KAPAL angkasa Bintang Terbit sedang mengorbit mengelilingi Europa.
Pengetua Roni Hassan berkata, "Pepino, cartakan laluan ke isyarat S.O.S. itu."
Pepino mengangguk. "Lokasi sedang dianalisis."
Suasana sepi sebentar. Skrin besar komputer di anjungan kawalan itu menyalurkan maklumat dan gambar Europa dari angkasa.
Mata Roni mencerlang. "Berikan laporan."
"Sudah menjumpai sasaran LZ," sahut Pepino.
"Apa statusnya?" tanya Roni.
"Kawasannya tidak mendatar. Bintang Terbit tidak boleh mendarat di sana. Ia akan bahaya untuk kita."
"Cari tempat baru untuk mendarat," kata Roni tegas tanpa memandang kepada Pepino.
"O.K. I'm on it." Pepino segera menjalankan tugasnya dengan tekun.
Tidak lama kemudian Pepino telah menemui tempat yang diyakininya baik dan agak selamat untuk mendarat. Kira-kira 10 kilometer jaraknya dari tempat terkandasnya kapal angkasa Hellium Prime.
"Arah baru LZ dikenalpasti," Pepino berkata. Hatinya segera terlonjak keriangan.
"Kita akan mendarat di situ."
"Laluan pendaratan sudah ditetapkan. Anggaran waktu tiba, 10 minit. Kiraan ke bawah bermula."
Roni menenggelamkan matanya ke dalam muka Sofia. "Apa bacaan kamu?"
"Menghampiri atmosfera Europa," jawab Sofia.
Kapal angkasa itu bergerak membelah ketenangan atmosfera Europa.
"Kita memasuki atmosfera Europa "
"Memasuki medan graviti."
"Memulakan penurunan."
"Memulakan gear pendaratan."
Gear itu untuk mengimbangi kelajuan menurun Bintang Terbit kepada pergerakan awang-awangan yang perlahan.
"Menghampiri daratan."
"LZ dilihat. Kita akan mendarat sekarang!"
Pesawat itu mengalami gegaran akibat hentakan ketika mendarat di atas permukaan berlekuk sebelum berkeadaan stabil di permukaan ais Europa.
Sejurus kemudian kebisuan menakluki anjung kawalan itu.
"Sudut pendaratan tak bagus. Pendaratan kamu tak lancar. Nasib baik tidak terhempas," suara Roni membunuh kesepian.
"Saya tahu. Pendaratan agak mengecewakan. Untuk itu, saya minta maaf."
"Semua orang selamat? Ada sesiapa yang cedera?"
"Kerosakan di ruang enjin akibat impak."
"Enjin, laporkan kerosakan. Apa statusnya?"
"Injap tangki penyejuk bocor. Tapi ia boleh diperbaiki."
"Kami akan lakukan usaha yang sebaik-baiknya."
RONI berhasrat untuk menghantar sebuah dron untuk melaksanakan pemerhatian, pemetaan dan penilaian di lokasi pesawat terhempas itu.
Roni menatap Pepino yang pakar mengendalikan alat kawalan jauh seraya berkata, "Laksanakan prosedur pengaktifan dron."
"Kamera pengawasan diaktifkan."
"Skrin dinding."
"Kita nampak apa yang dron nampak."
"Bersedia untuk dron berlepas."
"Dron sedia beraksi."
"Lancarkannya sekarang ke destinasi."
"Dron dilepaskan."
Pepino mula menerbangkan dron berkamera untuk menghasilkan rakaman foto dan video. Dia mengawal sepenuhnya pergerakan mesin itu menggunakan jari di skrin peka sentuhan bahagian papan pemukanya.
Perlahan-lahan gajet terbang itu berlepas secara menegak dari badan pesawat Bintang Terbing lalu membelah udara Europa yang amat tenang dan meninggalkan Bintang Terbit di belakang.
Pepino benar-benar mahir dengan dron yang digunakan. Rakaman dari aras tinggi dilakukan dengan baik.
"Give me a slow circle of the ship."
"Structure seems intact."
"Pepino, undurkan ke belakang."
"Pan right."
"There."
Share this novel