Series
4504
KHALIS tidak bergerak. Dia berdiri di ambang pintu bilik dengan tubuh yang seakan terbahagi dua. Separuh ditelan bayang dan separuh lagi terkena limpahan cahaya malap dari bilik air. Pada detik itu juga, dia sedar bahawa rasa asing itu bukan datang dari suasana tetapi dari hakikat bahawa dia sedang berdiri di ruang yang tidak lagi menyambutnya.
Bahu Melissa naik turun perlahan. Helaan nafasnya kedengaran terlalu teratur untuk seseorang yang baru saja membuka persoalan tentang cinta.
Dan ketenangan itulah, yang membuatkan dada Khalis terasa makin sempit kerana tiada apa pada wajah isterinya yang memberi isyarat, bahawa kata-kata tadi lahir daripada kekeliruan, sebaliknya seperti keputusan yang sudah lama dipendam.
Degup jantungnya tidak lagi sama.
“I… I tak sengaja, b,” suara Melissa rendah dan terkawal, seolah-olah setiap suku kata telah ditimbang sebelum dilepaskan.
“I keliru dengan perasaan I sendiri dan I rasa kalau I terus diam, I akan terus salah faham dengan apa yang I rasa. I cuma nak kepastian, sebab sekarang ni I tak tahu sama ada I masih berdiri di tempat yang sama dalam hidup you atau cuma berdiri seorang diri.” Ayat itu tidak meminta jawapan segera, ia dibiarkan tergantung.
Cukup lama untuk Khalis sedar, bahawa soalan itu bukan tentang cinta semata-mata tetapi tentang kedudukan.
Khalis berpaling perlahan, langkahnya diserap permaidani tebal sehingga kehadirannya sendiri terasa seperti satu kesalahan lalu dia baring menghadap siling dengan mata terbuka luas.
Fikiran berputar mencari ayat yang sesuai tetapi tidak menemui apa-apa, selain rasa bersalah yang tidak jelas puncanya.
Selama ini, dia yakin kehadirannya sudah cukup dan dia tidak pernah terfikir, bahawa cinta juga boleh terasa seperti ditinggalkan walaupun berada dalam bilik yang sama.
“Cinta you tu masih pada I ke,” suara Melissa menyambung perlahan.
“Atau I cuma fikir begitu sebab I yang masih berpegang?” Soalan itu menekan lebih kuat kerana ia datang tanpa tuduhan, hanya pemerhatian yang membuatkan Khalis, tertanya-tanya sejak bila isterinya mula mengira jarak antara mereka.
'Macam mana nak bincang kalau setiap ayat rasa macam pisau membelah hati, b...' bisik hatinya sendiri dan buat pertama kali, dia sedar bahawa selama ini dia terlalu yakin diam itu tanda aman.
***
"Lis.” Nama itu keluar perlahan ketika mereka di hadapan lif keesokan harinya. Pintu masih terbuka dan ruang dekat situ bagai memberi peluang, tetapi Melissa berhenti tanpa menoleh, seolah-olah tahu suara itu akan datang.
“Ada apa,” jawabnya datar. Jiwanya terlalu kosong daripada keinginan untuk berbual.
“You marah I ke,” tanya Khalis lebih kepada pengesahan daripada pertanyaan, kerana dia sendiri tidak pasti dia layak bertanya setelah terlalu lama menganggap semuanya baik-baik saja.
Melissa berpaling sedikit, cukup untuk Khalis melihat senyuman. Senyuman yang tidak memberi ruang untuk disoal.
“I tak marah,” katanya dan jawapan itu lebih mengelirukan daripada pengakuan marah.
“Kalau you tak marah,” Khalis mara setapak, cukup dekat untuk bau minyak wangi yang hari itu terasa asing.
“Kenapa I rasa you makin jauh, macam I cuma hadir sebagai rutin, bukan sebagai orang yang you cari.”
“Rutin? I atau you actually? Kalau I, kenapa I ada rasa macam ni,” jawab Melissa tanpa menoleh.
