4 - BERUBAH HALA

Fantasy Series 780

EZAN Aziz yang menaiki skuter elektrik Segway 2222 berada di depan. Sheila Jayamalar, juga menaiki jentera mudah dikendali sebagai tunggangan itu menurut dari belakang. Mereka saling memereksa bilik enjin injap tangki penyejuk yang berada di bahagian bawah kapal angkasa Bintang Terbit. Mereka memandang-mandang ke sekitar suatu ruang laluan yang agak sempit dengan cahaya yang agak suram. Semuanya harus dipantau dengan baik.
"Semua seperti sepatutnya!" Suara Sheila lantang mengatasi deruan enjin yang boleh memekakkan telinga.
Ezan menoleh ke belakang. Dia berhenti untuk menunggu Sheila.
"Aku suka bahagian ini. Sangat menarik walaupun terlalu teknikal. Ia aset yang penting!" suara Ezan terpekik kecil.
"Cakap kamu memang betul!" ujar Sheila. Suaranya berbaur dengan deruan enjin yang berdengung. Akhirnya dia berjaya berjalan seiring dengan Ezan.
Dengung dan deru enjin bertambah tenanglah kini.
Kedua jurutera sistem mekanikal itu berdiam diri. Masing-masing dengan fikirannya.
Ketenangan merajalela di ruangan itu.
Tiba-tiba Ezan memandang Sheila. Segumpal kemurungan memendungi parasnya.
"Mengapa kamu sedih saja, Sheila?" tanya Ezan dengan tiada tekanan.
"Hanya saya selalu teringatkan mendiang suami saya," kata Sheila, suaranya murung. Dia terdiam oleh perasaan yang menyesak dalam dadanya. Dia menunggu lenyapnya kesesakan itu, kemudian berkata lagi. "Mungkin saya telah ditakdirkan untuk tidak mengecapi kebahagiaan bersamanya."
"Saya faham perasaan kamu dan saya tahu bagaimana rasanya kehilangan orang yang rapat," kata Ezan terharu. "Tapi hadapilah kenyataan dia dah mati. Kamu kena biarkan semua itu berlalu. Kamu faham kata-kata saya?"
Dia mengawasi Sheila dengan pandang pengasih.
"Ia peristiwa silam saya. Semua orang terganggu dengan peristiwa silam," ujar Sheila membela diri.
"Bila mengorek masa silam, kita hanya dapat kotoran," ujar Ezan menegaskan.
Sheila memalingkan kepala padanya. "Kamu sudah berkahwin?"
"Saya sudah bercerai. Saya tiada teman lelaki dan skutersaya tak guna pelacur. Saya ada anak lelaki berusia 12 tahun. Dia saja yang saya ada," sahut Ezan mengakui.
Sheila bertanya lagi, "Kamu ada ahli keluarga lain?"
Ezan menggelengkan kepalanya. "Tidak."
"Anak kamu macam mana?"
"Dia pendiam. Bijak."
"Bunyinya seperti budak yang baik."
"Ya, agaknya saya bertuah dari segi itu dan saya sanggup buat apa saja untuk kegembiraannya."
Ezan diam sebentar. Kemudian dia merubah arah percakapan:
"Nak dengar sesuatu yang kelakar, Sheila?"
"OK," jawab Sheila yang rapat berskuter di sisinya.
"Ini kisah benar. Ada seorang budak di laman belakang rumahnya sedang menggali lubang. Jirannya nampak lalu bertanya, "Apa kamu buat tu?" Budak itu menjadi sedih dan jawab, "Saya nak tanam ikan emas saya." "Bukankah lubang itu terlalu besar untuk ikan emas?" kata jirannya. Budak itu merenung tepat kepada jirannya dan berkata, "Itu kerana ia ada dalam perut kucing kamu!"
Sheila ketawa mengilai macam orang yang kena geletek. Ketawanya bergema dengan nyaring.
"Lucukan?"
"Cerita tu memang melucukan," jawab Sheila. "Ia memang kelakar, Ezan. Kamu sungguh pandai berjenaka!"
Alat komunikasi boleh lipat yang dihasilkan dengan rekaan kecil di pinggang Ezan berbunyi. Alat itu dicabut dari sarungnya dengan pantas dan dipegangnya erat-erat.
Dia kemudian berbicara, "Ezan Aziz bercakap."
Terdengar suara Pengetua Roni Hassan , "Ezan, bagaimana status enjin?"
"Enjin kapal ini dalam keadaan baik. Semua nampak normal. Semuanya mengikut aturan," kata Ezan kepadanya.
Suara di hujung lain berkata lagi, "Laporkan diri bersama Sheila di ruang taklimat sekarang juga. Ada hal mustahak."
"Arahan diterima. Kami ke sana sekarang."
Sheila memandang Ezan.
Ezan berkata, "Pengetua Roni mahu kita ke ruang taklimat."
"Kenapa?" tanya Sheila sepatah.
"Tak tahu. Bunyinya macam penting sangat!" sahut Ezan kepada pertanyaan Sheila.
Sheila merenungnya dengan mata kosong. "Tentu hal mustahak."
"Marilah kita ke ruang taklimat jumpa dia," guman Ezan.
Mereka mempercepatkan lari skuter mereka menuju ke pintu masuk untuk ke ruang taklimat yang berada di aras dua.

