bab 3

Romance Series 4504

KREK...
Berkeriutan bunyi daun pintu dibuka, membelah kesunyian malam yang pekat. Bukaan yang renggang itu saja sudah menampakkan cahaya lembut yang mengundang, apatah lagi setelah pintu luas ternganga, membiarkan kehangatan cahaya memenuhi ruang.
Lampu ruang makan menyala, menyinari wajah Melissa yang berhenti melangkah, tatapan matanya terpaku pada meja makan yang terhidang kemas.
Ada dua pinggan berisi makanan yang dia kenal tanpa perlu meneka-neka lagi, aroma yang harum dan menggugah selera selain merahnya air minuman dan harumnya bau ruang tersebut.
"Sayang dah balik?" sapa Khalis muncul dari dapur bersama bowl berisi lauk dan tersenyum mesra. Kedua mereka sama-sama berpandangan untuk sejenak dan waktu tika itu, seakan terhenti.
"You dah makan?" tanya Khalis seperti biasa, suaranya lembut tapi ada sesuatu yang tidak kena.
Melissa geleng dan Khalis mengangguk.
"Good." Nada suaranya biasa, tapi ada sesuatu yang tidak diucapkan.
"You masak ke?" tanya Melissa benar-benar terkejut. Melissa terus menanggalkan kasut. Tas tangan tersangkut di bahunya dia jatuhkan dan diletakkan perlahan di sofa.
"You masak? Semua ini?" soalnya lagi sambil pandang lagi setiap sajian yang terhidang, terasa ganjil juga.
Sajian yang terhidang bagaikan ada acara pula.
Sambil mengukirkan senyuman, Khalis mengangguk.
"Have sit my beautiful, princess," arah Khalis setelah menarik kerusi lalu mendudukkan Melissa yang dia nampak masih terpinga lagi itu.
"Ya, sayang semua ni memang I masak. Rumah kita ni mana bibik. Semua barangan basah I singgah beli bahan lepas balik kerja."
"Oh," jawab Melissa sambil mengangguk, hilang rasa curiga.
"Bukan apa. Terperanjat jugalah macamkan ada event pula or candle light dinner maybe..." sahut Melissa bernada rendah.
"Lebih kurang candle lah ni. Cumanya taklah formal sangatkan. Come, rasalah air tangan I. Jenuh tau I ikut step by step Khairul Aming kat youtube tu. Hahaha," ujar Khalis lalu ketawa tapi Melissa hanya tersenyum.
"Tengok apa sayang? Kenapa? Tak percaya ke I mampu masak banyak ni," tegur Khalis setelah dia lihat wanita itu masih mematung tapi sudah memegang sudu.
"Atau nak I suapkan?" usik Khalis lagi yang mahu beromantika dengan isterinya itu. Melissa menggeleng sambil tersenyum lalu menyuap. Mereka makan dalam diam, hanya suara musik latar yang memenuhi ruang.
"You ingat lagu ni?" tanya Khalis sambil menuang air ke gelas, tampang mukanya tetap beriak biasa. Melissa tersenyum.
~Bila rindu,terkenang mu siang terasa sayu.Syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
Jauh terbang diriku melayang
Aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu. Inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini...bawa ku dlm pelangi. Melepasi segala hati ini. Jauh angan ku lena,ku rasa kita bersama,kau bawaku ke sana. Ke alam kisah yang lama,kenangan di dalam jiwa...~
"Ingat. Dulu you selalu pasang," jawabnya sambil mengangguk. Tangannya terhenti di atas sudu. Lagu lama itu kembali terngiang, membawa kenangan manis yang pernah mereka lalui bersama.
Melissa melafazkan nyanyian itu dengan penuh perasaan, membuatkan Khalis berkerut dahi.
"Kenapa tiba-tiba you masak?" soalnya setelah berhenti dari menyanyi. Khalis mendongak walau mulut masih penuh.
Dalam masa sama, Melissa cuba mencari riak ganjil tapi tak dijumpai langsung. Khalis pandang sekejap, tidak lama setelah tersenyum dia tunduk menyuap nasi.
"Tak boleh ke?" Khalis menyoal nada lelucon walau hatinya sedikit terguris.
"Boleh." Jawapan itu keluar terlalu cepat. Dan Khalis menolak tangannya kerana dia yang mahu menyenduknya. Wajah tetap biasa dan tersenyum.
Mereka terus makan dalam diam tapi bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Khalis spontan memandang Melissa, mencari jawaban yang tidak diucapkan itu.
"So, how's the work honey? Everything okay?" tanya Khalis ingin meriahkan suasana yang dia terasa sepi.
"Ya, untuk masa ni semuanya masih berjalan dengan lancar," jawab Melissa setelah mendongak. Khalis perasan juga cara wanita itu menyuap macam tidak lalu saja. Menyepi.
Melissa bangun setelah minum biarpun nasi serta lauk masih menghuni pinggan. Khalis terdongak hampir kehilangan kosakata juga.
"Sayang? Kenapa tak habiskan? Tak sedap ke dah air tangan suamimu ini?" tanya Khalis terkejut melihatnya. Ada rasa kecewa di hati. Melissa segera ukirkan senyuman.
"I kan baru balik dari kafe. Jadi masih penuh lagi. Nanti kalau I lapar I makanlah balik," jawabnya lalu bangun.
"Tapi kenapa? Bukan banyak I taruh nasi tu, sayang. Please temankanlah I makan," ujar Khalis berharap.
Melissa sengaja tidak mengendahkan suaminya itu.
"Sayang!" Cepat-cepat Khalis bangun dan meraih jemari runcing, Melissa Haura.
"Please sayang. Kita dah lama tak makan istimewa macam ini. Banyak ni, sayang. Siapa nak makan? Kita berdua saja..."
Melissa menggeleng seraya cuba melepaskan tautan itu. Melissa keraskan juga hatinya dengan melangkah ke arah kamar beradunya.
"Melissa..." Khalis meraup muka setelah menyeru nama itu. Dia tahu, hati wanita itu ada luka cuma dia tak tahu kerana apa.

***
"Sayang..." panggil Khalis lagi sambil mengucup-gucup belakang bahu wanita sedang mengiring itu.
"B, I penat. I minta maaf..." ujar Melissa sedaya mungkin dia keraskan diri dalam selubung selimut duvet. Khalis sedang mengodanya.
'Bukan ni saja tanda cinta kita, b...'
"Sayang tapi b nak... lately ni sayang..."
"B, stop it. I really-really penat!" tukas Melissa terpaksa meninggikan suaranya bila Khalis cuba meraba dadanya pula. Kesabaran seorang Melissa ada had.
"Penat. Penat. Everytime I minta itu alasan you. Kenapa? What's goin' on here? Apa masalah you, huh? Atau you takde interest terhadap I lagi ke? Cakap sayang, cakap!"
Melissa sekali putar. Mereka berpandangan. Jeda. Muncung muka Khalis. Melissa tahu, dia melampau tapi dia juga tak tahu kenapa hatinya makin tawar kosong.
"Tanda cinta dari seorang lelaki hanya hubungan badan semata saja, ke?" tempelak Melissa seoktaf suaranya naik. Khalis menyebak lagi rambutnya agar semua kebelakang.
"I tak kata pun. Tapi, you juga tuduh I ada perempuan lain. I curang walhal I tak pernah buat pun. You nak I buktikan macamana lagi? Tell me, Melissa. Tell me!" Khalis juga sama naik barannya.
"Hari itu, you jugak kata I dah kurang bagi perhatian pada you. I masak untuk you tapi you yang tinggalkan meja. I nak bermesra dengan you tapi you tengoklah! So, you nak I buat apa lagi?"
"Bercakap Melissa jangan patungkan diri you itu. Mematung diri takkan selesaikan masalah kita! We need to talk!" Akhirnya kesabaran Khalis terhakis jua.
Melissa berpusing tubuh lalu menancap tenungan tajamnya. Khalis tersedar pada kelancangan kata-kata.
"You kata dulu, kita takkan sesekali tinggikan suara. Ini apa, b? I kan dah kata tadi, I penat. I jugak berkerjaya. Susah sangat ke you nak faham I?" tukas Melissa.
"Perhatian yang I mahukan bukan ini saja, baby. You should find it yourself," ujar Melissa menarik duvet sehingga menutup kepalanya.
"Argh!!!" Bebal Khalis meraup-raup mukanya secara kasar.
'Apa sebenarnya yang you nak dari I?'
Setitis airmata Melissa jatuh menuruni pipi.
'Memang betul kata orang, hati perempuan memang sukar ditebak.' gerutunya menggeleng kesebalan.

***

"Sara kan? Dari department kiri?" Khalis sekadar berbasa-basi. Enggan dikata sombong pula nanti.
"Ya, saya," jawab Sara sambil terbetul-betul fail yang sedang didakapnya.
"Encik Khalis kan?"
"Aha, dan...kalau tak salah saya, awaklah nanti yang akan berpindah department kan?" tanya Khalis setelah teringat sesuatu.
"Ya, saya. Nanti silalah beri tunjuk ajar ya. Lain department lain caranya, kan? Tak gitu?" tanya Sara juga ramah.
"Ya, betul tu. Tapi...taklah berjarak sangat caranya," balas Khalis pula.
"Ya..."
"Meeting tadi singkat sangat saya rasa. Sepatutnya ada beberapa minit mesyuarat yang harus ditambah lagi," omel Khalis bukan pada Sara tapi lebih kepada diri sendiri. Dia merasa tak berpuas hati.
Sara tidak menyahut. Mereka masih berlainan department lagi jadinya dia juga tak layak nak beri pendapat.
"Tak sangka juga saya ketua awak tu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan orang seberang.
"Itulah. Saya pun tak sangka jugak ni. Siap sampai nak pindah sana," jawab Sara bila ditanya.
"Awak pula?"
Sara mendongak.
"Er...maaf. Takde niat pun mahu menyibuk," tutur Khalis alpa siapa mereka.
"Takpe, it's okay. Saya takde sebarang perancangan pun lagi," jawab Sara sambil rasa fail bakal melorot. Kelam-kabut dia betulkan balik dan eratkan lagi dakapan.
Bila Sara terdekat, dia menjarakkan sedikit tubuhnya.
"Maaf, tak sengaja," pinta Sara terangguk-angguk namun Khalis cuma tersenyum saja.
Ting!
Ketika dua figura itu keluar serentak dari dalam perut lif. Melissa terus pandang. Ada senyuman kecil dia ukirkan tatkala ternampak wajah ayu, Sara Irdeena.
'Nampak sepadan,' getusnya tatkala teringatkan perancangan gilanya. Perancangan menguji kesetiaan seorang, Khalis Irfan.

Apa sbenarnya melissa maukan, ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience