Bab 14

Drama Completed 20250

Malam itu, aku membelek music box yang dibeli Walid. Cantik. Di dalamnya ada ikan duyung dan bukan ballerina. Hadiah pemberian Radzi masih belum dibuka. Aku mengambil dan membawanya ke atas katil.

Beg non-woven aku buka perlahan. Ada kotak berbalut kertas cantik. Aku membuka dengan hati-hati kerana tidak mahu kertas cantik rosak. Hadiah itu, tidak kuduga sama sekali. Music box, sama seperti yang pernah dihadiahkan Syed Zain. Tiada beza. Aku seperti orang kebingungan. Bukan tidak suka tetapi… Nota yang terselit membuatkan aku terharu. ‘Untuk Aina tersayang.’

Laci kompartmen bawah aku buka. Terkejut lagi. Ada kain tudung di dalamnya. Dilipat kecil, digulung dan diikat dengan gelang mutiara. Aku membuka gulungan. Tudung ‘Bawal Eksklusif’ berwarna ungu gelap. Warna yang belum aku miliki. Gelang itu pula aku pakai di tangan kiri. Nampak cantik. Music box aku buka. Irama Rondo Veneziano kedengaran. Hati ini menjadi semakin sayu. Teringatkan Alia. Kalaulah dia masih ada, dia pasti seronok melihat music box ini.

Aku bangun, berjalan ke arah jendela. Menguak langsir, melihat bunga-bunga orkid Mama, dalam cahaya lampu anjung. Semuanya berkembang dan berwarna-warni cantik. Alia, esok Kak Aina akan berbisik kepada setiap kuntuman bunga, menyebut tentang kerinduan kepada Alia. Semoga malaikat yang mendengar akan memberitahu roh Alia, tentang kerinduan itu. Kak Aina janji, untuk terus berbisik pada bunga, demi Alia. Maafkan kakakmu ini yang sering melukakanmu. Syurga untukmu wahai adikku sayang…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience