bab 1

Romance Series 4504

KERETA bergerak perlahan di sepanjang lampu jalan yang berbaris kemas. Malam itu tenang tapi dada Melissa yang terasa sesak.
Dia menyandarkan kepala ke kerusi sambil memandang pantulan wajah sendiri di kaca gelap, meneliti raut wajah seorang isteri yang masih ada tapi jarang dirasa perlu.
“Kalau I keluar sekarang,” suaranya perlahan seperti bercakap dengan diri sendiri saja.
“Agak-agaknya you perasan tak?” tambah dia lagi.
Khalis dengar dan spontan menghela nafas kecil sambil membetulkan pegangan pada stereng.
“Lis, tolong sayang... jangan mulakan," sahut sang suami mendatar.
Melissa menoleh. Dia tersenyum sahaja.
“Atau you buat macam biasa je? Macam I ni tak ubah apa-apa pun dalam hidup you," ujarnya tanpa ingin bereaksi hal tadi.
Khalis dengar lagi tapi dia harus menukar lencongan memandangkan sudah tiba di jalan sepatutnya.
“Kenapa tiba-tiba tanya benda ni?” Barulah dia menyoal balik.

Melissa memeluk lengannya sendiri.
“Sebab I rasa, macam I ni ruang kosong je..."

Kesunyian makin terasa, menekan. Khalis tak berpaling tapi menjeling melalui cermin pandang atas sekejap.
“You masih nak I ke?” tanya Melissa yang sudah pun menoleh semula, bersama tatapan matanya yang agak berkilat.
“Lis…” Khalis sudah memanggil namanya dengan nada meleret. Kelemasan dengan soalan sama, saban kali.
“Jawab je.” Melissa pula mendesak. Khalis makin lesu kini. Dah kenapa?

“Ya.” Mahu atau tak, Khalis tetap dengan jawapan yang sama juga. Bagaimanalah dia tak jemu.
Melissa sekadar berdehem sambil jarinya mengusap hujung beg.
“Ya, i know. You memang sayangkan I tapi right now... yang I nak tahu, adakah sebab sayang atau sebab dah biasa?” provok wanita anggun itu lagi membikin Khalis bungkam.
"Melissa Haura..."
"What? Senang je kan, soalan I?" bidas Melissa pula.
Rahang Khalis mengetat, tangannya mencengkam stereng lebih kuat.
“Apa yang membuatkan you, boleh ada rasa macam ni?” Khalis hilang kesabaran. Dia terpaksa bertegas. Dia muak sebenarnya.

“Sebab you makin jauh,” balas Melissa.
“Walaupun I duduk sebelah you sekarang ni...”

“Jauh? Apa yang jauhnya sayang?” tanya Khalis sambil menghela nafas panjang, menundukkan kepala sebentar.
“Kalau satu hari nanti I hilang, you cari I tak?” Soalan Melissa benar-benar mencabar.
Khalis menoleh lagi. Dia menggeleng.
“Melissa. Melissa, actually apa yang dah merasuk you ni? Let me know apa puncanya you boleh fikir benda-benda silly, macam ni? Tak cukup lagi ke apa yang I bagi?”
Melissa menunduk, jari-jemarinya saling bertaut.
“Sebab I rasa, I senang diganti.”
“Apa? Ganti? Apa yang you repekkan ni, hah? You think you tu barang ke?!" Khalis memangkah pernyataan itu.
“Tapi you pun tak pernah buat I rasa sebaliknya," ujar Melissa. Sentiasa ada alasannya.
"So?"
Pandangan mereka bertemu sekejap, lama. Khalis akhirnya berpaling ke hadapan. Dia menghela lagi nafas panjangnya.
“Apa sebenarnya yang you nak dari I?”
“Perasaan,” jawab Lis.
"Itu je.”
“You kan tahu... I ni memang tak pandai nak bermadah, sweet-sweet macam lelaki lain kat luar sana tu.”
“I tak minta you cakap, I minta you tunjuk.” Melissa bersuara sambil menatap muka Khalis, matanya mencari jawapan. Lampu hijau menyala dan kereta mereka, bergerak semula.
“You ingat lagi tak kenapa kita kahwin dulu?” tanya wanita anggun itu lagi. Nada suaranya bergetar.
Khalis diam, tangannya kekal di stereng. Anak mata ke jalan. Diam itu lebih sakit daripada jawapan.
“Okay,” ujar Melissa perlahan, menyandarkan kepala ke kerusi.
“I faham.”
“Kenapa you selalu ulang benda ni?” suara Khalis letih.
“Lima tahun kita kahwin, Lis. Tak cukup lagi ke?”
“Walaupun kita tak ada anak?” Melissa menahan suara, dadanya berdegup tidak sekata.
“Bukan itu maksud I.”
“Tapi you tak betulkan.”
“Please, jangan sebab benda ni kita gaduh lagi.” Khalis menyapu muka dengan tangan.
“I dah cakap I tak kisah soal anak, kalau ada bonus.”

“Tapi hati I…” ujar Melissa akhirnya terhenti dan menelan air liur.
“Apa lagi yang kurang, Lis?” Apa lagi yang tak kena?” Suara Khalis makin meninggi.
“Hati I, you. Hati I yang rasa cinta you tu, tak cukup.”
Khalis ketawa, pahit.
“Astaghfirullah. You tak pernah percaya I, kan? Apa bukti I curang?”
“I tak tuduh,” jawab Melissa.
"I cuma rasa you dah makin tak peduli pada I..."
“Tak peduli?” Khalis mengetap bibir.
“Ke mana pun you nak pergi, I bawa. Sibuk mana pun I cari masa. Anak, Mama, IVF semua tu,” kata Khalis sambil membelok masuk ke kawasan perumahan.
“I dah cadangkan semua.”
“I nak cara normal,” balas si isteri sambil memandang ke hadapan.
"Sekarang memanglah mama tak soal, tapi nanti?”
"So, sekarang you nak babitkan mama ke apa ni?" tempelak Khalis. Melissa makin sayu hati bila mendengar betapa tinggi oktaf suara itu.
Khalis yang tersedar pada kekerasan bahasanya terus saja menyapu muka. Anak rambut berjuntai di dahi disebak kasar ke belakang.
“I minta maaf, I takde niat pun nak kasar-kasar. Percayalah sayang. Walau apa pun, cinta I masih pada you, I tak ada perempuan lain.”
Melissa sepi dan hanya memandang jalan yang gelap. Bulir-bulir basah dan bening bergayutan di bulu matanya. Sekali dia terpejam, ia luruh ke pipi.

***

Jarum panjang jam sudah pun berada di angka sembilan namun Melissa masih lagi di meja kerja. Jemarinya pegun di papan kekunci.
Telefon bergetaran. Nama Khalis naik. Melissa sekadar memandang. Mematung diri kemudian meletakkan telefon dengan skrinnya menghadap bawah, panggilan terhenti sendiri.
Pintu lif berbunyi. Melissa tetap memandang skrin lappy. Sehinggalah rakan sekerjanya itu, muncul. Dia dah bersiap untuk balik.
“Hai, Lis stay back lagi ke? Hari-hari nampak?” tegurnya setelah bersandar di pintu yang tadi renggang kini ternganga. Dan dia berpeluk tubuh.
“Apa nak buat. Still ada beberapa proposal perlukan semakkan,” jawabnya sambil menaip.
"Ada apa-apa perlu bantuan tak? Atau nak aku temankan kau sehingga ke parkir. Jangan salah faham pula, aku berniat ikhlas. Aku tahu kau wifey orang," ujar Johan selaku eksekutif di syarikat itu.
"Aku tak kata apa-apa pun kan? Lagipun nanti Encik Hubby aku nak ambik. Alah, sikit je lagi ni," tolak Melissa dengan berhemah.
"Okaylah kalau kau dah cakap macam tu aku balik dululah. Tapi janganlah kerap sangat wei. Nanti apa pula kata Encik Hubby kau tu dok balik lambat je," ujar si rakan berpesan sambil angkat briefcase semula.
"Okay," tu saja jawapan dari Melissa tanpa pandang muka.
"Okay, aku balik dulu..."
Melissa berpaling dari pandang skrin dan lemparkan sebuah senyuman pada rakannya.
Setelah dia makin menjauh. Melissa buka semula laci. Dia mengeluarkan bingkai gambar lalu menatap wajah Khalis. Jarinya mengusap kaca itu perlahan-lahan umpama mengusap wajah sebenar.
“Betul ke you tu masih cintakan I? Masih perlukan I?” soal Melissa bagaikan gambar kaku itu boleh menyahut sahaja.
“Kalau I letak you sebelah perempuan yang lebih sempurna, adakah you masih pilih I?” Dia menyoal lagi.
Telefon berbunyi lagi. Melissa mengangkatnya juga. Skrin dinatal dan membacanya tanpa reaksi.
~You, masih di pejabat lagi ke? I juga. Masih ada beberapa fail perlu I tandatangani. Drive safely okay. Love Khalis~
Setelah itu, dia letakkan telefon tersebut kembali ke sisi tanpa mahu membalasnya. Melissa tersenyum gelihati mengingati apa yang dia beritahu pada rakannya tadi.
"Encik Hubby ambik konon...huh!" getusnya lalu mencebik.
"Percayalah sayang. Cinta I masih pada you. You pun kenal I jenis lelaki macamana. Takkan masih nak curigakan I lagi? Soal anak bukan di tangan kita. Kita dah berikhtiar kalau ada rezeki tuhan tetap akan bagi juga. Mama pun tak pernah pertikai jauh sekali minta I kahwin lain pun. So, why you need to afraid? Serabutkan kepala you dengan semua benda ini?"
Melissa terus tongkatkan kedua belah sikunya atas meja. Lalu menutup muka. Macam-macam ada dalam pemikirannya kini.


***

“You ni kenapa sebenarnya?” Stefany bertanya, mencondong badan sambil mengacau minuman.
"Cuba berterus-terang pada I. Kut-kut I boleh tolong mana yang patut. I pening sebenarnya dengan masalah you ni. Ke...memang betul Khalis sekarang dah pandai buat hal? Kalau you tak bercerita takde siapa pun boleh tolong," gesa wanita peranakan babanyonya itu lagi.
Melissa pula masih merenung cawan di hadapannya. Tadi, memang benar dia dahaga tapi hilang saat Stefany mula berkata-kata.
“Suami I memang baik. Sempurna," jawab Melissa dengan mendongak.
"Habis tu? Korang bergaduh? Soal kecik ke besar?” Stefany pula bertanya sambil lawan tatapan mata, Melissa Haura.
“Kami okay, tak bergaduh apa pun.”
“Habis tu kenapa muka kau macam orang hilang arah?” soal Stefany. Dia yang berkerutan dahi bukannya Melissa.
Melissa sekadar menarik nafas panjang sambil jari-jemarinya mengetuk-getuk meja perlahan.
“Nothing happened at all. I just rasa yang relationship kami berdua makin jauh, hambar termasuk atas katil," balas Melissa akhirnya. Ayat akhir walau dia malu nak bersuara tapi terpaksa.
"Takde spark atas katil you mean? Khalis atau you? Lima tahun bersama. Sekatil baru sekarang you heboh takde spark, Lis? Biar betul? Five year not so short period, honey. How about your mertua? Okay tak?" tanya Stefany sedang cuba menghadam.
“Okay. Semuanya okay... but maybe perasaan I saja hambar."
"Ouh...that's mean ni semua dari perasaan you sajalah. Kenapa ni you? Betul ke on the bed pun? Better you frankly speaking je..." pinta Stefany bersuara lembut dan meletakkan tapak tangannya atas kekura wanita itu.
Melissa seorang yang jelita namun lewat kebelakangan ini ia seakan menyirna.
"I dunno how to say it. I...I confuse dengan semua ni. Sometime I tengok, Khalis...dia memang ok. Perfect. Too perfect...I ..."balas Melissa dengan merenung dalam.
"So, just because perfect ke? Takut? Kalau-kalau perkataan perfect tu robek hati you?" tebak Stefany seakan seorang pakar perkahwinan pula.
“Stef, I pernah juga ada terfikir nak uji dia.”
"What? Jangan buat kerja bodohlah, you..." jawab
Stefany yang terpana mendengar langsung menegakkan badan, menatap tepat ke wajah Melissa.
“Uji apa?” tanya Stefany dalam dia menidakkan tapi ingin tahu juga. Lalu, Melissa mengangkat mukanya semula. Tatapan matanya menyalak sedikit.
“Cinta dia.” Itu jawapan dari Melissa. Pendek tapi padat dengan makna.
"Setelah lima tahun, sayang. Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu?" pangkas Stefany. Kata-kata itu benar-benar mengundang di pemikirannya.
"Sebab dah lima tahun lah I nak tahu, Stef. Apakah rasa cinta itu masih bertapak kuat dan kukuh lagi. I bukanlah nak uji dia lebih-lebih sangat. I cuma nak uji dia dengan..."
"Dengan apa?"

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience