Perempuan Umpan.

DHIA AMIRA.

Romance Series 186
0
(0 ratings)

Synopsis

Perempuan Umpan. Lima tahun perkahwinan Khalis dan Melissa sunyi tanpa pergaduhan. Melissa masih setia, tetapi di mata Khalis dia sekadar rutin. Tiada curang, pertengkaran hanya jarak yang semakin membunuh rasa. Melissa mula merasakan cintanya tidak lagi dipilih. Dari rasa sunyi itu tercetus rancangan: dia mahu Khalis curang untuk tahu di mana hatinya berada. Untuk itu Melissa memperkenalkan Sara, seorang wanita yang dicipta untuk menjadi godaan lembut, bijak membaca emosi penuh perhatian. Segala pergerakan Sara dikawal Melissa. Sara hanyalah alat, umpan. Namun ujian itu tidak berjalan seperti dirancang. Sara benar-benar jatuh cinta pada Khalis. Khalis yang dingin mula membuka diri, meluahkan perasaan dan merasakan dirinya dipilih sesuatu yang Melissa sendiri gagal lakukan. Ketika hubungan itu hampir menjadi nyata, Melissa sedar rancangan yang diciptanya bukan hanya untuk menilai cinta tapi sedang merampas suaminya sedikit demi sedikit. Di saat kebenaran terdedah, Melissa perlu membuat pilihan: menahan Khalis dan menebus jarak yang ada atau melepaskan dan menerima kehilangan. Kisah ini bukan tentang curang semata-mata akan tetapi, tentang orang yang terlalu takut untuk bertanya lalu memilih untuk menguji cinta.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

DHIA AMIRA.

1850 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience