan hati terbuka, lalu meneruskan kunyahan makanan di dalam mulutnya. Kadang kala, dia terfikir adakah William mengupah pengawal mengawasi Clara? Atau memang dia bergantung 100% dengan dirinya dan Christine?
Sesudah Clara bersiap memakai pakaian sekolah, dia pun diiringi Christine dan Carol ke dalam kereta keluarga Clara. Lalu beredar meninggalkan kediaman Lavender sehingga tiba di bandar untuk sampai ke ambang pintu pagar sekolah Clara.
“Janganlah ikut saya, saya okey,”kata Clara, tetapi Carol berkeras mengikutinya berjaga di luar kelas.
“Ishh sekolah ne selamatlah!”kata Clara lagi.
“Jangan banyak cakap, pergi masuk kelas!”kata Carol merasa geram dengan arahan tidak munasabah Clara.
Sepanjang pembelajaran, Carol dan Christine duduk di kerusi luar kelas sehingga cikgu yang mengajar menyapa mereka berdua.
“Kami diupah bapa Clara, William untuk menjaga anaknya, cik,”kata Carol kepada cikgu bernama cik Marsha.
Tidak lama itu, rehat pun bermula tepat jam 10 pagi, membelilah Clara bersama temannya, diringi Carol dan Christine sehinggalah Carol merasa rimas di tengah kafe. Budak-budak mengejek Clara, sehingga Clara merenung tajam ke arah detektif itu.
“Pergilah ke kelas, saya nak bersama teman saya!”kata Clara, membuak rasa meluatnya.
“Hei dengar ni, kami tak kisah. Apa jadi kalau ada seseorang mengapa-apakan kamu?”kata Christine, membalas renungan tajam budak kaya itu.
“Yalah. Tapi jaga jarak. Kamu duduk di situ,”Clara menunjukkan sudut hujung kafe, sepi dan lenggang. Terpaksalah Carol dan Christine menurut arahannya, disebabkan beberapa teman Clara mempertawakannya mengatakan, ‘Clara ada pengasuh!”
Carol meminta sup ayam, menikmatinya bersama Christine sehinggalah Clara hilang dari pemerhatian mereka. Paniklah mereka berdua.
“Mana dia?”kata Carol, lalu Christine menanyakan budak sekelas Clara, mereka ketawa lalu mengatakan Clara pergi ke bilik guru.
“Apa dia nak buat ni?”kata Christine.
Tiba-tiba, seorang guru tidak asing bagi mereka, mendekati mereka berdua, panik dan pucat wajahnya.
“Ada.. ada kemalangan!”kata cik Marsha mengejutkan perisik itu.
Share this novel