Selepas kejadian penculikan Clara dan misteri kematian Vanessa, Carol diberi misi baru pula oleh Jimmy. Tiba masa untuk Carol bersepakat dengan Roland bagi menyelesaikan misteri kehilangan mahkota milik puteri Madonna. Di meja pejabat Carol, terlekat sekeping gambar memaparkan seorang wanita 30-an berdiri bersama seorang remaja yang tidak asing lagi, adalah dirinya ketika remaja.
Wanita 30-an itu ialah ibunya, Mary, sedang berada di kampung Radtak, yakni di negeri Sabah. Sudah dua bulan tidak berjumpa ibunya. Rindunya membuak-buak. Apabila dia mengingati detik gambar itu diambil adalah selepas pulang dari sekolah dan ketika itu, hari Sabtu, jadi Mary kerja sehingga jam 12 saja di farmasi. Kemudian Mary mengajaknya melihat lukisan di sebuah pameran berdekatan bandar Suria. Ketika itu, dia baru berumur 14 tahun, masih memerlukan ibu yang menjaganya.
Mary tinggal bersama adik Carol, Flora. Flora berumur 17 tahun, masih di bangku sekolah lagi. Oleh itu, dia berjanji dengan mereka, selepas menyelesaikan misi kehilangan mahkota puteri Madonna, dia akan pulang ke kampung.
Oleh itu, sebelum diajak Roland berjumpa di sebuah bilik seakan-akan tempat mesyuarat, dia menelefon Mary, menanyakan khabar.
“Hai ibu,”kata Carol, tersenyum biarpun ibunya tidak dapat melihat senyumannya ketika itu.
“Ohh Car, kami rindukan kamu!”
“Ya ibu, kemungkinan selepas dua minggu atau sebulan nanti, saya akan kembali ke kampung, saya janji,”kata Carol, mengharapkan ibunya akan faham.
“Ohh Car, ibu gembira mendengarnya, hati-hati.”Kata Mary, merupakan motivasi buat Carol ketika itu, sedang dilanda kerinduan tidak terhingga.
Sesudah itu, Carol melangkah pergi ke sebuah ruangan besar, dengan meja bulat di tengah, mendapati Roland meletakkan fail tebal bersama gambar-gambar yang aneh di setiap papan pelekat kertas.
“Jadi?”kata Roland.
“Kamu jelaskan bagaimana misi kali ini,”kata Carol.
“Mula-mula, mahkota permata tu milik puteri Madonna Henry Swift, puteri generasi ke13, berumur 19 tahun, dan malam kehilangan mahkota adalah malam 1 Oktober, ketika majlis kesyukuran untuk kesembuhan ibu Madonna, permaisuri Ryecicca,”Kata Roland.
“Dan?”
“Dipercayai ketika Puteri Madonna tidak sedar, mahkotanya hilang, membubarkan majlis, dan pencarian mahkota bernilai billion itu dimulakan di seluruh negeri Heartfilia,”kata Roland, dengan nafas terhembus perlahan-lahan. Kemudian dia mengambil gambar yang melekat di permukaan papan, memaparkan imej mahkota, sesuatu yang sangat cantik pernah dilihat Carol.
“Orang yang dipercayai bersama puteri tu siapa?”Kata Carol.
“Rakyat?”
“Aduii takkan semua rakyat di negeri tu diperiksa satu-persatu? Susah misi kali ini!”
“Jangan risau,”kata Roland, lalu mengeluarkan sehelai kertas, memaparkan beberapa gambar bercetak hitam putih.
“Orang yang dipercayai menjadi suspek utama ada tiga orang..”
“Ini..”kata Carol, melihat gambar di dalam fail.
“Pertama dayangnya, cik Hazel. Kedua, putera Jordan, abang puteri tu.. terakhir, adalah seorang kawan rapat puteri Madonna, yakni puteri Eva Christy,”
“Ohh okey, semakin menarik,”kata Carol.
“Jadi, apa terjadi dengan tiga orang ni?”
“Polis sudah menyiasat mereka, pertama, cik Hazel. Dia seorang dayang berumur 18 tahun, rapat dengan puteri tu.. dan katanya, puteri tu tidak sihat malam tu.. terpaksa berehat di bilik selepas sejam majlis berlangsung,”kata Roland, membuatkan Carol tertanya-tanya.
“Bagaimana dengan putera tu?”
“Katanya, putera tu mengunjungi puteri tu, meneliti keadaannya lalu membawa beberapa minuman bercampur herba,”
“Dan puteri Eva?”
“Kata polis, dalam siasatan mereka, puteri tu balik awal, tepat jam 8 malam, tetapi sempat menjenguk kawannya, puteri Madonna, dan mengatakan mereka berbual mengenai cerita jiwa muda mereka,”
“Jiwa muda mereka?”Kata Carol, menaikkan kening.
“Kata puteri tu, puteri Madonna jatuh cinta dengan seseorang tetapi dia tak tahu siapa,”kata Roland, menyelak helai demi helai di dalam fail bertebalkan kertas bercetak itu.
“Kita kena tanya sendiri puteri Madonna tu.. mari!”
………..
Mereka bergerak ke kereta Carol, dipandunya meredahi bandar dan perkampungan aman bersama kumpulan orang lalu lalang yang masing-masing ada dilema dan destinasi tertentu. Sesudah meredahi kawasan hutan selama sejam lebih, tibalah mereka di sebuah perkampungan, di hujungnya terdapat bukit tinggi, lalu dilihat mereka, ada sebuah bangunan istana besar, mempunyai bangunan tinggi dan rendah, terserlah keunikan seni binanya.
“Jadi ini istananya?”kata Carol, menaikkan keningnya.
“Yup, ne kali kedua saya ke sini.. ada kes rasuah terjadi di sini dahulu, mengakibatkan bapa puteri Madonna, raja Yusuf, hampir dimasukkan penjara, tetap terbukti dia tak bersalah,”kata Roland berkerut wajahnya.
“Kenapa? Dia dikhabarkan terlibat dalam rasuah?”
“Yaa. Dua tahun lalu, ada seorang panglima istana Heartfilia mencuba memaksa raja menyerahkan wasiat sebelum penyakitnya menyerang lagi, dan dikatakan ada suara-suara di negeri jiran merasuah panglima agar mengugut peguam raja Yusuf menukar wasiatnya, tetapi dikatakan pula, raja Yusuf juga merasuahkan panglima itu untuk membunuh seorang gadis di sebuah kampung, saya tak tahu gerangan gadis tu,”
“Ohh Tuhan. Panglima itu dirasuah oleh dua pihak?”
“Yup. Tetapi apabila permaisuri Ryecicca menyatakan suaminya tidak bersalah, ditanya juga panglima itu samada dirasuahkan raja untuk membunuh rakyat, katanya dia tidak menerima sebarang duit haram daripada raja itu, kemungkinan dia diugut, kita tak tahukan?”kata Roland, membuatkan Carol tertanya-tanya.
“Jomlah,”katanya, lalu mereka berdua berhenti di pintu pagar besar.
Kereta diletakkan dan dijaga pengawal istana, dengan mereka berdua memperlihatkan lesen identiti detektif mereka ke arah setiap pengawal istana.
Tidak lama itu, masuklah mereka berdua diiringi dua pengawal yang menyuruh mereka mengeluarkan sebarang senjata tersembunyi di badan. Itu sudah termasuk di dalam peraturan istana.
Terpaksalah Carol menyerahkan pistolnya, kecuali gadget istimewanya, gincu! Dia mengeluarkan gincu itu, mencalitkannya ke arah tangannya, lalu menunggu kedatangan raja Yusuf dan puteri Madonna menemui mereka.
“Duduk sini,”kata seorang dayang yang rupawan, tidak asing buat Carol dan Roland.
“Cik Hazel?”kata Carol.
“Ya saya? bagaimana…”kata gadis itu berubah wajahnya.
“Kami. Detektif atau perisik,”kata Carol. Hazel hanya mengangguk, lalu beredar ke dapur kemungkinan ingin membawa hidangan minuman.
Tidak lama itu, raja Yusuf, keluar, siap dengan pakaian batiknya, tetapi wajahnya memaparkan emosi yang dayshat berlaku di dalam jiwanya. Tidak selesa, serta bagai ingin berkabung selama berbulan-bulan.
“Tuan,”kata Roland, lalu mereka berdua tunduk hormat.
“Encik Jimmy rekomenkan kamu kepada kami,”kata Yusuf.
“Ya tuan,”kata Carol, cuba bersikap profesional di hadapan Yusuf.
“Saya.. tak ada masa lagi. Saya akan tabalkan anak saya menjadi pemerintah selepas kematian saya,”kata Yusuf.
“Kami akan berusaha tuan,”kata Roland.
“Boleh tanya mana puteri Madonna?”kata Carol tidak ingin membuang masa.
Tidak lama itu, datanglah Hazel membawa hidangan terdiri dari teh dan biskut serta karipap.
“Ohh terima kasih!”kata Carol mengetahui perutnya berkeroncong.
“Sama-sama, puteri akan turun tidak lama lagi, dia di dapur,”Kata Hazel.
“Kenapa di dapur? Sini ada tetamu terhormat,”kata raja itu, seakan-akan marah pula.
Tidak lama itu, Hazel memasuki dapur lagi, memanggil Madonna.
“Nanti saya panggil puteri dan Jordan.. err. Putera Jordan,”kata Hazel.
“Baiklah,”kata Carol, cuba tersenyum di hadapan Hazel.
Madonna datang, yakni seorang gadis rupawan juga, memakai gaun singkat, dengan tangannya basah, bibirnya basah juga dengan kunyahan perlahan dalam mulutnya demi menghancurkan makanan keras yang diduga Carol merupakan biskut keras buatan tukang masak baru di sana.
“Selamat pagi,”kata puteri itu, memperlihatkan dirinya tidak terurus. Wajahnya pucat, ketara lingkaran hitam di bawah mata, tidak mempunyai masa tidur mencukupi. Apa terjadi? Fikir Carol.
“Mahkota tu. Sangat berharga!”kata Madonna, menegaskan hal itu tersebut.
“Kami akan berusaha mencarinya, jangan risau,”kata Carol, cuba menenangkan keadaan tegang ketika itu.
Share this novel