“And...adakah sekarang you baru perasan? You baru rasa, sebab I tiba-tiba berhenti bersuara? I dingin?” Kata-kata itu lembut tetapi tepat, seperti diletakkan di tempat yang Khalis sendiri tidak mahu sentuh.
Dia menarik nafas panjang cuba menenangkan sesuatu yang semakin menekan dadanya.
“I perasan sebab I sayang,” kata Khalis. Di pandangan lelaki itu, ayat itu sepatutnya sudah cukup, menutup semua persoalan.
Namun di dalam hati Melissa, pengakuan sayang itu disedari bila dia mencipta jarak antara mereka.
"You perasan bila I diam,” balas Melissa perlahan.
“Bukan bila I cuba bertahan sendiri dan harap you nampak tanpa I perlu minta.”
Khalis mengerutkan dahi, rasa kehilangan itu mula terasa nyata walaupun isterinya berdiri betul-betul di hadapannya.
“You cakap saja, Lis,” katanya dengan suara yang kini sedikit terdesak.
“I ada.”
Melissa ketawa, seolah-olah dia sudah terbiasa mendengar ayat itu tanpa melihat perubahan.
“You selalu cakap macam tu,” jawabnya dan senyuman itu masih tidak runtuh.
“But this time... I mean it!” Khalis membalas, nadanya sedikit tegang.
“Maybe,” Melissa mengangguk kecil.
“Atau mungkin juga, sebab I tak pernah betul-betul meminta dan you selesa dengan keadaan tu.”
Pintu lif sudah mahu tertutup kembali dan Khalis cepat-cepat tekan punat yang sama selagi hatinya tidak puas. Dia perlu bertanya ke mana Melissa mahu pergi, takut perbualan itu tamat tanpa penutup.
“Kafe,” jawab Melissa ringkas.
“I tak tahu balik pukul berapa dan I rasa I perlukan masa sikit untuk sendiri," jawab Melissa benar-benar mahu menoktahkan segalanya dengan tertutupnya pintu lif.
"Whatsapps..." Khalis meminta agar dia menghantar mesej bila sudah bersedia dan Melissa hanya memandang sekilas sebelum berkata.
“Boleh bagi I ruang sekarang,” desak Melissa mahu pintu lif tertutup sepenuhnya.
Khalis masih lagi tercegat depan lif yang sedang bergerak naik itu. Lelaki itu mengambil sedikit masa yang ada untuk menaip mesej dengan harapan yang terlalu besar.
Dan dia tetap sabar menunggu jawapan. Buat pertama kali, dia tertanya-tanya apakah diam itu sebenarnya pilihan atau hukuman.
~Please sayang. We need to talk. Kalau B memang ada buat salah, beritahu apakah ia. Sekurang-kurangnya kita boleh perbaiki, sayang~
"Kita?" soal Melissa bersama smirk.
"Baguslah kalau you dah sedar, B so tak perlulah I nak ulang-ulang cakap lagi. I penat, B..." ujar Melissa sambil tengok jam tangannya.
"Dan untuk itu, I ada ujian untuk you baby..." ujar Melissa bertekad nak uji kesetiaan suaminya itu dengan mengwujudkan drama.
"Kalau you bukan lelaki tipikal pasti boleh elak godaan perempuan lain, kan? Buktikan pada sayang, B dengan lulus ujian ini," sambung Melissa lagi walau Stefany berkali minta dia fikir masak-masak.
***
Melissa duduk di hadapan Stefany dengan wajah yang tenang tetapi mata yang kosong.
“Lis, aku nak kau dengar betul-betul,” Stefany bersuara, kali ini lebih tegas walaupun masih terkawal.
“Aku tanya ni pun, bukan sebab aku suka-suka nak campur tangan hal korang tapi sebab dari cara kau bercakap ni, aku tak nampak arah yang jelas langsung.”
“Arah tu selalunya cuma jelas bila orang dah mula bertindak,” jawab Melissa perlahan, pandangannya tidak berubah.
“Masalahnya kau bergerak tanpa tahu ke mana,” Stefany membalas.
“Atau sebenarnya kau tahu tapi tak nak sebut?”
Melissa mengangkat bahunya. Bibir membentuk cemikan kecil.
“Kadang-kadang bila disebut, ia jadi terlalu nyata.”
“Dan bila tak disebut, orang lain yang tanggung akibatnya,” Stefany menekan, nada suaranya makin sukar disorok.
“Orang lain pun ada pilihan,” Melissa berkata tetap dengan ketenangannya umpama hal itu hal kecil.
“Lis,” Stefany menghela nafas kasar sebelum menyambung.
“Carau kau bercakap macam ni, macamkan semua orang memang dah faham! Walhal kau sendiri pun tak jelaskan.”
“Aku tak minta difahami,” balas Melissa sambil melawan tatapan mata sahabatnya itu. Bukan dia sengaja membebankan pemikiran gadis keturunan babanyonya itu.
“Aku cuma berhenti jelaskan.”
“Itu dua benda berbeza,” Stefany menyampuk, dahinya kian berkerut.
“Dan kalau kau nak tahu, yang kedua tu bahaya.”
“Bahaya tu kan ke, subjektif,” Melissa berkata perlahan.
“Ia bergantung pada siapa yang rasa terancam.”
“So, sekarang ini siapa yang kau maksudkan?” Stefany bertanya, jelas mula defensif.
“Sesiapa yang selama ni selesa,” jawab Melissa tanpa mengangkat muka. Stefany terdiam seketika sebelum berkata.
“Khalis bukan musuh kau, Lis.”
“Aku tak kata dia musuh,” Melissa membalas.
“Kadang-kadang, orang yang paling kita harap tu yang paling lama tak sedar.”
“Dan kau nak buat dia sedar dengan cara ni?” Stefany hampir meninggikan suara sebelum menahannya.
“Kau sedar tak, apa yang kau cakap ni?”
Melissa menoleh sedikit.
“Aku cuma sedar, aku penat.”
“Semua orang penat, Lis...” Stefany membalas cepat.
“Tetapi, tak semua orang buat orang lain keliru semata-mata untuk rasa dilihat.”
“Aku tak buat sesiapa keliru,” Melissa membalas.
“Aku cuma berhenti memudahkan.”
“Itu manipulasi, Lis,” Stefany menekan, nadanya kini menjadi lebih keras.
“Kau tahu tak, bunyi apa yang keluar dari mulut kau sekarang?”
Melissa diam seketika sebelum berkata.
“Bunyi orang yang dah lama tak didengari.”
Stefany menggeleng perlahan.
“Kau sedang main dengan had orang lain.”
“Atau mungkin aku cuma berhenti menjaga had yang tak pernah dijaga untuk aku,” balas Melissa.
“Lis,” Stefany menghela nafas panjang jelas cuba menahan emosi.
“Kalau benda ni meletup, kau tak boleh pura-pura tak tahu puncanya.”
"Aku tak pernah kata, aku tak tahu,” jawab Melissa.
“Aku cuma tak pasti sama ada, aku patut hentikan sekarang atau tunggu sampai aku benar-benar faham.”
Telefon di atas meja bergetar. Stefany menjeling ke arah skrin.
“Itu Khalis, kan?”
Melissa tidak menyentuh telefon itu.
“Ya.”
“Kenapa kau tak jawab?” Stefany bertanya, kini lebih tajam.
“Kerana kalau aku jawab sekarang,” Melissa berkata perlahan.
“Aku akan kembali ke tempat lama tanpa sebarang perubahan.”
Stefany memandangnya lama, jelas semakin hilang sabar.
“Lis, kau sedar tak kau sedang memegang tali dan hujung satu lagi tu... leher orang lain?”
Melissa mengangkat mata perlahan.
“Dan kau sedar tak,” katanya tenang.
"Stef, aku memang dah lama rasa tali tu melilit leher aku dulu.”
Melissa nekad? Agak2 siapa?
Share this novel