RUANGAN taklimat yang tidak seberapa luas itu cukup bersih dan dilengkapi dengan meja berbentuk huruf U di tengah. Jelas merupakan ruangan untuk pertemuan.
"Semua orang hadir Puan," kata Sofia Roslin sambil merenung bola mata Pengetua Roni Hassan yang duduk dengan kedua tangannya di tangan kerusi, menghadapi sembilan krew Bintang Terbit
Roni menikamkan matanya ke dalam mata tiap-tiap orang yang berada di depannya. Mereka semua melihat kepada Roni pada saat yang sama. Semuanya tampak tak sabar dan diserang berbagai persoalan.
"Dengar sini semua orang. Saya ingin buat kenyataan fakta keadaan sekarang," Roni mengucapkan kata-kata itu dengan jelas sekali. "Bagi segelintir," dia menunjuk dengan gerak kepala kepada Sofia, Pepino Khoo dan Qieyla Azahar, " dah tahu kita belum sampai lagi ke Marikh. Nampaknya jauh lagi perjalanan kita."
"Itu tak mungkin! Laluan perjalanan sudah ditetapkan," Ezan Aziz keheran-heranan. Wanita itu mengangkat alisnya. Dia seperti disentak elektrik. Matanya merenung ke wajah Roni. "Tolong kata Puan bergurau."
Roni menoleh, "Malangnya tidak. Ini bukan satu gurauan. Tetapi adalah sesuatu yang nyata. Saya tahu ia mengejutkan dan sukar untuk menerimanya."
"Ini tak bagus," sela Shiela Jayamalar, kecewa.
"Puan serius?" tanya Zalillah Haron dengan dahi berkerut.
Roni mengangguk, "Saya amat serius," katanya. Dia menghentikan percakapan, berpaling menghadapkan mukanya ke muka Zalillah. "Bawa bertenang. Ini hanya sedikit lencongan. Haluan baru. MAMA dah ubah urutan perjalanan kita. Ini perubahan yang tidak dijangkakan."
"Tapi mengapa?" desak Sheila, gusar. "Bagaimana semua ini berkemungkinan?"
Roni melanjutkan, "MAMA ada alasan yang kukuh. Kita terima transmisi S.O.S. Datangnya dari salah satu bulan yang mengelilingi planet Musytari iaitu Europa. Pesawat kita yang paling hampir. Jadi, MAMA mahu kita ke sana. Kita diarahkan ke sana secepat mungkin."
Dengan perlahan-lahan Roni menegaskan, "Sasaran dikenal pasti. Pesawat jenis Hellium Prime milik Gattaca Corp. Pesawat itu menghadapi masalah. Ia menghubungi kita dan perlukan bantuan kita semua."
"Adakah ini tindakan wajar?" tanya Pepino, dan memandang Roni tepat-tepat. "Adakah ini patut berlaku?"
"Kita ada prosedur operasi standard. MAMA hanya ikut protokol dan ia adalah sesuatu yang diutamakan." Roni menatap wajah Pepino.
"Saya nak beri pandangan sedikit. Saya rasa ini kurang wajar. Ia sesuatu yang bertentangan. Ini misi perdagangan. Bukan pasukan penyelamat. Pastikan apa keutamaan kita," Ezan tidak setuju.
"Memang tugas rasmi sebelum ini tetapi sekarang tidak lagi. Buat masa ini, yang itu kita tangguhkan," jawab Roni, tegas. "Ini perkara yang lebih mustahak. Lain-lain kita ketepikan dulu "
Ezan mengangguk. "Saya tak kisah, dengan syarat diberi insentif tambahan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience