Bab 2 : Kes Baru

Mystery & Detective Series 1113

Bab 2 : Kes Baru

“Ini anaknya, Clara William dan dia berumur 10 tahun, akan menjadi pewaris kekayaan ayahnya suatu hari nanti,”kata Encik Jimmy, dan Christine meneliti gambar terpapar di permukaan kertas.
“Dia kemungkinan menjadi target si pembunuh, yang telah membunuh hampir beberapa orang kanak-kanak, ianya pembunuhan bersiri yang masih di dalam siasatan polis,”katanya lagi.
Carol mengambil gambar itu dan menelitinya.
“Jadi, kami menjadi pengasuhkah?”kata Carol, menaikkan kening.
“Tak...hmm.. lebih kurang,”kata Encik Jimmy mencebik bibir dan Carol mengeluarkan tawa kecilnya, tetapi bermakna.
“Ok kami dapat tugas sebagai pengasuh dan Encik Jimmy tak ada idea lain nak bagi kepada kami selain dari kerja ni,”kata Carol sinis.
“Tapi ianya penting, William meminta kamu memerhatikan anaknya yang bersekolah di Sekolah Asrama Perempuan Hammilton,”kata Encik Jimmy.
“Okay baiklah, saya akan melindungi budak comel ni,”kata Christine tersenyum dan Encik Jimmy mengeluarkan suara garaunya kerana senang dengan respon Christine.
“Ok, mula hari ni, pergi ke rumah mereka dan ambil tugas meronda kawasan petempatan mereka, Lavender,”kata Encik Jimmy serius. Carol hanya berdiam diri dan menajamkan pandangan ke arah gambar budak di atas kertas yang dihiasi oleh bunga di rambut panjang, sambil tersenyum mesra melihat kamera.
“Adakah budak ni akan mengalu-alukan kedatangan kami?”kata Carol memecahkan kesunyian.
“Terpulang, yang penting, jalankan tugas kamu,”kata Encik Jimmy memberikan satu fail besar, yang terkandung semua maklumat mengenai Encik William bersama Clara.
Carol membuka fail dan ternampak Clara bergambar bersama teman sekelasnya, sambil dia membuat mimik muka yang pelik semasa melihat sebelah kamera.
“Ok, budak ni nampak misteri di mata saya,”kata Carol.
“Harap dia senang dijaga dan tak liar seperti budak daripada keluarga kaya lain,”kata Christine risau. Dahinya digaru, membuatkan Carol mengeluh panjang.
Mereka keluar dari pejabat Encik Jimmy menuju ke ruang besar, di mana gajet disusun di atas meja, bersama Enendy yang sibuk memasang nat di badan sebuah kerusi aluminium.
“Hai Enendy, macamana kerja membuat gajet?”kata Carol. Enendy pun mengira gajet menggunakan jemari tangannya. Pen, klip rambut, gincu, bedak muka kecil, cermin dan payung semuanya di satu meja, dengan keunikan tersendiri sebagai gajet khas.
“Itu kamu punya,”kata Enendy kepada Carol. Christine mengambil klip rambut dan bedak muka kecil. Carol tersenyum dan menekan butang di badan gincu lalu keluar sebuah kamera kecil bersaiz nano. Carol membuat muka,”Wow”.
Mereka beredar dan bersedia untuk ke rumah encik William untuk mengawasi keadaan dia dan anaknya, Clara yang masih menimbulkan pertanyaan di fikiran mereka berdua.
Carol membawa kereta dan Christine duduk di sebelah, dengan penuh yakin melihat ke sekeliling mereka. Seorang lelaki dari jauh dilihat bersama seorang wanita dengan lelaki itu memegang sebuah beg hitam. Mereka nampak mencurigakan tetapi Carol sudah memandu kereta lebih jauh sehingga melepasi mereka di perhentian bas.
“Mari urus budak tu,”kata Carol. Christine hanya menganggukkan kepala. Mereka memecut sehingga sampai di suatu jalan hening dengan pokok rambutan di sebelah-menyebelah jalan, berbuah lebat.
Mereka memasuki pagar yang dibuka dan seorang lelaki menimbulkan kepalanya menerusi satu jendela di pondok kecil.
“Hei, kamu siapa?”katanya curiga, sambil menyepetkan mata.
“Kami, Carol James dan Christine Markus, dari pertubuhan perisik sedunia, PPS,”kata Carol menyerahkan sebuah kad perisik atau detektifnya, begitu juga dengan Christine.
“Baiklah, masuklah,”katanya lalu membuka suatu palang yang menutupi jalan masuk ke rumah banglo itu. Rumah itu sangat besar seperti istana zaman kuno, dengan cerobong di atas bumbung, beserta keadaan rumah yang baru dicat, lalu menampakkannya seperti rumah baru.
Mereka mematikan enjin kereta dan melangkah memasuki ruang tamu rumah. Seorang pekerja wanita memanggil Encik William di bilik bacaan. Keadaan ruang tamu terang dengan cahaya keemasan dan keadaannya sungguh menarik, memandangkan warna-warni di setiap dinding menjadi pemandangan seperti pelangi. Seorang budak turun dengan keadaan tangan yang memeluk tubuh sambil mengalas beg besar di belakang badan.
“Saya tak nak kamu di sini!”Katanya mengejutkan Carol. Christine pun mencebik bibir.
“Saya tak nak kamu menjaga saya!”katanya lagi, Carol dengan bersahaja duduk di sofa, dengan kaki bersilang.
“Tapi kamu tak ada pilihan, kami dah ada di rumah ni,”kata Carol, lalu seorang lelaki timbul di suatu tangga berlingkar memerhatikan mereka.
“Clara, hentikan!”kata lelaki berbaju kemeja tebal itu, dengan suatu fail melekat di pautan tangan.
“Maafkan saya atas kelakuan anak saya, dia sungguh manja, sebenarnya,”kata lelaki itu yang sebenarnya ialah Encik William. Dia duduk di sofa dan menyuruh Clara kembali ke bilik bersendirian. Clara menghentak palang tangga yang bersimen dan naik ke atas untuk pergi ke biliknya. Ketegangan beransur hilang, dengan persoalan besar wujud satu-persatu dalam fikiran perisik itu.
“Kamu, maafkan saya sekali lagi, kamu tentu Carol dan Christinekan?”
“Iya, Encik William,”kata Carol.
“Tolong, perhatikan anak saya, saya risau pembunuh bersiri mendekati anak saya dan…”lalu Encik William menutup mukanya dengan tangan. Tentu memikirkan keburukan sesuatu hal jika Clara diculik, fikir Carol.
“Kami akan berusaha, Encik William, sementara pihak polis dan pihak FBI mencari pembunuh itu,”kata Christine dengan kaki bersilang di bawah sofa.
……….……
“Knok. Knok.”Pintu diketuk oleh Carol dan Christine masih berada di ruang tamu berbual dengan Encik William. Pintu bilik, dibuka dan seorang budak memandang geram ke wajah Carol.
“Hei, kamu jangan biadap dengan kami!”kata Carol berani. Clara memeluk tubuh dan dengan wajah muram, merenung ke arah cermin bilik.
“Saya sudah besar, tak perlukan kamu,”katanya yakin.
“Tapi ayah kamu risaukan keselamatan kamu, hargailah permintaan ayah kamu tu,”kata Carol memujuknya.
Lama-kelamaan, Clara tunduk ke lantai dan mengambil patung beruangnya lalu memeluk patung itu.
“Ibu dah lama pergi, saya bersendirian di dunia ini,”katanya dengan air mata mulai jatuh.
“Dan ayah menyerahkan tugas menjaga kepada kamu, perisik, saya tak berpuas hati dengan keadaan itu,”kata Clara lagi dengan mata merah.
“Its okey saya faham, tentu sukar untuk kamu menerima semua ini,”kata Carol cuba memahami situasi.
Hening menemani seluruh bilik dan mereka masing-masing melayan perasaan, sehingga suatu ketukan hadir di hadapan pintu bilik. Carol membukanya dan ternampak Christine sedang memegang fail tebal.
“Ini maklumat mengenai rumah dan perusahaan Encik William,”kata Christine. Carol mengangguk lalu meliarkan mata melihat Clara yang masih tunduk ke karpet bilik.
“Berikan dia masa,”kata Carol, dan mereka berdua meninggalkan bilik dan menuju ke ruang tamu, sambil seorang pembantu rumah memberikan mereka minuman teh ais di atas meja bulat yang besar.
“Terima kasih,”kata Carol, lalu pembantu itu tersenyum.
“Helo, saya Tinah, dah lama duduk di rumah ni,”katanya dan Christine meneguk teh ais itu.
“Hei sedaplah, mak cik Tinah!”kata Christine dengan senyuman lebar.
“Terima kasih, boleh saya tahu kamu siapa?”kata Tinah dengan persoalan di fikirannya. Nampaknya, Encik William tidak mendedahkan kepada sesiapa mengenai mereka berdua, fikir Carol.
“Kami, Carol dan Christine, seorang perisik dan detektif, dari PSS,”kata Carol.
“Pertubuhan Perisik Sedunia,”kata Christine.
“Wow. Kamu di sini, untuk mengawasi kamikah?”kata Tinah mengigit bibir.
“Lebih kurang, hee,”kata Christine.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience